Trend Terkini Suka Jaja Aib Keluarga Sendiri!

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah kepada semua.. Ada story nak share tentang rumah sewa cik tom dekat Kuala Pilah ni. Memang problem giler! Stress kot stay kat sini walaupun pindah rumah sewa ni baru sebulan lebih. Hampir setiap minggu ada je masalah timbul. Rumah yang cik tom dengan kawan sewa ni sekali dengan perabot harga RM420.

Minggu lepas emak mertua tuan rumah datang rumah sewa datang nak amik barang dalam rumah sewa kitaorang. Dia cakap barang dalam rumah tue semua hak milik dia. Siap bawak 2 orang polis lagi pastu mengamuk depan rumah kitaorang bila mula2 tak bagi masuk. Habis jiran tengok. Malunyaa. huk3.. Terpaksa bagi masuk tapi habis barang di angkutnya. Yang tinggal tue kira sedekah/ bagi hadiah kat kitaorang. Siap suruh kitaorang angkut bawa sekali kalau pindah rumah sewa lain. Tak kasi tinggal kat situ barang yang dia tak ambil.

Alih2 semalam pulak tuan rumah datang tengok apa barang yang emak mertua dia dah ambil. Pastu marah kitaorang sebab bagi emak mertua dia datang ambil barang. Yelah akak, dah saya call akak off hp malam tue. Pastu pulak siap mak mertua dia bawak polis dengan anak dia @merangkap suami akak tue sekali takkan la kitaorang tak nak bagi masuk. Rumah sewa tue menantu punya tapi barang dalam rumah tue emak mertua yang punye.

Seronok mengumpat.
Sumber: sini

Yang terkejutnya first time kenal datang mak cik tue dah jaja macam2 keburukan menantu. Ish pelik2. Bila menantu @merangkap tuan rumah sewa datang pi jaja keburukan emak mertua dia pulak. Memang elok sangat. hmmm… tak boleh cerita banyak2 nanti cik tom pun masuk kategori jaja aib orang lain. Dari jaja aib orang lagi elok pergi jaja kuih, dapat juga duit. Tapi agaknya memang trend orang sekarang suka jaja aib keluarga sendiri. Ish2.. nauzubillah minta jauh la semua sifat tue dalam diri kita semua.

Peliharalah lidah daripada mengumpat
Sumber: sana
 

Kalau blogger macam mana pulak?? Dah besar pandai2 la fikir sendiri ye. heee ^_^

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

72 thoughts on “Trend Terkini Suka Jaja Aib Keluarga Sendiri!

  • January 19, 2012 at 2:17 am
    Permalink

    Musim jaja aib keluarga kut,artis kita pun sama πŸ™‚

    Reply
    • January 23, 2012 at 5:02 pm
      Permalink

      artis memang suka jaja cerita sebab nak cepat glamor..

      Reply
  • January 19, 2012 at 2:17 am
    Permalink

    sedih dengan sebegini rupa. Biasa meruntuhkan rumahtangga dan hubungan persaudaraan sesama ahli keluarga.

    Reply
    • January 23, 2012 at 11:44 pm
      Permalink

      semoga kita semua dijauhkan dengan sifat camni..dan semoga mereka yang dah terjebak tue diberikan keinsafan utk berubah..amin..

      Reply
  • January 19, 2012 at 2:33 am
    Permalink

    err..aku tak tahu apa-apa aa..

    Reply
  • January 19, 2012 at 2:38 am
    Permalink

    fikir jangan tak fikir..he he

    Reply
  • January 19, 2012 at 3:23 am
    Permalink

    ish.. ada jugak org cenggitu.. πŸ™‚

    Reply
    • January 23, 2012 at 11:57 pm
      Permalink

      dah namanya manusia..ada macam ragam2..huhu

      Reply
  • January 19, 2012 at 5:35 am
    Permalink

    saya ngan cik tom ok jer, x pernah hot apa apa pun, setel baik jer, hehehehe

    Reply
  • January 19, 2012 at 9:00 am
    Permalink

    bila perasaan dendam dah menguasai diri , inilah akibatnya, dah tak kenal dosa pahala lagi dah , betul kata ciktom, jaja kuih lagi baik dapat duit dan pahala πŸ™‚

    Reply
    • January 23, 2012 at 5:01 pm
      Permalink

      jual kuih lagi untung..dapat duit..heee

      Reply
  • January 19, 2012 at 9:02 am
    Permalink

    Skrg dh jd trend gduh dlm twitter la, fesbuk la..ape la nk jd..yg aib mak bapak..aduhh

    Reply
    • January 24, 2012 at 2:31 am
      Permalink

      kesian emak bapak kan…dah ajar2 anak elok2 masa kecil tp bila besar jadi camtu…huk33

      Reply
  • January 19, 2012 at 11:06 am
    Permalink

    Besar masaalah cik tom ni… penyewa lak yang x tau ape2 tetiba kna bambu… kiri kanan lak tu….kasihan… kompom pening cik tom & kenkawan…..cara terbaik, pindah je la cik tom…x yah susahkan diri dgn masaalah org len.

    Reply
    • January 23, 2012 at 5:01 pm
      Permalink

      memang besar sangat..penyewa yang tersepit..nak cari rumah lain susah juga sebab ada sign agreement + deposit rumah..kalau pindah kira burn deposit…huk3

      Reply
    • January 24, 2012 at 1:53 am
      Permalink

      kecoh pasal emak mertua dengan menantu bergaduh…

      Reply
  • January 19, 2012 at 5:43 pm
    Permalink

    perang saudara namanyA tu..ekekekek..

    Reply
    • January 23, 2012 at 5:00 pm
      Permalink

      ye la tue akak..perang saudara tapi yang jadi mangsa penyewa rumah yang tak tau apa2 ni..huhu

      Reply
  • January 19, 2012 at 6:45 pm
    Permalink

    Bila suka,.. semua perkara baik bermain kat mulut,.. bila dah tak suka macam tula jadinya,.. manusia2

    Reply
    • January 24, 2012 at 1:56 am
      Permalink

      manusia memang macam ragam2 dan jenis..

      Reply
  • January 19, 2012 at 6:50 pm
    Permalink

    cik tom dok kat kuala pilah ka?? laaa…dekat la kita yerk…

    Reply
    • January 23, 2012 at 5:21 pm
      Permalink

      aah cik tom menyewa kat kuala pilah.aeylaa kat mana?

      Reply
  • January 19, 2012 at 8:28 pm
    Permalink

    wah, macam tu tak senang nak tidur tu, ciktom
    jangan la nanti datang jam tiga pagi nak ambil tikar
    huh

    Reply
    • January 23, 2012 at 5:13 pm
      Permalink

      jangannn….kitaorang semua 1 rumah ni macam dah trauma bila dengar orang ketuk pintu rumah…terfikir tuan rumah or mentua dia yang datang..ish2

      Reply
  • January 19, 2012 at 9:07 pm
    Permalink

    isk dahsyatnye khdpn mcm tu.. manusia zmn skrg x kire fmly ke ape.. kalu gaduh jer hbs angkut smua brg.. hbs semua kebaikan diungkit.. semua keburukan dihebah2kan.. time baik pijak semut x mati..

    Reply
    • January 24, 2012 at 2:30 am
      Permalink

      memang dahsyat…ciktom siap trauma gak bila dengar bunyi orang ketuk pintu…

      Reply
  • January 19, 2012 at 10:26 pm
    Permalink

    w0w…sewa punyalah mahal..selamba tapir dia jer angkut barang kluar umah…
    tambah pulak suka aibkan orang…macam2 la org zaman skarang ni..
    adooiii

    Reply
    • January 23, 2012 at 4:59 pm
      Permalink

      memang sewa mahal…tapi geram mahal2 tapi problem pun melambak..nak cari umah lain susah jugak..pastu kitaorg sewa rumah ni siap sign agreement bagai…

      Reply
  • January 19, 2012 at 11:22 pm
    Permalink

    kalau ada orang macam tu dalam ahli keluarga maka susahlah adikberadik….semuanya sepatutnya belajar ilmu agama lebih mendalam daripada jahil tak ketahuan sebegitu…

    Reply
    • January 24, 2012 at 3:17 am
      Permalink

      kena ada kesedaran dlm diri masing2…kalau belajar je tapi tak hayati tak guna jugak kan…

      Reply
  • January 20, 2012 at 10:04 am
    Permalink

    mmg tension jika keluarga suka mengaibkan anak2 sendiri….
    nanti kita jadik emak atau ayah… jangan lah buat ya..

    Reply
  • January 20, 2012 at 10:13 am
    Permalink

    wow siap bawak polis pengiring tu,,,tapi tak bagus la kalau kita cerita keaiban keluarga sendiri pada orang lain,,,biarlah rahsia…..

    Reply
    • January 23, 2012 at 4:57 pm
      Permalink

      haa tue la seram cik tom bila siap bawak 2 orang polis…macam kitaorang ni jahat sangat je..padahal tak bersalah apa pun..

      Reply
  • January 20, 2012 at 11:25 am
    Permalink

    bila dah saling marah mcm nie lar..
    x dak spa yg btul..ish3..

    risau bnda mcm nie bila bsar nnti..huuu..
    minta dijauhkan..insyaALLAH..

    Reply
    • January 24, 2012 at 3:05 am
      Permalink

      minta kita semua dijauhkan dari sifat ni semua…

      Reply
  • January 20, 2012 at 1:05 pm
    Permalink

    buka pekung di dada siapa yang malu nanti, keluarga pecah belah..contoh zaman ni ada fb dan twitter pastu bercakap selauas luas nya apa nak cakap..bahaya2

    Reply
    • January 23, 2012 at 5:16 pm
      Permalink

      tue bahaya kalau manusia silap guna kecanggihan teknologi dengan cara yang salah..

      Reply
  • January 20, 2012 at 5:01 pm
    Permalink

    ciktom, sory komen ni x bersangkutan ngan post ciktom.. sy nak tnya, kenapa blog saya x tersenarai di carian google.. sy dah cuba macam2, dah pening dah.. boleh bantu?

    Reply
    • January 29, 2012 at 5:56 am
      Permalink

      xpe2..boleh tanya…blog aniq tue baru lagi ye??kadang bukan mudah utk buatkan blog terindeks di google sebabnya maybe dah terindeks tapi bukan di first page of google..utk letak entry/ blog di first page kena pandai main seo..boleh belajar mengenai seo ni dgn try google tutorial seo..

      Reply
  • January 20, 2012 at 5:32 pm
    Permalink

    Gila apa family tu. Ni mesti kes pasal bukan menantu pilihan. Dah macam dalam drama Tentang Dhia tu. HAHA πŸ˜€

    Reply
    • January 23, 2012 at 4:34 pm
      Permalink

      entahlah sebab apa jadi camtu..walllahualam..huhu

      Reply
  • January 20, 2012 at 6:43 pm
    Permalink

    cik tom jangan gaduh ngan mereka.cik tom diam je.jangan banyak tanya or cakap sangat.takut mereka gaduh & reka2 cerita guna nama cik tom lak.pandai2 la bawak diri.kalau de problem sangat,cik tom try survey balik umah yang lebih ok.

    Reply
    • January 23, 2012 at 4:31 pm
      Permalink

      cik tom tak gaduh pun diorang tapi cik tom yang tersepit2 kat tengah…siap kena marah lagi..sepatutnya diorang ber2 bersemuka..jumpa bincang dari hati ke hati..ni tak yang jadi mangsa penyewa rumah..huk3

      Reply
  • January 21, 2012 at 3:58 am
    Permalink

    tak syok sungguh stay rumah gitu..
    ni perabot dah amik bolehla kurang sewa tu kan?

    *saya penah stay k.pilah gak, sewa rm350 tanpa perabot. tp jiran2 ckp tu mahal.

    Reply
    • January 23, 2012 at 4:16 pm
      Permalink

      rumah sewa kat kuala pilah ni memang mahal2..makanan pun mahal..ciktom biasa masak je..
      tue yg problem skang kitaorang nak mintak sewa 350 jugak tapi owner nak 380..pas cny ni nak discuss lg..

      Reply
  • January 21, 2012 at 2:11 pm
    Permalink

    hmmm susah tu…kenapa lah sampai jadi macam tu..bergaduh dengan mertua sendiri kan x elok tu.

    Reply
    • January 23, 2012 at 4:12 pm
      Permalink

      bergaduh maybe perkara normal kot sbb lagikan lidah pun tergigit kan..
      tp yg xelok bila pi jaja kisah yg xelok pd org lain..
      busuk2 pun mertua n menantu sendiri kan..

      Reply
  • January 22, 2012 at 12:54 am
    Permalink

    Salam..
    Macam2 sekarang ya..kenapa jadi sampai macam tu..masyarakat sekarang suka nak aibkan orang…suka berprasangka buruk dan hasad dengki…
    dah akhir zaman…

    Reply
    • January 23, 2012 at 3:54 pm
      Permalink

      salam…tue la masalah yang makin teruk melanda malaysia..huk3

      Reply
  • January 22, 2012 at 9:07 am
    Permalink

    tak baik jaja cerita keluarga sendiri

    Reply
    • January 23, 2012 at 3:38 pm
      Permalink

      nak buat macam mana orang sekarang tak sedar semua tue..yang pasti puas hati bila pergi jaja aib orang lain..huhu

      Reply
  • January 22, 2012 at 10:59 am
    Permalink

    erm…jaja aib sendiri pun ada…ehehhee…(esp dlm FB)..ops ada ker?

    Reply
    • January 23, 2012 at 3:35 pm
      Permalink

      erk jaja aib sendiri dalam fb byk je..tanpa sedar..huhu

      Reply
  • January 23, 2012 at 4:56 pm
    Permalink

    Elok tak payah masuk campur.Dia menceritakan apa2 kita iyalah sahaja.Nanti kalau kita mcam menyokong salah seorang daripada merka,mesti mereka akan babitkan nama kita sekali..Last2 kita pulak yang dihalau dari rumah tu..Padahl kita orang tersepit ditengah-tengah..

    Reply
    • January 29, 2012 at 6:01 am
      Permalink

      memang tak masuk campur pun..bila diorang cite kita dengar je la..kan kena marah pulak lebih2..huhu

      Reply
  • January 23, 2012 at 6:59 pm
    Permalink

    sekarang ni..bukan setakat keluarga sendiri..keluarga orang lain pun orang suka jaja.

    Reply
    • January 23, 2012 at 8:27 pm
      Permalink

      keluarga orang lain memang dah selalu jumpa..tapi memalukan kalau jaja nama keluarga sendiri..sebab ibarat buka pekung didada sendiri..

      Reply
  • January 26, 2012 at 2:12 pm
    Permalink

    ape la.. bukannye bahagia pun kalau gaduh2.. lagi sakit hati, lagi tambah penyakit. haiyo. Kondu betol.

    Reply
    • January 28, 2012 at 11:01 pm
      Permalink

      nak buat macam mana orang skang asal hati tue puas je bila aibkan orang lain..dah tak fikir dah pasal sakit hati.

      Reply
  • January 26, 2012 at 11:39 pm
    Permalink

    Sepa orang tu.. cuba bgtau beta.. cewah.. brani ho? ahakz..

    Memang xpatut pun, besalah.. bila hati dah dikuasai syaitan.. suka sgtlah syaitan tu.. yg pnting.. kita recheck hati kita semula.. supya dapat dijauhkan dari perkara sedemikian rupa.. ^_^

    Reply
    • January 29, 2012 at 5:02 am
      Permalink

      owner tuan rumah dengan mak mertua dia..xpelah sabar je la..nak wat camane lagi kan..hee

      Reply
  • February 11, 2012 at 11:30 pm
    Permalink

    ish..siap bawa polis lagi. Sepatutnya makcik tu xde hak nak masuk rumah sewa CT tu kan? xde adab langsung. Tp mungkin dia tgh bengang sangat dgn menantu dia kot!

    pst: makin canggih teknologi skrg, makin mudah manusia jaja aib diri sendiri dan masyarakat.

    Reply
    • February 19, 2012 at 6:37 am
      Permalink

      aah kalau kira mak cik tue xde hak nak masuk..tapi dah mengamuk sampai satu level dengar..terpaksa bagi masuk juga..maybe la juga dia begang..heee

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE