McDonald’s Malaysia Rai Penghantar Makanan Melalui Kempen #LekLuMcDBelanja

McDonald’s Malaysia Rai Penghantar Makanan | Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai duduk dirumah dan membuat pesanan makanan ketika lapar. Mereka geng rider atau penghantar makanan ini la antara yang sibuk menolong orang ramai. Mereka pun dikira barisan hadapan (frontliner) di musim pandemik. Terima kasih adik rider sangup berpanas hujan hantarkan makanan kami semua.

McDonald’s hargai penghantar makanan Malaysia

Oleh sebab itu, sebagai tanda penghargaan atas penat lelah rider makanan bekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, McDonald’s Malaysia membelanja 65,000 penghantar makanan di seluruh negara. Paling best penghantar makanan dapat free set hidangan Quarter Pounder dengan Keju. Alhamdulillah dan terima kasih McDonald’s Malaysia!

McDonald’s Malaysia Rai Penghantar Makanan
Rider McDelivery menerima set Quarter Pounder dengan Keju, menandakan bermulanya kempen #LekLuMcDBelanja #RiderKu pada 12 Julai 2021

“Penghantar makanan seringkali menjadi orang terakhir untuk makan, lebih-lebih lagi ketika sibuk memenuhi permintaan penghantaran pada waktu makan dan waktu puncak. Mereka terpaksa melepaskan waktu makan dan hanya makan selepas semua pesanan telah dihantar. Sesungguhnya, penghantar makanan memainkan peranan penting dalam menghubungkan kedai makanan dan minuman dengan orang ramai bagi memastikan perniagaan mereka terus berjalan lancar,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.

 

Pasukan McDonald’s di Kuala Terengganu
Pasukan McDonald’s di Kuala Terengganu bergabung dengan program di seluruh negara dalam mengedarkan Quarter Pounder dengan Keju percuma kepada penumpang penghantaran sebagai tanda penghargaan

Inisiatif #LekLuMcDBelanja diadakan pada 12 Julai 2021 yang lepas, McDonald’s Malaysia belanja penghantar makanan daripada FoodPanda, GrabFood, DeliverEat dan perkhidmatan McDelivery (MDS).

Penghantar makanan GrabFood, FoodPanda dan McDelivery
Rider GrabFood, FoodPanda dan McDelivery dengan wakil dari McDonald’s Sunway City Tambun

Alhamdulillah memang kekenyangan mereka dapat Quarter Pounder yang sedap dan besar tu! Terus ciktom rasa nak order jugak 1 set Quarter Pounder with Cheese dengan McDonalds’ kejap lagi.

Quarter Pounder dengan Keju percuma
Penghantar makanan berbaris di McDonald’s Kuala Terengganu untuk menuntut Quarter Pounder dengan Keju percuma

Usaha yang dilakukan adalah sebahagian daripada kempen #LekLuMcDBelanja #RiderKu yang dilaksanakan oleh restoran khidmat segera tersebut untuk mengajak rakyat Malaysia turut serta menzahirkan penghargaan kepada semua penghantar makanan yang bertungkus lumus memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati hidangan dengan selamat dan sampai tepat pada masanya.

reaksi gembira penghantar makanan mcdelivery
Rider McDelivery dengan senang hati menerima Quarter Pounder dengan Keju percuma

 

Rider dari pelbagai platform penghantaran
Rider dari pelbagai platform penghantaran berbaris untuk menuntut Quarter Pounder dengan Keju secara percuma

Ya, nampak macam usaha kecil tapi sesungguhnya besar pengorbanan mereka sebagai frontliner. Terima kasih kepada mereka kita semua dapat menikmati makanan kegemaran di rumah dengan selamat dan selesa. Usaha yang bagus bagi McDonald’s Malaysia rai penghantar makanan dan menghargai mereka.

Perwakilan dari McDonald's Malaysia
Perwakilan dari McDonald’s Malaysia menunjukkan penghargaan mereka terhadap rider McDelivery

Reaksi Penghantar Makanan Bila Dihargai McDonalds’ dan Pelanggan

Salah satu rider wanita, Roslina Talhad iaitu ibu kepada lima anak perlu bekerja untuk meningkatkan pendapatan keluarga memandangkan suaminya tidak lagi dapat bekerja sepenuh masa kesan dari pandemik.

Penghantar makanan, Roslina Talhad
Penghantar makanan wanita, Roslina Talhad

“Pelanggan selalunya terkejut melihat penghantar makanan wanita. Saya bertuah kerana pelanggan saya kebanyakannya sangat bertimbang rasa dan baik hati dengan memberikan tip kepada saya.

Selalunya, sebelum saya pergi, mereka akan memberi kata-kata sokongan dan berpesan agar saya sentiasa menjaga diri.”

Ini yang rakyat Malaysia mahukan sentiasa dalam circle positif, ambil tahu orang surrounding dan bertanya khabar jika mereka memerlukan pertolongan tanpa mengira status pekerjaan atau kaum.

Rider, William Quah
Rider, William Quah

Manakala, William Quah seorang penghantar makanan McDonald’s sejak dua tahun lepas berkata,

“Menjadi seorang penghantar makanan sangat mencabar kerana permintaan untuk penghantaran makanan kini semakin meningkat. Dengan adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masa untuk menghantar makanan menjadi lebih singkat. Tetapi, saya tetap berpuas hati dapat menggembirakan pelanggan setiap kali menghantar makanan kepada mereka.”

“Pernah sekali, ada keluarga yang membuat pesanan yang banyak semasa bulan Ramadan, dan mereka memberi satu set burger mereka kepada saya. Apabila ada yang menghargai penghantar makanan seperti saya, ia membuatkan saya bersemangat untuk terus bekerja.”

Berbeza pula dengan Mohamad Azyhan Musa, seorang pelajar jurusan kejuruteraan di sebuah universiti swasta yang menggunakan pendapatannya sebagai penghantar makanan untuk membiayai pengajian.

Rider, Mohamad Azyhan Musa

“Saya gembira dan berterima kasih kepada McDonald’s kerana menghargai kami, lebih-lebih lagi saya juga seorang pelajar separuh masa. Kadangkala semasa bekerja, kami terlupa untuk makan atau terpaksa tahan makan semata-mata untuk memenuhi pesanan pelanggan. Dengan inisiatif ini, saya teruja untuk mendapatkan hidangan yang diberikan kepada kami.”

Ciktom kagum dengan Mohamad Azyhan yang rajin berusaha memcari rezeki di musim pandemik ni tanpa mencari alasan untuk teruskan hidup. Usaha mereka ini memang patut diraikan dan dihargai.

Jom Rai Penghantar Makanan dengan #LekLuMcDBelanja

Sebaiknya hargailah mereka kerana penghantar makanan adalah frontliner yang tak didendangkan tapi banyak membantu memudahkan urusan seharian kita. Lihatlah reaksi muka mereka yang gembira apabila dihargai. Ringankalah mulut juga dengan ucapan terima kasih kepada mereka.

InsyaAllah dengan penghargaan McDonald’s dan kita semua akan membuatkan mereka makin bersemangat untuk terus bekerja dan buat yang terbaik.

Jomlah pakat sama-sama sokong usaha baik McDonald’s Malaysia ini. Bagi menghargai penat lelah penghantar makanan dan tanda terima kasih, jom kongsikan gambar atau video anda bersama #RiderKu di media sosial anda dan hashtag #LekLuMcDBelanja #TerimaKasihRider #MekdiBelanjaRider. Untuk maklumat terkini mengenai McDonald’s Malaysia, sila lawati www.facebook.com/My.McDonalds/

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

One thought on “McDonald’s Malaysia Rai Penghantar Makanan Melalui Kempen #LekLuMcDBelanja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!