Tudung Labuh Berkualiti Mengikut Syariat di InspirasiHana

Wanita memang tidak dapat dipisahkan dengan fitrah untuk kelihatan cantik. Boleh digambarkan wanita dan kecantikan ini ibarat lagu dan irama yang tidak dapat dipisahkan. Bagi wanita yang sudah berumah tangga pasti ingin kelihatan sentiasa cantik pada pandangan suami tersayang.

Muslimah yang taat dan patuh pada syariat, tidak sepatutnya membiarkan dirinya tidak terjaga dan terurus. Ketaatan pada syariat bukan sebagai alasan untuk pinggirkan perhatian terhadap penampilan diri. Islam bukan pembelenggu kecantikan, namun hanya mengatur saatnya bila harus ditampilkan, bila harus disembunyikan dan bagaimana harus dijaga segala kecantikan yang dimiliki.-Burhan Sodiq, Buku Engkau Memang Cantik, Cetakan 2011.

Pasti ramai wanita di luar sana tertanya-tanya dimana ye untuk beli tudung labuh muslimah yang memenuhi kriteria yang berlandaskan syariat agama Islam. Kerana ramai sedia maklum sekarang banyak produk menggunakan term “tudung muslimah”, “jubah muslimah”, “anak telekung muslimah” tapi langsung tidak mengikut syariat yang ditetapkan iaitu mostly kain jarang, kain nipis menampakkan bentuk tubuh badan, anak telekung bonggol unta yang sah2 diharamkan dalam al-Quran dan sebagainya.

Alhamdulillah cik tom telah menemui satu solusi iaitu satu laman web tudung labuh yang insyaAllah mengikut syarak iaitu tidak jarang serta labuh. Malahan design tudung labuh InspirasiHana ini Alhamdulillah memang mengikut fesyen terkini dan sesuai di gayakan dalam pelbagai jenis majlis. Dan yang paling penting ia masih menepati SYARAK YANG DI TETAPKAN.

Tudung Labuh Berkualiti Mengikut Syariat di InspirasiHana

Tengok header website Butik InspirasiHana menggunakan artis, penyanyi, pelakon, pengacara Heliza Helmi sebagai duta tudung di InspirasiHana. Semoga ia satu tarikan untuk menarik lebih ramai golongan wanita untuk bertudung menutup aurat.

Butik InspirasiHana | Gedung Tudung Labuh Online Terbesar

Butik Inspirasihana adalah Gedung Tudung Labuh Online Terbesar dan Kepakaran kami adalah menyediakan pelbagai pilihan design dan saiz tudung-tudung labuh kepada semua wanita muslimah di luar sana untuk tampil bergaya dan dalam masa yang sama menutup aurat mengikut kehendak syariat. Ini seperti mana motto InspirasiHana iaitu “Anggun Bersyariat Indah Terpelihara” iaitu dalam kita sebagai kaum wanita masih boleh kelihatan anggun dan pada masa sama menutup aurat berlandaskan syariat agama Islam. Alhamdulillah…

Pencapaian Butik InspirasiHana

Malahan Butik InspirasiHana pernah jadi tetamu jemputan di program @safiyya TV9 pada Ahad 19 Mei 2013 jam 11 pagi yang lalu. Turut pernah menjadi tetamu jemputan Slot Rekreasi di radio IKIM.FM pada 16 Mei 2013 dan insyaAllah bakal muncul dalam Majalah ANIS. Rakan facebook yang like fanpage InspirasiHana ialah 155,739 ketika artikel ini ditaip oleh cik tom.

Antara Produk-produk Menarik di InspirasiHana- Gedung Tudung Labuh Online Terbesar

****Kalau ada yang berkenan boleh terus klik pada gambar****

Testimonial Customer InspirasiHanna- Gedung Tudung Labuh Online Terbesar

Bagaimana untuk beli online tudung di InspirasiHana ??

Mudah saja untuk beli online tudung di InspirasiHana;

  1. Pertama anda masuk ke web>> InspirasiHana. Kemudian, pilih mana-mana produk tudung yang anda sukai.
  2. Isi borang tempahan.
  3. Buat bayaran mengikut kemudahan anda samaada secara online banking atau manual iaitu bank in duit menggunakan mesin deposit bank.
  4. Emailkan bukti pembayaran.
  5. Selepas bayaran disahkan oleh pihak InspirasiHana, produk tudung akan segera dihantar terus ke pintu rumah anda.

**Kalau masih kurang faham, jangan bimbang di website InspirasiHana ada sediakan tutorial bergambar di menu “Cara Pembelian“.

Pada yang berminat untuk dapatkan tudung labuh secara online atau nak tengok lagi banyak produk dan testimonial boleh buat tempahan ke>> Website InspirasiHana atau boleh juga klik banner dibawah.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

39 thoughts on “Tudung Labuh Berkualiti Mengikut Syariat di InspirasiHana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE