Vit’s Membantu “Superwomen” Menguruskan Masa

Vit’s Membantu “Superwomen” Menguruskan Masa | Assalamualaikum dan salam sayang… Korang pernah dengar atau makan tak mee segera jenama Vit’s? Famili ciktom dah lama familiar dengan jenama Vit’s ni semenjak dari zaman sekolah rendah lagi. Bagi korang yang tak tahu dah 45 tahun tau jenama Vit’s ni bertapak di Malaysia. Sebelum ciktom lahir lagi dah ada tau. hihi…

Ciktom sejak dari kecil memang suka makan mee lagi berbanding nasi. Jadi ayah ciktom biasa akan sediakan stok Mi Kering Kasar macam dalam gambar dibawah untuk ciktom. Bila-bila masa ciktom nak makan boleh celur je mi kering tu dan goreng macam ketiauw goreng biasa. Sedap sangat tau mee ni sebab rasanya kenyal dan lembut.

Tapi ciktom tak pernah pula cuba lagi bihun segera dari jenama Vit’s. Biasa dulu sekolah asrama dan masa kat universiti biasa juga makan bihun segera tapi jenama lain. Jadi kali ni ciktom tertarik nak cuba bihun segera jenama Vit’s berperisa sayuran dan ketam.

Vit's Membantu “Superwomen” Menguruskan Masa

Cara penyediaan bihun segera Vit’s ini teramatlah mudah boleh disediakan menggunakan 3 cara iaitu panaskan air dalam periuk, menggunakan air panas atau boleh juga gunakan microwave.

Ciktom dah rasa kedua-dua perisa bihun segera dan yang paling ciktom suka ialah perasa sayuran. Sedap tau hirup sup tu panas-panas. Rasa supnya sama macam sup sayuran di kedai makan. Malahan bihun dia pun lembut dan sedap dimakan tanpa rasa muak.

Bihun segera Vit’s ini boleh didapati dalam bungkusan pack kecil plastik ataupun cawan. Kalau nak mudah untuk makan di ofis atau travel, lagi senang guna cawan kerana sudah lengkap dengan sudu. Tak perlu mangkuk extra. hihi..

 

Bawah ni gambar bihun sup ciktom masak menggunakan peket di dalam periuk. Dalam masa 3 minit je siap masak tau. Mudah dan pantas. Ni ciktom letak crab stick yang dah dipotong dadu dengan carrot je. Ciktom tak masukkan telur takut spoil pulak rasa sup yang sedap tu.

Kepada korang yang tak pernah cuba memang ciktom highly recommend korang dapatkan bigun segera Vit’s ini dan rasai sendiri keenakan bihun ni. Sebijik rasa macam bihun sup utara. hihi…

Vit’s memang banyak membantu wanita untuk jadi “Superwomen” dalam menguruskan masa dalam kehidupan seharian.

Vit’s Membantu “Superwomen” Menguruskan Masa

Vit's premium fresh cooked ramen

Wanita “Supermoden” zaman kini melambangkan seorang yang Multitasking, mampu bersaing dengan golongan lelaki dalam semua perkara, wanita sebagai seorang anak, seorang isteri, ibu yang penyayang, dan seorang pekerja yang berdedikasi. Seperti Pepatah Melayu ada mengatakan ‘tangan yang menghayun buaian juga mampu menggegarkan dunia. Sekarang, sudah tiada alasan lagi untuk wanita bekerja, dalam masa yang sama menjadi isteri dan ibu, bahkan bakal menjadi yang lebih hebat dari golongan lelaki.

Namun, untuk merealisasikan semua tugas itu, wanita perlukan bantuan untuk memastikan semua perkara dapat dilakukan dengan baik dan menepati masa. Dengan mempraktikkan tips pengurusan masa yang bijak, pemilihan makan dan bantuan anda sebenarnya mampu untuk bekerja dalam masa yang sama mampu menguruskan keluarga dengan lebih berdedikasi.

vit's bihun cawan segera perasa ketam

Menjaga makanan saja tidak cukup kerana perubatan semula jadi memerlukan pendekatan menyeluruh atau holistik yang membabitkan pembersihan badan, ketenangan minda dan rohani. Sama ada membawa faedah atau padah, jangan salahkan makanan kerana kuasa memilih ada di tangan kita dan kita yang bertanggungjawab terhadap tahap kesihatan diri.

vit's bihun segera sayuranPemilihan makanan Halal adalah sangat penting. Punca suatu makanan dan minuman itu ada berkaitan dengan sumbernya, cara pemprosesan, premis atau tempatnya. Jika ia berkaitan dengan haiwan, ia hendaklah disembelih mengikut ketentuan Syarak. Manakala haram suatu makanan dan minuman itu, bergantung kepada sumber dan bahannya, cara pemprosesannya dan keadaan premisnya. Misalnya makanan dan minuman yang diproses menggunakan/mengandungi bahan-bahan haram seperti lemak atau daging babi, anjing dan haiwan lain yang tidak disembelih mengikut syarak, darah, arak, najis, racun dan sebagainya.

Kita dituntut supaya mencari makanan yang halal. Mencari yang halal itu adalah wajib. Maknanya umat Islam disuruh mencari kalau ia makanan dan minuman carilah yang benar-benar halal lagi baik, bersih dan berkhasiat.

Gaya hidup yang sibuk dipenuhi tugasan pejabat boleh menjadikan anda tidak sempat untuk memasak. Belum lagi cerita bagi orang yang sememangnya pemalas sejak azali.

Untungnya kita di zaman ini, jika anda lapar, hanya dengan beberapa sentuhan jari diperanti, makanan sedia dihantar didepan pintu termasuk juga makanan segera yang mampu membantu wanita zaman kini untuk menjadi lebih efisyen dalam menjalankan tugas penting hari.

Melihat kepentingan seorang wanita di zaman yang lebih moden ini, Vit’s telah menghasilkan dan mengeluarkan satu lagi produk makanan yang dapat membantu wanita moden di luar sana yang memerlukan bantuan dari segi masa tanpa menghiraukan faktor kesihatan dan halal.

Vit’s Bihun Ketam dalam Sup Pedas telah mendapat sambutan hebat terutamanya kepada golongan wanita yang disebutkan di atas. Bihun Sup Ketam Pedas ini telah dapat membantu ramai wanita di luar sana serta dihasilkan tanpa gluten (sesuai untuk hindar dari alahan), tanpa pengawet serta diperbuat 100% dari beras.

Vit’s merupakan kilang mee segera Malaysia yang berstatus Halal Jakim semenjak 12 tahun yang lepas dan berusia 45 tahun. Vit’s sudah bertapak di Malaysia agak lama dan produknya mudah untuk di cari sehinggakan pada yang tiada masa juga masih membeli melalui online platform seperti di Shopee, Lazada, Fave, Superbuy dan banyak lagi.

Makan – makan bersama Vit’s

Kempen “Vit’s Kan Ada”

Vit’s juga telah melancarkan kempen “Vit’s Kan Ada” kempen baru-baru ini dan klik link di bawah untuk lebih infomasi.

Facebook: https://www.facebook.com/vitsnoodles/
Website: https://www.vitsnoodles.com/

 

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

One thought on “Vit’s Membantu “Superwomen” Menguruskan Masa

  • February 10, 2020 at 8:36 am
    Permalink

    sedap².. akak dah try dah mee ni..cuma nak cari stock payah sikit ler…Kat pasaraya tempat akak takde…hehehe

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.