Yeah! Buah Kemunting Masak Ranum

Salam sayang… Kali nak share kisah buah kemunting ek. Alhamdulillah setiap kali balik kampung pasti akan ada je buah yang ayah bawak balik dari kebun. Time balik raya haji aritu meriah dengan buah cempedak. Hari-hari duk makan cempedak… sedapp!! hehe… Kali ni balik musim hujan kat Terengganu memang banyak pokok kemunting yang lebat berbuah. So, tiap2 hari ayah bawak balik buah kemunting ni. Sampai mak cakap naik bosan dah makan. huhu…..

Buah Kemunting Masak Ranum
Buah Kemunting Masak Ranum

Alhamdulillah berhasil jugak kebun yang ayah usahakan. Sebelum ni 2x tanam macam2 jenis pokok kat kebun tue semua kena korek dengan cik B. Ayah amik tindakan drastik buat pagar kawat + simen bawah supaya cik B tak dapat sondol masuk kebun.

Yang sadis dah 2 tahun dah cik tom langsung tak ke sana. Bukan malas nak pergi tapi ayah tak bagi. Ayah bagitau kat sana tengah construction rumah, ada banyak mamat bangla & indon. So, dia bimbang keselamatan anak perempuan. Kebun tue pulak memang kawasan agak tersorok ke dalam dan belum membangun sepenuhnya. Kena bawak suami sekali kot baru bagi. hehe…

Proses Terjadinya Buah Kemunting
Proses Terjadinya Buah Kemunting (sumber asal sebelum edit: zitaomar)

Proses bagaimana terjadinya buah kemunting yang masak ranum;

  1. Putik baru nak keluar bunga
  2. Kelopak bunga baru mula keluar dari putik bunga
  3. Bunga berkembang cantik
  4. Bunga dah layu dan gugur
  5. Buah kemunting makin membesar
  6. Buah kemunting masak ranum!

Cik tom takde gambar pokok kemunting kat kebun. So, mintak bantuan pak cik google carikan. Cik tom pinjam gambar pokok kemunting dari blog kerabu jantung bagi sape2 yang tak pernah tengok pokok kemunting ni.

Pokok Kemunting Berbuah Lebat (sumber: kerabujantung)

Pokoknya rendang2 je… lebih kurang paras pinggang. Pokok ni seakan-akan pokok senduduk tapi tak sama tau! Masa kecik2 dulu suka sangat masuk rok (belukar) semata-mata nak cari buah kemunting ni. Pastu kumpul banyak2 masuk dalam poket. Selalu kena marah dengan emak bila seluar jadi kotor kena buah purple.. hehe…

Bunga Pokok Kemunting (sumber: kerabujantung)

Warna bunga pokok kemunting ni pink atau purple muda. Buah pulak kalau dah masak warna merah atau purple gelap. Rasanya manis2 masam, dalamnye ade biji2 halus cam makan buah naga pun ade. hehe… Katanya bagus makan buah kemunting ni banyak kelebihannya.

Buah kemunting dari kebun ayah..
Buah kemunting dari kebun ayah..

Makan buah kemunting banyak mengimbau kenangan lama. Zaman bermain masa kecik2. Masuk hutan, masuk longkang, panjat pokok, masuk baruh. Al-maklumlah masa kecik agak tomboy sikit. hehe…Rindunyee..

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

18 thoughts on “Yeah! Buah Kemunting Masak Ranum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE