Tutorial Reply To Comment

Salam…Tutorial cara nak buat reply to comment ni sebenarnya dah lama dalam list request cik tom sebelum tukar hosting lagi. Tapi disebabkan oleh mood nak buat tutorial dah lama ke laut so cik tom agak lama stop buat tutorial. Tutorial ni bagi pengguna platform blogspot ye bukan wordpress. Setahu cik tom theme wordpress memang dah disediakan button reply to comment ni. Jadi takde masalah bagi pengguna platform wordpress.

STEP 1

Sila backup template sebelum mula untuk mengedit sebarang code.

DASHBOARD>DESIGN>EDIT HTML>tick kotak EXPAND WIDGET TEMPLATES>klik DOWNLOAD FULL TEMPLATE

STEP 2

Kembali pada “Edit html”. Tekan “ctrl+f” untuk cari code di bawah;

<b:include data='comment' name='commentDeleteIcon'/>

atau kalau tak jumpa, cuba cari code ni pulak;

<data:commentpostedbymsg>

atau kalau tak jumpa  jugak, cuba cari code ni;

<data:commentpostedbymsg/>

**Kalau dah jumpa salah satu code di atas tak perlu follow- up code seterusnya. Kalau tak jumpa langsung antara 3 code ni tak tahulah. huhu..

STEP 3

Copy dan paste code berikut di bawah code yang korang cari di step 2;

<span class='comment-reply'><a expr:href='&quot;https://www.blogger.com/comment.g?blogID=NOMBOR ID BLOG&amp;postID=&quot; + data:post.id + &quot;&amp;isPopup=true&amp;postBody=%40%3C%61%20%68%72%65%66%3D%22%23&quot; + data:comment.anchorName + &quot;%22%3E&quot; + data:comment.author + &quot;%3C%2F%61%3E#form&quot;' onclick='javascript:window.open(this.href, &quot;bloggerPopup&quot;, &quot;toolbar=0,location=0,statusbar=1,menubar=0,scrollbars=yes,width=400,height=450&quot;); return false;'>[Reply to comment]</a></span>

**Untuk NOMBOR BLOG ID, korang boleh rujuk gambar di bawah bagi cara nak carinya di blog masing-masing.

Blog ID

STEP 4

*Kalau korang nak tukar perkataan atau ayat lain selain “reply to comment”, korang just tukarkan je ayat [Reply to comment] dalam code step 3 kepada mana-mana ayat/ perkataan yang korang suka contoh Balas, Reply atau sebagainya.

**Sekiranya korang rasa bosan dengan ayat dan teringin nak tukar ke gambar yang comel dan menarik, korang just gantikan ayat [Reply to comment] dalam code step 3 tue dengan code di bawah ini;

<img alt='reply to comment' src='URL GAMBAR ANDA'/>

**URL GAMBAR ANDA= tue tukar pada url gambar yang korang nak guna; contohnya “http://i830.photobucket.com/albums/zz229/emieysandra/lagikkomen-1.png“.

STEP 5

Klik Preview dan Save jika tiada sebarang error pada coding.

Selamat mencuba ^_^.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

34 thoughts on “Tutorial Reply To Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!