Trip SEDA ke Rumah Teknologi Hijau Cooltek

Penghasilan tenaga elektrik di Malaysia banyak bergantung pada pembakaran bahan api fosil. Hasil dari pembakaran ini menghasilkan karbon dioksida yang secara tidak langsung menyumbang kepada pemanasan global.

So, alternatif yang ada dengan menggunakan tenaga boleh baharu (TBB) dalam usaha mengurangkan pengeluaran karbon dioksida yang menyumbang pencemaran pada alam sekitar.

Baca #1: Tenaga Boleh Baharu (TBB)
Baca #2: Sumber TBB dan Perbandingannya

Pada bulan lepas cik tom ada follow satu trip anjuran pihak SEDA Malaysia bersama blogger ke rumah hijau Cooltex kepunyaan Stephanie Mary Bacon di Tiara Golf and Country Club, Ayer Keroh, Melaka.

Cooltex green and sustainable home
Cooltex green and sustainable home

Actually Stephanie salah seorang pemegang (individu) yang terlibat dalam menyumbang tenaga elektrik under sistem Feed-in Tariff (FiT).

“Secara ringkasnya FiT ialah undang-undang tenaga boleh baharu (TBB) yang mewajibkan pembekal tenaga (contoh TNB) untuk membeli tenaga elektrik yang dihasilkan daripada sumber TBB pada harga dan tempoh yang telah ditetapkan. Untuk menyokong pelaksaan sistem FiT telah ditubuhkan Dana RE (Renewable Energy) atau Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) untuk membangunkan secara meluas penghasilan TBB oleh pemaju atau individu. Dana RE ini kenakan dalam surcaj dalam bil elektrik elektrik sebanyak 1.6% hanya kepada pengguna elektrik melebihi RM77 sebulan.”

 

So, kat sini SEDA yang memainkan peranan untuk mentadbir dan menguruskan Dana RE yang akan digunakan untuk membayar kepada pemaju dan individu yang telah contribute tenaga elektrik dari sumber TBB seperti solar panel, biomass, hydro kecil dan biogas.

Baca lanjut: Feed-in Tariff (FiT) dan Kepentingannya di Malaysia

Apa yang menarik ada pada rumah Cooltex sampai kitaorang pergi trip ke sana? Rumah ini dibina atas konsep kecekapan tenaga (energy efficiency) yang mana sumber tenaga digunakan dengan sebaiknya tanpa pembaziran. Hebat kan? Kalau kita semua asyik leka membazirkan elektrik Stephaine berusaha untuk menjimatkan tenaga dengan sebaiknya.

Penerangan dari Stephanie
Penerangan mengagumkan dari Stephanie

Penerangan dari Stephanie yang banyak memberi kesedaran tentang tanggungjawab individu dalam optimum penggunaan tenaga

Antara ciri-ciri rumah Cooltex yang unik dan sangat mengagumkan;

  • Rumah dan atap berwarna putih supaya tidak menyerap haba dari cahaya matahari dan menyejukkan dalaman rumah.
  • Rumah yang dikelilingi dengan pokok untuk halang haba dari panaskan rumah.
  • Bahan binaan rumah yang boleh dikitar semula.
  • Menggunakan air-cond 24 jam
  • Tingkap rumah hanya pada kiri dan kanan rumah untuk mengelakkan cahaya matahari masuk direct melalui tingkap serta pintu jenis double glazed supaya haba dari luar tak mudah masuk ke dalam dan mengelakkan pemejalwapan.
  • Tingkap rumah ini tak dibuka tau sebab untuk elak keluar udara sejuk dari rumah. Tapi okay sebab kat sini ada sistem pengudaraan yang sangat bagus. Sejuk je duk dalam Cooltex ni.
  • Sistem pengudaraan bawah tanah untuk salurkan udara yang segar sejuk masuk ke dalam rumah.
  • Lantai rumah yang diperbuat daripada plastik polyurethane setebal 50mm untuk elak udara sejuk aircond diserap ke lantai.
  • Pintu menggunakan double pane dan seals untuk elakkan udara sejuk keluar.
  • Peralatan elektrik rumah yang berkonsep peralatan cekap tenaga seperti LCD screens, microwave, peti sejuk, dapur masak jenis induction serta lampu fluorescent.
  • Banyak lagi ciri-ciri unik yang ada pada rumah cooltex seperti dalam gambar dibawah. Mesti korang tengok kagum kan??
Ciri-ciri rumah cekap tenaga di Cooltex
Ciri-ciri rumah cekap tenaga di Cooltex

HEBAT!!…Cooltex yang dibina dengan konsep kecekapan tenaga (energy efficient)

Bahan asas dinding dan lantai rumah Cooltex
Bahan asas dinding dan lantai rumah Cooltex

Bahan asas dinding dan lantai rumah Cooltex: CSR Autoclaved Blocks dan Laminated Woodgrain Floor with underlayer Polyurethane.

Double Glazed Window Cooltex
Double Glazed Window Cooltex (Sumber: Voyager)
Solar panel pada bumbung Cooltex.
Solar panel pada bumbung Cooltex. (Sumber: Cooltex)

Sebenarnya.. Bagaimana agaknya tenaga elekrik dihasilkan dari solar panel ek??

Jom tengok prosesnya dalam gambar di bawah……

Proses penghasilan elektri dari tenaga solar dengan menggunakan solar panel
Proses penghasilan elektrik dari tenaga solar dengan menggunakan solar panel. (Sumber: Solar Power Home System)

Erkk.. artikel ini pun dah terlalu panjang. InsyaAllah akan datang cik tom kongsikan bagaimana proses tenaga elektrik ini dihasilkan dari cahaya matahari menggunakan solar panel ye serta juga trip cik tom bersama rakan blogger di AUO-Sunpower dan Kumpulan Melaka Berhad. Stay tuned!

So, macam mana kagum tak dengan rumah Cooltex kepunyaan Stephanie ni?? Maybe boleh cik tom aplikasi rumah energy efficient ni time buat rumah baru akan datang. Hehe…

Sumber rujukan: SEDA Malaysia, Cooltex & Switch

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

11 thoughts on “Trip SEDA ke Rumah Teknologi Hijau Cooltek

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE