Tutorial Cara Daftar Blog Di Alexa.com

Kali ini, cik tom nak ajar tutorial cara daftar (register) blog korang dengan website Alexa. Tutorial bergambar ini hasil pertanyaan dari ADfeez yang nak tahu bagaimana caranya nak sign up untuk alexa rank. Pada yang tak tahu mengenai alexa rank ini boleh rujuk pada entry cik tom sebelum ini; Apa Itu Alexa Rank Dan Kategorinya. InsyaAllah akan datang cik tom akan kongsikan pula tips cara nak tingkatkan (kecilkan) alexa rank. Jom ikuti tutorial cara daftar blog dengan alexa. Daftar blog pada alexa juga termasuk dalam salah satu tips untuk tingkatkan alexa rank. Tutorial ini boleh digunakan untuk blogspot dan juga wordpress.

 

STEP 1

Masuk ke page alexa.com. Bagi yang belum mendaftar, sila claim website/ blog korang dahulu dengan klik menu “Site Tools” dan klik “Claim Your Site”.

STEP 2

Step yang kedua ialah korang masukkan url blog korang dan klik “Claim Your Site” untuk claim blog korang pada alexa.

STEP 3

Selepas itu bolehlah korang perlulah klik “Register for an account” jika belum pernah daftar blog di alexa. Korang boleh register akaun  samaada menggunakan email mahupun facebook.

STEP 4

Kemudian, isikan segala maklumat yang diperlukan seperti dalam gambar di bawah.

STEP 5

Setelah itu email pengesahan akan di hantar ke inbox korang. Sila login email korang dan klik link confirmation yang diberikan dalam email korang.

STEP 6

Akan keluar untuk korang verify url blog di blog korang samaada dengan memasukkan 1) download this text file atau 2) add meta tag to the home page. Cik tom prefer cara ke 2 iaitu masukkan meta tag. Korang hanya perlu copy code meta tag yang diberi dan paste ke dalam code html blog. Kemudian selepas dah masukkan, korang kena klik “Verify My Meta Tag”. Cara untuk masukkan meta tag ada cik tom ajar di bawah gambar ini mengikut blogger pengguna platform blogspot dan juga wordpress.

 

Pada pengguna blogspot;

Klik Dashboard>Design>Edit HTML>tick Expand Widget Templates>tekan keyboard “ctrl+f” untuk cari code <head> dan masukkan code meta tag diatas selepas code <head> dan sebelum penutup code </head>

Pada pengguna wordpress;

Klik Dashboard>Appearance>Editor>Header.php>tekan keyboard “ctrl+f” untuk cari code <head> dan masukkan code meta tag diatas selepas code <head> dan sebelum penutup code </head>

STEP 7

Kemudian pergi ke menu “Site Tools” dan klik “Alexa Site Widgets”.

 

STEP 8

Kemudian akan keluar “Alexa Traffic Widgets” seperti gambar di bawah. Korang masukkan url blog korang di dalam ruangan disediakan dan klik “Build Widget”.

STEP 9

Setelah itu, code HTML bagi alexa widget akan diberikan bagi pelbagai jenis widget mengikut saiz. Pilih jenis dan code widget alexa yang korang ingin masukkan ke dalam blog.

Pada pengguna blogspot;

Klik Dashboard>Design>Page Elements>Add A Gadget>HTML/JavaScript>copy dan masukkan code yang diberikan ke dalam “Content”>Save

Pada pengguna wordpress;

Klik Dashboard>Appearance>Widgets>tarik “Text” ke sidebar>copy code yang diberikan ke dalam text>Save

Ok dah siap save boleh lihat hasilnya pada blog. Selamat mencuba.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

20 thoughts on “Tutorial Cara Daftar Blog Di Alexa.com

  • June 24, 2011 at 1:12 am
    Permalink

    hihi..dah lama nak buat ni tapi selalu malas. mish bookmark n3 ni. sng nak buat t. hehe..thanx ciktom~

    Reply
  • June 24, 2011 at 10:25 am
    Permalink

    dah daftar dah tahun lepas. tapi tak sehebat tahun lepas dah. huhu

    Reply
  • June 24, 2011 at 4:53 pm
    Permalink

    dah daftar..
    akak buat masa gayah buat
    entry mcm ni dulu..

    Reply
  • June 24, 2011 at 9:45 pm
    Permalink

    Salam tuan blog,

    Chip baru tau ni..thanks kongsikan ilmu ni kepada saya..emm boleh chip tau ape kelebihan kalo kita submit blog kita di alexa..boleh naik traffik ke?

    Maaf saya newbie…

    p/s: Salam perkenalan.. first time datang sini..

    Reply
  • August 14, 2011 at 11:28 pm
    Permalink

    Salam TT.

    Terima kasih di atas tutorial yg berguna. 🙂

    Tempahan Serunding Sempena Ramadhan

    Reply
  • October 30, 2011 at 6:03 pm
    Permalink

    salam nak tanya la harap dapat membantu,saya nk daftar alexa kenapa x boleh erk? dah copy code pastu paste selepas kemudian saya verify my id dia tulis( We could not find the verification ID on your homepage. Please add the verification id to the section of the HTML of your homepage.) saya dah try banyak kali pun x boleh
    sapa2 boleh tolong x :<

    Reply
    • December 5, 2011 at 9:39 am
      Permalink

      cuba try follow balik semua step dalam tutorial ni dari awal…atau maybe code yang awk copy tertinggal pe2 code..sbb kl follow up semua step mmg xde masalah utk verify id blog..sori ye ciktom br bkesempatan nk bls komen..byk komen tertunggak xbls lg

      Reply
  • November 5, 2011 at 11:04 am
    Permalink

    saya dh cuba tp xjdi lah… dia sllu tnya plan pricing …

    Reply
  • January 9, 2012 at 5:14 pm
    Permalink

    hai ciktom,nk tnya la,guna service alexa pada blog secara percuma ke berbayar? mklumla sy newbie yg bru nk belajar.

    Reply
    • January 10, 2012 at 11:55 pm
      Permalink

      percuma. xpe kita sama2 belajar ye 😉

      Reply
    • February 2, 2016 at 10:51 pm
      Permalink

      awal je nampak sulit..lama2 kelamaaan okay je..tak susah pun..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE