Tutorial Pasang Related Post Tanpa Plugin

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia… Cik tom nak kongsikan satu tutorial pasang related post tanpa plugin yang cik tom simpan dalam draft untuk rujukan incase nanti nak edit buang ke apa kan? Alhamdulillah rupanya ini satu tindakan agak bijak cik tom simpan dalam draft sebab bila refer balik blognya tak wujud lagi.

Kalau tak haru jugak cik tom nak edit kat mana.  Kalau ikut memang lagi mudah guna plugin. Tapi cik tom terpaksa edit theme blog buat manual related post tanpa guna plugin wordpress. Bila cik tom guna “Yet Another Related Posts Plugin” banyak guna CPU resources shared hosting dan menyebabkan blog cik tom tak dapat diakses. Bila bukak blog cik tom keluar notis “Resource Limit is Reached”.

CPU Resources ialah sebanyak mana kuasa CPU yang digunakan oleh script2 website anda, ketika melayani permintaan pelawat2 website anda. Limit CPU Resources utk semua pakej shared hosting NetKL ialah 25%.

Ini bermaksud, jika script/plugin website anda terlalu berat atau ‘resources intensive’, dan ramai pelawat sedang menggunakannya pada waktu yg sama (di waktu puncak) lalu menyebabkan website anda menggunakan banyak kuasa CPU (melebihi 25% pada satu2 masa), maka, paparan ‘Resource Limit Is Reached’ tu akan muncul di skrin anda. Namun, ia terjadi sekejap2 sahaja, iaitu semasa jumlah pelawat datang terlalu ramai serentak. Setelah pelawat berkurangan, paparan ‘Resource Limit Is Reached’ tersebut akan hilang semula. Jika hari esoknya, pelawat anda ramai semula, dan anda masih guna script website yg sama, maka, paparan ‘Resource Limit Is Reached’ tu mungkin akan timbul semula.-Liza NetKL.

Kalau korang nak cuba juga buat Related Post boleh follow up tutorial berikut;

Langkah 1: Sila Login WordPress dashboard>Appearance> Editor>Single.php file

Tambahkan code dibawah (samada berdasarkan kategori atau tag) selepas code ini;

<!--?php the_content() ?-->:

*kalau tak jumpa sebijik, cuba la cari la code seakan-akan ye.

Korang boleh pilih nak buat related post tue nak ikut kategori ke tag.

Related post berdasarkan Kategori;

<?php
    $this_post = $post;
    $category = get_the_category(); $category = $category[0]; $category = $category->cat_ID;
    $posts = get_posts('numberposts=6&offset=0&orderby=post_date&order=DESC&category='.$category);
    $count = 0;
    foreach ( $posts as $post ) {
    if ( $post->ID == $this_post->ID || $count == 5) {
    unset($posts[$count]);
    }else{
    $count ++;
    }
    }
    ?>

    <?php if ( $posts ) : ?>
    <div>
    <h2>Related Posts</h2>
    <ul>
    <?php foreach ( $posts as $post ) : ?>
    <li><a href="<?php the_permalink() ?>" title="<?php echo trim(str_replace("n"," ",preg_replace('#<[^>]*?>#si','',get_the_excerpt()))) ?>"><?php if ( get_the_title() ){ the_title(); }else{ echo "Untitled"; } ?></a> (<?php the_time('F jS, Y') ?>)</li>
    <?php endforeach // $posts as $post ?>
    </ul>
    </div>
    <?php endif // $posts ?>
    <?php
    $post = $this_post;
    unset($this_post);
    ?>

Related post berdasarkan Tag;

<?php
$tags = wp_get_post_tags($post->ID);
if ($tags) {
    $tag_ids = array();
    foreach($tags as $individual_tag) $tag_ids[] = $individual_tag->term_id;

    $args=array(
        'tag__in' => $tag_ids,
        'post__not_in' => array($post->ID),
        'showposts'=>5, // Number of related posts that will be shown.
        'caller_get_posts'=>1
    );
    $my_query = new wp_query($args);
    if( $my_query->have_posts() ) {
        echo '<h3>Related Posts</h3><ul>';
        while ($my_query->have_posts()) {
            $my_query->the_post();
        ?>
            <li><a href="<?php the_permalink() ?>" rel="bookmark" title="Permanent Link to <?php the_title_attribute(); ?>"><?php the_title(); ?></a></li>
        <?php
        }
        echo '</ul>';
    }
}
?>

Kemudian Save dan siap!

Pro: Tidak melibatkan masalah CPU resources. Penggunaan plugin dapat dikurangkan.

Cons: Related post yang tidak menarik menyebabkan low possibility pelawat blog untuk klik artikel lain dan stay lebih lama di blog. Kesan buruk paling ketara bounce rate tinggi. Pageview rendah.

Tutorial artikel berkaitan dengan gambar>>Tutorial Related Post With Thumbnail Without Plugin.

Sekarang blog cik tom dah remove coding tutorial ni dan dalam percubaan pasang plugin “Contextual Related Posts” tengok macam mana. Hmm terfikir jugak plugin Jetpack lepas baca entri blog Hafizul pulak. Korang pakai plugin apa kat blog untuk artikel berkaitan??

Sumber rujukan: WORDPRESS | HOW TO CREATE RELATEDPOST WITHOUT PLUGIN (broken link-http://www.thebestsolver.com/)

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

13 thoughts on “Tutorial Pasang Related Post Tanpa Plugin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE