Adik beradik ada hak atas harta pusaka suami atau tidak?
Harta pusaka suami | Assalamualaikum dan salam sayang… Sejak beberapa minggu ni suami asyik mengadu tak sihat dan rasa sakit badanlah. Rasa sejuk dan macam-macam. Bila ciktom cadangkan pergi klinik jumpa doktor untuk check tapi suami tak nak. Kemudian 2 hari lepas suami tiba-tiba suarakan nak tulis wasiat incase apa-apa jadi kat dia. Dia risaukan isteri dan anak-anak macam mana. Yelah isteri dia ni kan kira tak bekerjaya tetap.
Jadi suami suruh ciktom study tentang faraid dan juga wasiat. Macam mana cara pembahagian faraid bagi harta pusaka suami sekiranya suami meninggal. Then, kalau nak tulis wasiat macam mana prosedur. Yang kami nampak sekarang di Amanah Raya. Suami memang ada kad Amanah Raya tapi dah lama sebelum kahwin dan dia pun dah lupa. So, kena double check balik.
Hasil dari carian ciktom jumpa post dari perunding harta pusaka dan pengurusan harta Islam supaya kita dapat informasi yang lebih jelas dan betul. Ciktom share juga kat sini untuk manfaat bersama.
Perunding harta pusaka ini ulas dari isu yang keluar dari kes balu Abam dan juga keluarga belah Abam (emak dengan adik Abam) yang bertelagah dalam isu pembahagian harta. Ciktom copy paste je tau semua dibawah supaya takde kesilapan ayat jika ciktom ubah.
___________________________________________________________________
ADIK BERADIK ADA HAK ATAS HARTA SUAMI?
Adakah ada hak adik beradik suami atas harta suami yang meninggalkan seorang ibu, balu dan seorang anak lelaki?
Kebanyakan kita mempunyai salah faham bahawa adik-beradik berhak ke atas harta pusaka. Namun, adik-beradik kandung akan terhalang sekiranya ada anak lelaki ibu dan/atau bapa. Salah faham bagaimana yang selalu timbul dalam masyarakat kita??
Masih ramai yg tak tahu siapa yg boleh mewarisi harta pusaka dari bahagian faraid. Isteri dan keluarga suami tak celik faraid. Masing masing sama sahaja, kesannya saling menunding jari! kata keluarga arwah suami tamak dan isteri arwah tamak harta. Menyedihkan kedua belah pihak saling menunding. Tak akan habis! Percayalah!
1. Isteri dan ibu simati mempunyai bahagian faraid masing masing iaitu isteri 1/8 manakala ibu 1/6. Manakala anak lelaki adalah asobah binafsih. (Menghabiskan baki). Maka adik-beradik arwah suami tak ada hak ke atas faraid melainkan jika pasangan suami isteri tersebut tiada waris ataupun hanya ada anak perempuan sahaja barulah ADIK-BERADIK ada bahagian mereka.
2. Selepas kematian isteri masih boleh menuntut hak harta sepencarian ke atas rumah atau tanah atau apa jua harta sekiranya harta tersebut diperolehi oleh arwah suami semasa dalam tempoh perkahwinan.
3. Ibu arwah adalah waris fardhu kepada harta pusaka anak mereka.
RANCANG PERIHAL HARTA PUSAKA KETIKA HIDUP
ELAK DARI BERMUSUHAN PERIHAL PUSAKA. Ia tiada kesudahan malahan boleh memberi mudharat kepada waris. Yang lebih utama silaturahim yang patut dijaga. Maka tanyalah pada yang pakar untuk meleraikan pertikaian harta simati sedangkan ada jalan TERBAIK yang boleh diambil guna.
Langkah terbaik untuk kita pemilik harta merancang harta ketika hidup adalah tindakan yang bijak demi waris yang bakal ditinggalkan kelak. Ingatlah, ketika itu kita sudah bisu untuk bersuara. Maka biarlah apa yang kita rancang ketika hidup dapat memudahkan waris dan InshaAllah segala kemungkinan waris bertelagah tidak timbul.
ADAB DALAM MENGURUSKAN PUSAKA









__________________________________________________________________
HAK ATAS HARTA PUSAKA SUAMI
Dari penerangan ini dan juga bergambar, yang ciktom faham bagi scenario ciktom ( kami ada sepasang cahaya mata – lelaki dan perempuan) ialah jika kematian suami pembahagian faraid ialah;
- 1/6 bahagian ibu suami (ayah suami sudah meninggal)
- 1/8 bahagian isteri
- 2:1 bahagian anak lelaki
- 1:2 bahagian anak perempuan
- adik beradik suami tiada hak kerana telah terputus hak dengan anak lelaki adalah asobah binafsih. (menghabiskan baki)
TUNTUTAN HARTA SEPENCARIAN
Selain pembahagian diatas, kawan ciktom; yani ada maklumkan boleh juga tuntut harta sepencarian. Harta sepencarian ini ialah harta pasangan yang diperolehi sepanjang tempoh perkahwinan. Contoh rumah, kereta, tanah dan lain-lain.
Yani ni ada tanya pendapat dari 2 lawyer untuk kes rumah yang dibeli oleh suami sebelum kahwin, adakah isteri boleh tuntut sebagai harta sepencarian?
Pendapat Lawyer 1:
Peguam jawab tak boleh sebab beli masa single (sebelum kahwin) tak boleh declared as harta sepencarian. Kalau ada prove kongsi bayar ke ape boleh bagi kat mahkamah untuk buat tuntutan.
Pendapat Lawyer 2:
Boleh tuntut. Itu dikira sumbangan isteri terhadap rumah tu.. Kalau tak bayar pun, masih boleh tuntut sebagai sumbangan tidak langsung, iaitu isteri jaga rumah tu, hias rumah tu dengan baik untuk keselesaan semua.
Untuk lagi lanjut memang kena tanya pakar mengikut situasi setiap orang. Ini jawapan secara general je tanpa consultation details dari lawyer.
PENGALAMAN PEMBAHAGIAN HARTA TANPA IKUT SISTEM FARAID
Macam kes arwah ayah ciktom yang meninggal dunia bulan 5 tahun lepas (tolong sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah ayah, Md Rushdi bin Taib), kami 9 adik beradik dan juga emak sama sepakat untuk tidak ikut pembahagian harta melalui faraid. Kami follow wasiat yang ayah kami tinggalkan.
Wasiat tu bukan bertulis pun lebih kepada percakapan ayah (ada yang adik ciktom rekod videonya) dan kami persetujui. Segala wang tunai dalam bank dan sumbangan kami setuju bagi kepada emak dan adik beradik kami yang masih dikira bawah tanggungan emak. Untuk tanah dan rumah mengikut pesanan dari arwah ayah.
Kesimpulannya, jadi lepas ni maybe ciktom boleh senaraikan apa harta suami ciktom ada kot? haha.. Bunyi macam banyak sangat je. Padahal sama je macam orang lain banyak hutang je diknon.
Korang baca post ni dengan positif thinking ye. Jangan fikir ciktom mata duitan pulak. haha.. Ni kira awareness untuk semua orang dan ini ciktom ambil tahu atas permintaan suami juga.
Sharing is caring
Ini ilmu yang perlu kita tahu, kan.. kena tahu hak kita terutama bagi yg tiada anak lelaki ni mcm mana nak menguruskannnya. Harap tak adalah ipar duai yang tamak dgn harta yg ditinggalkan tak seberapa