Tomato Ceri Cameron Manis Sedap!

Salam Sayang…. Akhir semester lepas sebelum student cik tom balik rumah masing-masing. Ada yang datang bersalam-salaman dengan cik tom. Salah sorang tue Fazilatun student pra-diploma sains. Tahniah ya dapat result chemistry yang bagus! A 🙂

Fazilatun yang sweet ^_^
Fazilatun yang sweet ^_^

Fazilatun ni datang jumpa cik tom sekali dengan emak dia. Siap bawak buah tangan lagi dari Cameron Highland sebab diorang memang orang Cameron. Alhamdulillah murah rezeki cik tom dapat 3 bekas tomato ceri dengan 1 kotak tea strawberry. Thanks a lot ye. hehe…

Makan tomato ceri sampai kenyang.. hehe
Makan tomato ceri sampai kenyang.. hehe

Tomato ceri yang cik tom dapat tue serius sedap sangat makan camtu je! Cik tom first time rasa tomato ceri sesedap dan manis camni. Biasa yang beli kat supermarket tue best jugak cuma kurang umpph dan manis. Maybe sebab dah tak fresh kot… huhu…

Tomato Ceri Cameron Manis Sedap
Tomato Ceri Cameron Manis Sedap

 

Pokok Tomato Ceri;

Ini gambar pokok tomato ceri cik tom ceduk dari kosmo. huhu… Cik tom ada pic bergambar dengan pokok tomato ceri ni masa gi cameron highland bulan 8 aritu.. Tapi malas nak pi cari gambar tue letak dalam folder mana entah. hehe…

Pokok Tomato Ceri

Khasiat tomato ceri;

Cik tom memang suka sangat makan tomato ceri ni buat ulam makan dengan nasi atau masukkan dalam masakan. Khasiat yang cik tom paling rasa dengan diri cik tom apa-apa parut especially parut jerawat alhamdulillah takdelah lama sangat nak hilang..

  • Tomato kaya dengan antioksida
  • Tomato membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu badan
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Menghalang pembengkakan dan keradangan
  • Bertindak sebagai bahan anti bakteria, anti virus, anti kanser dan pelindung kepada alahan
  • Membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan salur darah

Tahniah pada pelajar yang dapat sambung ke diploma. Yang tak dapat sambung diploma tapi ke semester 2 pra-diploma sains, jangan cepat give up! Study smart this semester. Ni last chance korang buat yang terbaik untuk further diploma. Good luck!

ps: rasa rindu pulak kat student comel2 sem lepas. sem ni ajar budak2 besar (part 6). huhu..

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

30 thoughts on “Tomato Ceri Cameron Manis Sedap!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!