DIY Bunga Tangan Pengantin Mudah dan Murah
DIY Bunga Tangan Pengantin Mudah dan Murah | Assalamualaikum dan salam sejahtera… Entri kali ni cik tom nak berkongsi cara DIY buat bunga tangan pengantin cara mudah dan menjimatkan duit. Tak perlu beli bunga tangan dah siap yang memang kebanyakannya harga agak mahal.
DIY Bunga Tangan Pengantin Mudah dan Murah
Ketiga2 acara majlis perkahwinan iaitu akad nikah, kenduri pihak perempuan dan kenduri pihak lelaki dibuat sendiri by hand hasil kerjasama kreatif cik tom, SIL; kak zie dan juga adik; eda rushdi.
Majlis Akad Nikah: Bunga tangan calla lily (putih)
10 kuntum bunga tangan calla lily warna putih yang cik tom beli secara online dengan harga RM50 termasuk pos. Dah cari merata kat kedai bunga tapi tak jumpa bunga calla lily jenis saiz kecik. Kedai bunga jual yang bunga lily saiz besar.
Untuk buat bunga tangan ni memerlukan bunga calla lily, reben, manik berserta gam.
Bahan & Anggaran Kos Bunga Tangan Calla Lily;
10 kuntum bunga calla lily (RM50)
Sedikit reben putih (satu roll reben RM2.90-ciktom guna untuk bunga tangan akad nikah dan kenduri)
8 biji manik (bahan sediaada)
Gam
Anggaran kasar kos buat bunga tangan ni dalam RM51. Kalau beli bunga tangan pengantin jenis calla lily ni kat luar dalam RM80 untuk 10 kuntum tak termasuk kos pos.
Idea untuk lilitan reben pada bunga tangan calla lily ni cik tom ambil dari tutorial gambar di bawah;
Majlis kenduri perempuan: Bunga tangan foam
Untuk bunga tangan waktu kenduri @ ada orang panggil waktu bersanding (ciktom tak bersanding just bergambar kat pelamin je), cik tom terinspirasi dari facebook; Afrah Bridal Accessories. Kat facebook tu banyak jual bunga tangan jenis foam, calla lily dan juga crown.
Oleh sebab harga bunga tangan jenis foam yang dijual majoriti dalam range RM80-RM120. Cik tom rasa tak sanggup nak perabih duit semata beli bunga tangan. Ke kedekut? haha…
Cik tom nak save bajet tapi nak melaram jugak. So, penyelesaian kita buat sendiri. Bunga foam ni cik tom beli di Kaison. 2 jenis warna. Satu plastik tu ada 36 kuntum bunga harga RM19.90. 2 plastik jadi 62 kuntum. Baki bunga foam selebihnya cik tom gunakan untuk hiasan dulang hantaran dan juga meja guestbook.
Bahan & Anggaran Kos Bunga Tangan Foam;
26 kuntum bunga (RM14.30)
Sedikit bunga putih kecik
Reben putih (guna reben sama akad nikah)
Pemegang bunga (RM4)
Gam
Anggaran kasar kos untuk bunga tangan foam ni ialah dalam RM21. Lagi murah buat sendiri kan? Hati pun rasa puas dan seronok. Cik tom gubah bahagian bunga je. Reben tu 100% eda yang buatkan. Tutorial reben dia belajar dari youtube. Time dia buat tu cik tom dah selamat tidur. hihi..
Majlis kenduri lelaki: Bunga Tangan Kaison
Untuk majlis kenduri di rumah lelaki pulak cik tom beli jambangan bunga yang dah siap susun dalam 1 jambak berharga RM18.90. Cik tom just amik sikit tali guni kolor coklat lilit pada batang bunga dan then adik eda siapkan reben. Sama jugak cara buat reben dari tutorial youtube.
Bahan & Anggaran Kos Bunga Tangan Kaison;
Sejambak bunga Kaison (RM18.90)
Reben peach (RM1)
Tali (sediaada)
Gam
Anggaran kasar kos penyediaan bunga tangan ini dalam RM20. Cik tom pun bercadang nak jual kesemua bunga tangan dan baju pengantin L/P dalam masa terdekat. Ada yang berminat boleh email cik tom di ruang hubungi. hehe…
Gambar semua bukan dari cameraman bertauliah dan hanya menggunakan handphone. hihi… Harap jangan bosan ye sepanjang minggu ini cik tom akan update mengenai segala persiapan kahwin.
Sharing is caring
Wah.. Kreatfiflah Cik Tom ni.. lepas ni bolehlah ambil tempahan pulak .
Jom baca entri terkini anuar …3 Cara nak jadi BOS secara part time dari rumah. Berpeluang Mempunyai ratusan hingga ribuan pekerja tanpa perlu kita pantau!
Idea menarik jugak tu. Maybe boleh difikirkan.. hihi
Buat sendiri dapatkan jimatkan kos. 🙂
Jom baca entri terkini akubiomed …Tabung kanister warisan Shell edisi terhad sempena sambutan ulang tahun ke-125 Shell
yup itula antara targetnya..selain utk kepuasan diri sendiri.. 😉
Cantik banget bunganya kirim ke indonesia bisa tidak?
Jom baca entri terkini sepatu flat wanita …KSC 926 Jual Sepatu Balet Murah Motif Suku Dayak
nak beli ke?boleh je cuma rasa kos pos pun dah mahal. tak sure berbaloi x..kalau serius boleh contact cik tom di ruang hubungi. hehe..
wow cantik bunga diy tu.. pasangan pengantin lagi WOW cantik… heee
Jom baca entri terkini Hairul HIssam …Ubat Cirit Birit Tradisional Terbaik & Testimonial Jual Sebiji Murtabak Berharga 10 Dollar Di Sydney
amboiiii…terima kasih atas pujian…thanks jgk utk hadiah kahwin kebabomm tu..xsmpt lg nak try..hihi..
Tahniah Cik tom. Didoakan mendapat keberkatan dan bahagia hingga ke jannah
Jom baca entri terkini faizal …7 Sebab Anda Gagal Temuduga
terima kasih atas doanya..lama dah xberkunjung ke blog faizal..hrp sihat2 selalu..
Cik tom memang kreatif senang rasanya berkunjung ke website ini selalu ada yang baru untuk di baca.
Jom baca entri terkini sepatu kerja pria …SI 006 Sepatu Wanita Flat Terbaru Gesper
terima kasih rajin berkunjung ke blog ciktom.
kemain cantik dan murah ….dulu akk pakej sekali dgn baju
Jom baca entri terkini puanbee …Kamus kasut
saya sbb beli baju sendiri..nak sewa dengan bridal pun boleh tahan mahal jgk..itu solution buat sendiri..
cantik banget bunganyaaaaa… lagi nyari buat nikah
tidak hanya cantik tapi juga kreatif terimakasih suah mau berbagi,,
Nah nih yang mau nikah dipersilahkan buat sang pasangan, yang udah nikah jangn nikah lagi hehe
btw bunga nya juga keren itu bagus tambah cocok sama setelah pakaian tambah bagus
thanks for sharing
Jom baca entri terkini Reem Doorgift …5 idea hadiah menarik untuk hari guru