7 Hidangan Vegetarian Yang Terkenal Dari Seluruh Dunia

7 Hidangan Vegetarian Yang Terkenal Dari Seluruh Dunia | Duduk rumah waktu pandemik begini menyebabkan kita rasa cepat lapar. Asyik nak makan jer! Kadang tu sehari entah berapa kali makan. Makan makan makan, boleh naik berat badan ni. Bercerita tentang makanan, terdetik nak cari info tentang makanan untuk vegetarian. Yelah, asyik nampak makanan ayam daging dan ikan je, nak tahu juga tentang menu vegetarian.

Cari punya cari berjumpalah dengan beberapa hidangan vegetarian yang terkenal dari seluruh dunia. Bila lihat senarai makanan begini, tiba-tiba rasa lapar semula. Hehe. 

  1. Popia Sayur – China

Hidangan Vegetarian Yang Terkenal
Flickr @ tmidz

 

Di negara China, popia mempunyai pelbagai jenis cara penyediaan dan antara yang selalu digunakan adalah dengan cara menggoreng. Ia juga mempunyai pelbagai jenis bahan isian. Vegetarian dapat menikmati hidangan ini kerana ia mempunyai pelbagai jenis popia sayur-sayuran, ia termasuk popia yang mempunyai kubis, lobak, daun salad, timun dan juga tauge. 

Campuran bahan yang boleh digunakan sememangnya banyak dan tidak berkesudahan, dan apabila anda menikmatinya bersama sos celup yang sedap, hidangan daripada China ini akan menyampaikan lebih banyak lagi rasa yang enak. 

  1. Edamame – Jepun

Flickr @ M_tohappyvegans

Pada hari ini, Edamame merupakan hidangan terkenal yang telah diperkenalkan oleh orang jepun sebagai pembuka selera. Para vegetarian boleh mengucapkan terima kasih kepada orang jepun keran telah memperkenalkan kepada kita kombinasi kacang soya muda kukus yang dihiasi dengan garam laut ini.

  1. Gado-gado – Indonesia

Flickr @ Eci Papp

“Gado-gado” dalam bahasa Indonesia bermaksud “campur-campur”. Hidangan ini merupakan salad yang berwarna-warni yang dibuat menggunakan pelbagai jenis sayur-sayuran antaranya, kentang tauge, bayam, kacang panjang, kabus dan juga jagung dan sedikit sos kacang. 

Anda boleh mendapatkan gado-gado ini di mana sahaja di sekitar Indonesia bermula dari Jakarta ke Jawa Timur dan kebanyakan wilayah mempunyai hidangan popular mereka yang tersendiri.

  1. Mì quảng – Vietnam

Mì quảng - Vietnam
Flickr @ Alpha

Mì quảng adalah mi kunyit yang enak yang dipenuhi dengan sayur-sayuran khas Vietnam seperti ketumbar, bunga pisang yang dihiris, selasih, salad dan juga pudina air. 

Mì quảng mempunyai pelbagai jenis variasi, dan antaranya mempunyai daging lembu, ayam, udang atau ikan. Walau bagaimanapun, pilihan untuk vegetarian akan selalu ada di dalam menu di kebanyakan restoran dan kedai makan.

  1. Dal tadka – India

Mì quảng - Vietnam
Flickr @ Chitz@Indulge

Seperti yang kita sedia maklum, dal merupakan makanan utama dalam hidangan India. Maka anda akan mendapati bahawa kawasan yang berbeza akan menawarkan variasi yang berbeza untuk hidangan ini. Semua dal melibatkan bahan yang kering, seperti kacang atau lentil yang dirasakan dengan pelbagai jenis rempah-rempah seperti serbuk ketumbar, serbuk kunyit dan garam masala. 

Sayuran seperti bawang, tomato dan cili sering ditambah bagi meningkatkan lagi rasa hidangan ini. Nasi dan roti sering dihidangkan bersama dal tadka dan dinikmati bersama mango lassi. 

  1. Caldo verde – Portugal

Caldo verde - Portugal
Flickr @ Kim

Masakan Portugal sememangnya dikenali sebagai masakan yang tidak begitu mesra vegetarian, tetapi di utara Portugal, hidangan Caldo Verde sangat sesuai untuk dinikmati pada waktu malam musim sejuk. Sup yang suam ini dibuat dengan menggunakan kubis Portugis, kentang, bawang dan juga minyak zaitun dan ada kadang kalanya tomato turut digunakan. 

Terdapat beberapa variasi yang mencampurkan daging bagi meningkatkan rasanya, jadi pastikan untuk bertanya apakah yang anda pesan di restoran. Jika mengikut cara tradisional, Caldo Verde akan dimasak di dalam periuk logam di atas api yang terbuka dan disajikan dalam mangkuk tanah liat bersama sepotong roti bakar. Sup ini akan membuat anda kenyang selama berjam-jam.

  1. Tortilla española – Spain

Tortilla española - Spain
Flickr @ Joe

Tortilla española merupakan salah satu hidangan yang sangat terkenal dan digemari di seluruh Sepanyol. Resepi asas hidangan ini terdiri daripada tiga bahan yang sederhana iaitu telur, kentang dan bawang. Ada juga yang menambahkan tomato. Anda boleh menemui banyak resepi yang hebat dalam talian untuk belajar tentang bagaimana cara untuk membuat Tortilla española yang gebu dan sedap di rumah. 

Itulah dia antara hidangan vegetarian yang terkenal dari seluruh dunia. Untuk Malaysia, rasanya kerabu. Nak juga senaraikan kerabu tapi terlalu banyak hingga rambang mata dibuatnya. Jadi memadailah untuk kita kenali hidangan di atas tadi.

Lapar tapi malas masak? Apa susah, servis food delivery dari Foodpanda kan ada. Ciktom sendiri selalu juga guna Foodpanda ni. 

foodpanda delivery

Foodpanda memang best sebabnya ada pelbagai jenis makanan yang ditawarkan. Baik makanan berdaging, nasi, vegetarian dan makanan laut, semuanya ada. Itu belum lagi termasuk makanan lain seperti pastri, kuih muih dan minuman yang beraneka jenis. 

Apapun, dalam keadaan kita perlu berdepan dengan pandemik sekarang ini, ada baiknya kita sahut arahan kerajaan untuk kita saling jaga diri dan pergerakan. Jangan ada kontak rapat dengan orang lain kerana ia boleh menyebabkan keselamatan diri kita terancam. Rasa nak makan, apa susah, order je guna Foodpanda ni! 

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

2 thoughts on “7 Hidangan Vegetarian Yang Terkenal Dari Seluruh Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!