Usahasama Tidak Berjaya

Bak cik tom katakan dalam entry sebelum ini iaitu Rezeki Itu Hak Allah. Ianya boleh diberikan atau ditarik bila-bila masa olehNYA. Cik tom pernah dapat 3x offer dari majalah untuk mempamerkan resepi hasil masakan dari cik tom. 2 tawaran tersebut ialah dari majalah Aroma dan satu dari majalah MIDI. Cik tom terlepas tawaran pertama kali dari majalah Aroma sebabnya pernah diceritakan lanjut dalam>> Terlepas Tawaran dari Majalah Aroma.

Tawaran kedua 5 resepi berbayar dari majalah MIDI tapi sayangnya ianya turut gagal kerana masalah ketiadaan kamera DSLR untuk mengambil gambar masakan.

Tawaran ketiga dari majalah Aroma lagi dan kali ini percubaan cik tom masih tidak berjaya apabila gambar yang diambil menggunakan DSLR tidak memenuhi kriteria gambar yang diingini dari sudut angle kerana cik tom memang tidak berpengalaman menggunakan DLSR>> Susahnya Nak Guna DSLR! Sayang seribu kali sayang walaupun artikel menepati kriteria mereka inginkan tapi kerana masalah gambar usahasama ini tidak berjaya.

Tapi cik tom tidak patah semangat dan anggap ini semua bukan rezeki cik tom. Usahasama yang tidak gagal, tidak bermakna cik tom tak akan berjaya untuk percubaan seterusnya. Malahan ini menaikkan lagi semangat cik tom untuk menerima tawaran akan datang dan berusaha sehingga berjaya. Memperbaiki teknik mengambil gambar dan mungkinkah kena beli dslr?? Kalau tak juga terpaksa upah cameraman jawabnya!

11 resepi tersebut telah/ akan cik tom kongsikan di blog ciktom;

  1. Resepi ayam masak lemon 2 hati
  2. Resepi Sayur Kacang Botor Masak Hitam Manis
  3. Resepi Masak Tempe 3 Rasa
  4. Resepi Udang Masak Black Pepper
  5. Resepi Sotong Masak Merah
  6. Resepi Ikan Masak Tumis Air
  7. Resepi Nasi Goreng Cik Tom
  8. Resepi Nasi Goreng Kerabu Terengganu
  9. Resepi Kuih Bakar Pandan
  10. Resepi Kuih Cara Lemak Manis
  11. Resepi Puding Kuih Berkuah Cinta

Cik tom dah rancang slot untuk resepi pada setiap hari Jumaat. Slot penulis jemputan pula ialah setiap hari Khamis. Setakat ini, dah 4 penulis jemputan yang bersetuju untuk berkongsi artikel di blog cik tom. Keutamaan entry kategori blogging, tips, tutorial, review dan informasi. Kelebihannya boleh masukkan maksimun 3 backlink dari artikel blog anda. Intro mengenai diri dan blog anda di dalam artikel tersebut. Jika ada sesiapa berminat untuk jadi penulis jemputan di blog cik tom, boleh hubungi cik tom di menu “hubungi” ye.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

81 thoughts on “Usahasama Tidak Berjaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!