Resepi Puding Triffle Cara Mudah dan Jimat

Resepi Puding Triffle Cara Mudah dan Jimat | Assalamualaikum dan salam ceria… Harap korang semua yang datang menjejak ke sini untuk cari cara buat resepi puding triffle cara mudah dan cepat sihatlah hendaknya ye. Saya Eda Rushdi penulis part time di blog kakak saya, ciktom. Atas permintaan ciktom, eda kongsikan pada dia resepi dan gambar masakan yang eda suka cuba dan masak.

Puding triffle ini memang salah satu favourite puding di rumah eda. Semua suka makan puding triffle sebab rasanya lembut dan enak. Lagi-lagi sesuai di jadikan pencuci mulut aka dessert pada minum petang.

Pergh memang padu sangat panas- panas waktu petang tu makan puding triffle yang sejuk ni. Yang nak buat majlis hari jadi, keraian, majlis perkahwinan pun sesuai sangat tau. Guna cawan atau bekas plastik yang cantik untuk dekorasi puding triffle dengan tiga lapisan warna menarik.

Apa itu Puding Triffle?

Puding triffle ialah hidangan pencuci mulut yang disusun secara berlapis lapis di dalam bekas/mangkuk bagi menunjukkan lapisan lapisan dessert di dalamnya. Kebiasaannya lapisan paling bawah adalah kek, kemudian kastard, jelly, buah buahan, whipped cream atau apa sahaja mengikut citarasa masing- masing.

Resepi Puding Triffle Cara Mudah dan Jimat

Resepi Puding Triffle Cara Mudah dan Jimat

Bahan-bahan Puding Triffle Cara Mudah:

Kek gulung
5 sudu besar Tepung kastard
1 tin Susu cair
1 tin buah-buahan campuran
1 kotak agar-agar jeli Kristal nona
1 cawan gula pasir

Cara-cara membuat Puding Triffle Cara Mudah:

  1. Potong kek gulung kemudian susun didalam bekas acuan dan ketepikan.
  2. Masukkan susu cair kedalam periuk.
  3. Asingkan air buah dan buah.
  4. Ambik tin susu cair yang kosong, masukkn air buah ke dalam tin tersebut. Jika air buah tidak penuh 1 tin, campurkan dengan air biasa sehingga tin penuh.
  5. Masukkn custard ke dalam pengisar kemudian masukkan air buah di dalam tin susu tadi ke dalam pengisar. Kemudian kisar sehingga sebati.
  6. Kemudian masukkan adunan custard dan gula ke dalam periuk yang berisi susu cair. Bukak api dan kacau adunan sehingga masak dan mendidih.
  7. Sementara menunggu adunan custard masak, bolehla masak jeli di dalam periuk yang lain. (cara masak jeli ada di belakang kotak)
  8. Setelah adunan custard masak, masukkan adunan ke dalam bekas yang berisi kek.
  9. Kemudian tabur buah-buahan tin tadi ke atas adunan custard tadi.
  10. Kemudian letakkan jeli untuk lapisan terakhir dan siap.

tips cara buat puding triffle

Korang kena pastikan proses semasa letakkan lapisan custard tu di buat cepat kerana bila custard sejuk, custard akan menjadi terlampau pekat dan sukar untuk dituang ke atas kek.

Sebelum letakkan lapisan jeli, pastikan jeli tersebut tidak terlalu panas kerana ianya akan buat lapisan custard di bawah cair dan lapisan jeli akan turun sehingga ke lapisan kek. Ini akan mencacatkan sedikit kecantikan lapisan kek triffle.

cara buat puding triffle cara paling mudah

Tips tambahan puding triffle: untuk menampakkan lapisan tirffle yang cantik, gunakan bekas lutsinar

Selamat mencuba resepi puding triffle!

Sharing is caring

eda rushdi

Penulis baru di blog ciktom[dot]com. Masih belajar dan belajar dalam memperbaiki teknik penulisan. bakal mencari idea-idea baru untuk ditulis. ^_^

2 thoughts on “Resepi Puding Triffle Cara Mudah dan Jimat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.