Yeay Adira dan Ibu Sedondon Beraya dengan Busana Jamilah

Assalamualaikum dan salam sayang.. Alhamdulillah sekarang dah masuk minggu ketiga kita berpuasa dan makin rancak juga melakukan persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 6 Jun 2019. Korang dah siap belum persiapan semua kelengkapan raya? Kebiasaan ciktom buat persiapan raya lebih awal tapi tahun ini agak kalut sehingga ciktom baru berkesempatan untuk mencari baju raya sedondon ibu dan anak bersama adira.

Boleh dikatakan dah menjadi tradisi keluarga selepas berkahwin ni, kami akan beli baju kurung atau kurta di Butik Busana Jamilah dan Kacax. Pengalaman ciktom bersama Kacax pernah ciktom kongsikan pada tahun lepas; Suami Kacak Bergaya dengan Kurta Kacax. Tahun lepas Adira masih kecil so tak dapatlah ciktom nak sedondon pakai baju raya dengan Adira. Tahun ni YEAY Adira dan ibu boleh beraya sedondon pakai koleksi baju kurung dan kebaya dari Busana Jamilah.

Butik Busana Jamilah
Butik Busana Jamilah

Suami memang suka pergi ke Angsana JB Mall sebab banyak lot parking katanya. Butik Busana Jamilah ni terletak di Tingkat 4, berhadapan Umobile. Nampak signboard oren tu yelah. hihi.. Tapi kalau korang malas nak naik sampai Tingkat 4, ciktom ternampak Busana Jamilah ni jugak buka booth promosi raya di tingkat 3, bersebelahan dengan Butik Cheza, Butik Everaph dan juga di tingkat 2 berhadapan Habib Jewel. Setiap level ada, so senang boleh pergi mana yang korang selesa.

Sesak semua orang nak beli bajun sedondon ibu anak Busana Jamilah
Sesak semua orang nak beli baju sedondon ibu anak Busana Jamilah

Ini gambar waktu ciktom lalu tepi booth raya Busana Jamilah. Serius memang penuh dan sesak dengan orang ramai yang tengah mencari baju raya.

pheww penuh orang kat booth busana jamilah
pheww penuh orang kat booth busana jamilah

Macam ciktom lagi prefer pergi butik utama sebab selesa nak masuk fitting room dan adira nak lari sana sini. Luas. hihi…

Sesampai je kat butik Busana Jamilah terus cik tom rambang mata tau. Tahun ni punya koleksi baju kurung dan kebaya dari butik Busana Jamilah pergh cun melecun tau. Main concept baju Busana Jamilah raya 2019 ni banyak design jenis lace. Yelah raya tahun ni kan sana sini meriah tema kolor pastel dan lace.

Siap ada disediakan TV untuk tengok video koleksi baju Busana Jamilah
Siap ada disediakan TV untuk tengok video koleksi baju Busana Jamilah

Kebetulan waktu ciktom datang shopping baju raya ada terserempak dengan owner, Puan Jamilah. Cantik dan lemah lembut orangnya. Tengok Pn.Jamilah pun tak sibuk mana mula la ciktom borak-borak tanya pasal butik Busana Jamilah. Pn.Jamilah bagitahu dah lebih 10 tahun terjebak dalam bisnes tekstil ni . Tak sangka dah lama rupanya. Butik Busana Jamilah pun dah hampir 8 tahun bertapak di Angsana JB Mall.

Suami ciktom memang peminat setia butik Busana Jamilah dari zaman bujang tau. Dulu semua persiapan keluarga family dia dari emak, ayah, kakak dan abang beli kat Busana Jamilah. Sekarang ciktom terjebak sekali jatuh hati dengan design baju trendy dan kain pun berkualiti.

Kalau korang nak tahu segala baju kurung dan kebaya Busana Jamilah ini di design oleh Puan Jamilah sendiri. Beliau dan suami sanggup pergi cari material seperti lace dan kain sehingga ke luar negara untuk dapatkan yang terbaik, berkualiti tinggi dan cantik. Tapi serius memang semua lace cecantik tau dan jenis berkualiti. Bukan sekali basuh je dah rosak lace tu. Ciktom pernah kena dulu tau. Sedih kalau ingat balik beli baju raya sekali pakai je sebab rosak lace. huhu..

Yeay Adira dan Ibu Sedondon Beraya dengan Busana Jamilah

Kat Busana Jamilah ini ada lebih 10 design baju raya perempuan untuk keluaran 2019, tapi yang ciktom sempat cuba pakai ialah Kurung Amelda, Kurung Carmela dan Kebaya Ezara. Tiga2 baju ni jenis lace dan kolor pastel. Tapi kalau korang jenis tak suka lace ada je jenis baju kurung plain atau cotton printed. Kalau tanya ciktom, of course ciktom lagi berkenan yang lace tu. haha..

Serius cantikkkk!!

Koleksi Baju Kurung Lace Busana Jamilah
Koleksi Baju Kurung Lace Busana Jamilah

Kat Busana Jamilah ni serba lengkap kalau nak cari baju tau. Korang boleh cari untuk 1 family dari ayah, ibu, anak perempuan sampai la ke anak lelaki. Senang nak ikut tema kolor apa untuk raya tahun ni. Ciktom nak matching sedondon dengan adira je. Ayah ikut tema kolor udah ler. Takkan nak berlace jugak kan? haha..

Yang ni koleksi baju budak2. Cecomel kan.? Geram ciktom tengok. Baju ni tak silap ciktom start dari saiz 0-12 anggaran dari baby sehingga 12 tahun la. Semua baju ni memang Busana Jamilah sediakan sedondon anak dengan ibu. Senang ibu nak cari baju raya sama dengan adira.

koleksi baju lace anak sedondon dengan ibu busana jamilah
koleksi baju lace anak sedondon dengan ibu

Ciktom try fitting Adira baju Kebaya Ezara saiz 0. Sedang elok dengan badan dia. Tak perlu lipat atau alter apa dah. Terus dalam hati terdetik, Ya Allah dah besar anakku sorang ni. Nampak ayu sangat dan persis anak dara. hihi.. Yang bagusnya kebaya ezara ni siap ada zip pada dada dan tepi bawah ketiak. Jadi mudah la ciktom nak pakaikan untuk adira.

Nampak seronok sangat adira siap catwalk tau pakai kebaya ni. Semua orang duk toleh2 tengok gelagat dia.

Adira melaram dengan Kids Ezara dari Busana Jamilah
Adira melaram dengan Kids Ezara..rasa nak gigit je tengok..ayu sangat..hehe

Ciktom kan still fully breastfeed adira lagi. Jadi memang salah satu ciri utama ciktom nak beli baju tu mesti nursing friendly. Supaya senang ciktom nak menyusu dia kat mana2. hehe.. Kebaya Ezara dewasa ni pun ada zip depan dan sisi. Bila sarung tu terus rasa cantik sangat. Tiba2 feeling diri macam model pulak. haha.. Kasi can ciktom berangan sekejap ye.

kebaya ezara dari busana jamilah
Realiti versus fantasi.. hahaha..Adira tak kasi can ibu nak posing dengan kebaya ezara.

Kemudian ciktom try Kurung Carmela.Cantik juga jenis kembang tangan dia. Memang pakai ni dari jauh dah orang melirik mata tengok  lengan baju vogue. Tapi suami cakap saiz 0 tu nampak besar sikit dengan adira. Kesian pulak jadi tak jadi amik Kurung Carmela.

Ciktom dan adira testing pakai Kurung Carmela.. cantik tau lengan kembang
Ciktom dan adira testing pakai Kurung Carmela.. cantik tau lengan kembang

 

Kemudian ciktom kasi Adira try Kurung Amelda. Yang ni pun ngam elok dengan badan Adira. Comel sangat!

Comel tak adira pakai Kurung Amelda dari busana jamilah
Comel tak adira pakai Kurung Amelda?

 

tengah try belek yang lain pulak..hahaha...
tengah try belek baju lain pulak..rambang mata oiii..haha

Adoi..ini la masalah orang perempuan bila banyak pilihan cecantik. Terus jadi rambang mata. Semua material berkualiti tinggi dan paling ciktom suka jenis less iron. Pn.Jamilah bagitau kalau cuci dan terus jemur elok, tak perlu iron pun okay. Wow, tu main point ciktom suka. Yelah kekadang si kecik ni asyik nak melekat je. Nak iron lelama pun tak dapat. huhu…

Rambang mata tengok pilihan warna Kurung Amelia
Rambang mata pulak tengok pilihan warna Kurung Amelia

 

Kurung Raisha ni pun cun. Lace dia cantik sangatt!Iskk,,semua cecantik la.. Camane ni?

Nampak close up ciktom ambil. Dia punya mix match color memang menambat hati ciktom. Cutting baju dia pun cun sebab boleh nampak ciktom yang pendek gemuk ni lebih tampak langsing dan tinggi gitu. hihi..

Ini namanya Kurung Raisha. cecomel je semua nama baju ni
Ini namanya Kurung Raisha. cecomel je semua nama baju

 

kurung raisha dari busana jamilah
Tunjuk suami macam berkenan lace raisha ni pulak..tapi syg takde saiz adira..sob..sob..

Suami ciktom dah muncung mulut tau tengok ciktom rambang mata semua baju nak try ..nak beli. haha… Ciktom sekejap rasa nak beli kebaya ezara…sekejap nak raisha..tapi sedih raisha tu takde pulak saiz adira. Kata kan nak raya sedondon dengan adira. Adira siap merajuk tak nak buka baju kebaya Ezara. Nak pakai balik terus kat rumah sebab selesa dan sejuk sangat kainnya tau.

Tambah2 adira sekarang dah pandai melaram dan nak bergaya. Nasib tak bawak beg raya dia sekali. Kalau tak lagi teruk melaram. hihi..

adira ngamuk nak kebaya ezara jugak!
adira ngamuk nak kebaya ezara jugak!

Ok, sayang.. Ibu setuju kita pilih Kebaya Ezara pink ni ye. Okay dah setuju Adira buat flying kiss ala2 bodek mintak ayah bayarkan. Ayah belanja pleaseeee….

Kat butik Busana Jamilah ni bukan hanya ada baju perempuan je. Ada juga koleksi Baju Melayu, Kurta, butang baju melayu dan sampin pun ada dijual kat sini. Dulu masa kami kahwin, suami ciktom beli sampin dan baju melayu putih majlis akad nikah kami kat sinilah. hihi…

baju melayu kacax
Koleksi baju melayu Kacax 15 warna..confirm dapat match dengan warna tema korang

Staff Busana Jamilah ni  pun friendly tau. Dorang suggest ciktom ambil Kurta Rico pink ni nak matching dengan Kebaya Ezara ciktom dan adira. Suami ciktom cakap okay tapi dia nak fitting kat Butik Kacax. Amboii demand nampak. haha.. Takdelah sebenarnya sebab nak tutup butik dah, tak sempat suami nak try kurta. Lama sangat ciktom duk fitting baju itu ini. Sorry tau abang. hihi..

So, kitorang decide nak pergi this weekend pulak ke Butik Kacax. Ok bagi peluang kat suami pulak fitting baju puas2 kan. Baru win-win situation.

Sesuai tak Kurta ni matching dengan kebaya ezara pink?
Sesuai tak Kurta ni matching dengan kebaya ezara pink?

Kalau suami korang jenis macam suami ciktom malas nak berdiri lama jangan risau. Kat Busana Jamilah ini disediakan kerusi dengan meja untuk para suami yang tabah menunggu isteri fitting baju. haha..

Siap disedikan katalog baju tau. Ciktom sempat snap gambar depan katalog je. Dalam tu lengkap dengan gambar pilihan baju, warna, ukuran,harga dan recommend matching untuk satu family (ibu ayah anak2). Kira dah macam one stop centre. Tak perlu nak jalan jauh pergi beli baju anak2 butik berlainan. Kat Busana Jamilah lengkap untuk baju perempuan, lelaki, dewasa mahupun kanak-kanak.

Siapa ada katalog koleksi kurung dan kebaya
Siapa ada katalog koleksi kurung dan kebaya

Yeay!! Nampak muka ciktom ada manyakkk happy dapat baju raya dengan adira. Tenkiu suami tercinta. Sudi temankan shopping baju raya dengan adira.

Yeay Ibu dan Adira dah settle shopping baju raya Busana Jamilah
Yeay Ibu dan Adira dah settle shopping baju raya di Busana Jamilah

Oppssss.. tak habis lagi dah seronok shopping sakan tu kan. Korang jangan lepaskan peluang untuk shopping dan memenangi peluang ke Indonesia, China dan Vietnam tau! Caranya mudah je, korang layak untuk join contest BUY & FLY dengan hanya shopping RM100 ke atas dalam satu resit di mana2 butik/ booth Kacax & Jamilah. Dah la shopping dapat baju raya, peluang dapat tiket melancong luar negara pulak tu. Bestnya kalau ciktom dapat menang. hihi…

Jom join contetst Buy & Fly
Jom join contetst Buy & Fly, sambil shopping dapat peluang menang tiket flight ke luar negara

 

Untuk korang yang duk area Johor boleh je walk in pergi booth atau butik Busana Jamilah. Untuk yang luar Johor, takmo sedih2 ye. Korang boleh buat pembelian secara online je tau dan terus pos direct ke pintu rumah korang. hihi.. Untuk details Busana Jamilah boleh rujuk bawah;

Busana Jamilah
Lokasi: Tingkat 4, L4.3, Plaza Angsana JB Mall, 81200 Johor Bahru.
Facebook : Busana Jamilah 
Instagram : @busanajamilah 
Whatsapp : https://bit.ly/2WkSQbw

Ni ciktom nak share kat korang kalau nak beli dengan diskaun 20% di butik mahupun secara online boleh guna code: PROMO BLOG. Nanti korang akan dapat diskaun sehingga 20%. Promo code ini sah sehingga 27hb Mei je tau. Jom jangan lepaskan peluang shopping di Butik Busana Jamilah.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

3 thoughts on “Yeay Adira dan Ibu Sedondon Beraya dengan Busana Jamilah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE