Woot woot punya Best of the best contest


Cik tom nak menjoinkan diri woot woot punya contest iaitu “best of the best contest”. Hari ini dah tarikh akhir. Harap2 sempat la join sebab dah janji dengan dak woot woot. Woot woot ni salah seorang blogger terengganu yang cik tom dah jumpa time gathering baru-baru ni. Memang baik dan peramah orangnya 🙂

Sebelum cik tom bagitahu apa entry yang cik tom suka. Woot woot ni ada request untuk review blog dia especially mengenai template terbaru. So, cik tom cuba ye. Tapi tak semestinya betul, ini sekadar pandangan dari lensa mata cik tom.

Template yang dipilih oleh woot ni memang simple dan size load blog pun ringan je iaitu 86.81kb. Saiz blog yang kurang dari 100kb adalah terbaik. Cik tom suka tengok background blog ni. Nampak sempoi dan bersesuai dengan tema blog woot woot. Tapi dari segi kombinasi warna blog tue dengan warna pink dan hijau pada shoutmix. Nampak agak janggal. Maybe woot woot boleh make over dengan warna baru atau kalau ingin kekalkan boleh menambahkan elemen warna pink pada blog.

Manakala pada header, jenis tulisan untuk “life.islam.fashion.humour” memang nampak kreatif tapi agak sukar nak baca bagi cik tom yang kadang2 mata 4 ni. Overall, cik tom suka template woot woot sebab rasa mesra je. Tulisan pun jelas dan terang nak baca compare dengan blog cik tom. Bila klik hyperlink pulak akan keluar yang kaler pink bergerak2 tue. Apa nama dia ek?? Kreatif dan comel bangat!!

Sebenarnya banyak entry yang cik tom suka especially bab aurat2 perempuan ni. Memang sempoi je cara penyampaian tapi sebab bagi pilih 1 je. So, cik tom pilih entry “Wanita cantik itu tidak dipandang dan memandang”. Cik tom pilih entry ni sebabnya cik tom pernah mengalaminya sendiri. Dulu cik tom suka upload gambar muka cik tom pada facebook dan diakui bila ramai puji comelnya. Wah rasa hati berbunga je.

Tapi seseorang telah menegur cik tom dengan cara yang berhemah dan halus dengan message pada facebook cik tom;

Perempuan cantik itu
Tidak memandang dan tidak dipandang
Perempuan cantik itu
Tidak mengenali dan tidak dikenali
Perempuan cantik itu
Tidak menegur dan tidak ditegur

Masa baca message tue terus hati cik tom tersentap. Ya Allah rupanya cik tom telah hanyut. Hanyut dalam men”upload” pelbagai gambar cik tom untuk tontonan umum. Tanpa cik tom sedari semua tue salah lebih2 lagi cik tom ni salah seorang yang berasal dari sekolah agama. Yang pernah mempelajari dan sudah tahu tentang batasan aurat seorang perempuan. Oleh sebab itu juga cik tom lebih prefer identiti anonymous bagi blog cik tom. Terima kasih pada kawan cik tom yang telah menyedarkan cik tom dan seseorang yang pernah hadir dalam hidup cik tom.

Bagi blogger yang suka sangat upload gambar terlalu personal, cik tom sarankan bacalah entry “Wanita cantik itu tidak dipandang dan memandang”.

Cik tom tag miss yaty, shag, zilch dan sesiapa lagi yang nak join la. Harap2 sempat korang sempat join.

undang undang wajib contest :

1)tag 3 orang (make sure kawan kene tag tu tahu )
2)follow this blog
3)letak banner di atas dalam contest post dan blog sidebar ( banner boley resize)
4)sila linkkan banner yang dekat sidebar dan dalam post tu ke link contest ini
5)submit link post anda kat comment post ini ya

dan sekarang cara cara laksanakan contest ini (skema gile.lol ) :

  • peserta pilih satu entry dari blog woot woot.yang mane korang rasa itu entry paling superb,or paling panas or paling kelakar or watsoeva lah .kirenye pilih satu entry yang korang berkenan di hati,tak kisah mengenai ape..lepas tu buat satu entry kat blog korang bertajuk ‘ Best of the best contest’
  • COPY and PASTE undang2 wajib contest and cara cara contest ini ke dalam entry anda
  • after that,tulis kat situ which entry yang korang suka ..
  • pastu korang tulis SEBAB kenape korang suke entry itu (contoh ” gua suke betol entry ni sebab entry ni buat gua rasa panas..jage ko woot woot..pastu bla bla bla dan sebagainya” )
  • mcam itu lah lebih kurang yer..nak maki maki pon boley..markah tak tolak..haha

original text from http://www.iniwootwoot.com/2010/12/contest-best-of-best-d.html#ixzz1AACGaFW6
Under Creative Commons License: Attribution

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

27 thoughts on “Woot woot punya Best of the best contest

  • January 5, 2011 at 1:36 pm
    Permalink

    good luck cik tom 🙂

    Reply
  • January 5, 2011 at 2:32 pm
    Permalink

    best of luck…

    p/s: cik tom.. adakah bahagian muka wanita dikira sebagai aurat??

    Reply
  • January 5, 2011 at 2:32 pm
    Permalink

    gd luck cik tom 🙂
    Gayah doakan.. hadiah share dua..buleh???huhu.. guraw je

    Reply
  • January 5, 2011 at 3:04 pm
    Permalink

    banyak nye join.

    eh woot2 ada contest. macam terlepas pandang pulak

    Reply
  • January 5, 2011 at 3:26 pm
    Permalink

    gud luck cik tom =D

    Reply
  • January 5, 2011 at 3:52 pm
    Permalink

    gud luck ciktom!…

    Reply
  • January 5, 2011 at 3:56 pm
    Permalink

    hohoho…mekasih cik tom 🙂

    paling lewat esok saya announce result ^^

    Reply
  • January 5, 2011 at 4:32 pm
    Permalink

    Gud Luck Cik Tom…

    Reply
  • January 5, 2011 at 4:34 pm
    Permalink

    moga2 cik tom ade ong..=)

    Reply
  • January 5, 2011 at 4:56 pm
    Permalink

    all da best cik tom

    Reply
  • January 5, 2011 at 5:20 pm
    Permalink

    bukan setakat ciktom je, wa pon terase. haha. tapi wa lelaki, so takpelah. hehe

    Reply
  • January 5, 2011 at 5:21 pm
    Permalink

    cik tom.tertarik dgn ayat kwn cik tom tu.:)

    Reply
  • January 5, 2011 at 6:11 pm
    Permalink

    cik tom..mish pun tertarik dengan ayat tu. insyaAllah mish cuba. gdlak yea ciktom sayang!!

    Reply
  • January 5, 2011 at 6:32 pm
    Permalink

    goodluck 🙂

    Reply
  • January 5, 2011 at 10:01 pm
    Permalink

    gud luck cik tom..hadiah tu kongsi2 ea…

    Reply
  • January 5, 2011 at 10:47 pm
    Permalink

    @Fariq
    kalau bukan aurat kenapa Fariq?oh…

    Reply
  • January 5, 2011 at 11:45 pm
    Permalink

    suka kata2 tu. menusuk ;D

    Reply
  • January 5, 2011 at 11:59 pm
    Permalink

    Owh, tidak..
    Lps ni banner tak leh letak gmbr sendiri la ni..
    Aiyooo..

    Reply
  • January 6, 2011 at 12:34 am
    Permalink

    Good luck Tom…hehe

    Reply
  • January 6, 2011 at 2:23 am
    Permalink

    semoga berjaya ciktom…
    akak lani..asik lmbt je terjah ciktom kan..asik tertinggal keretapi je..bz minggu ni

    Reply
  • January 6, 2011 at 3:52 am
    Permalink

    gud luck ciktom..rajin join contest ek

    Reply
  • January 6, 2011 at 3:55 am
    Permalink

    Alaa~ Tak sempat dah. Haha. Eh silap. Huhuhuhu~

    Good Luck Cik Tom!! 😀

    Reply
  • January 6, 2011 at 5:28 am
    Permalink

    @fariq: muka xtermasuk dlm aurat tp kalau dah semua pic ke sana ke mari ditayangkan boleh menimbulkan perasaan lain kepada lelaki..so kira boleh jth hukum lain plk..tp apa xpasti..nanti cik tom cuba rujuk dulu dgn ustaz ye..xleh memandai2..dosa plk…

    Reply
  • January 6, 2011 at 9:48 am
    Permalink

    baru sempat terjah cik tom ni..
    line sangat siput hari ni..
    bukak lappy je update pastu nak bw tak boleh..
    ni pun slow lagi..
    maaf ye cik tom..

    Reply
  • January 6, 2011 at 2:38 pm
    Permalink

    gudluck ! tapi x paham !

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE