Review Novel “Manisnya Cinta”
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Review novel kali ini dari koleksi novel lama iaitu Manisnya Cinta karya Anis Ayuni. Cik tom cakap review je semua novel baru atau lama sebabnya tak semua orang excited nak baca novel baru yang sesetengah idea cerita makin pelik. Ada yang baru nak mula kumpul koleksi novel dan mungkin mencari koleksi novel best yang wajib dimiliki.
MANISNYA CINTA
Penulis: ANIS AYUNI (Terbitan ALAF 21)
~Akhirnya kita lafazkan jua dengan suara hati~
Harga: RM17 (SM) & RM20 (S/S)
Muka surat: 462 m/s
Review Novel “Manisnya Cinta”
Apakah nilai sebuah cinta bagi seorang gadis berlesung pipit bernama Ifti Liyana?
Sejak bertahun-tahun,sayangnya pada Fredo tidak pernah melimpah. Nalurinya sentiasa menidakkan, benarkah mereka bercinta? Akhirnya, mereka kian jauh dan lelaki itu membawa haluan sendiri. Dia sendiri pasrah!
Namun, pandang pertamanya dengan Nazmi, memutikkan perasaan aneh. Lelaki itu yang sekejap ada dan hilang seperti menyeru-nyeru semangatnya. Dirinya ibarat mengejar bayang-bayang. Namun, keegoannya sering kali menepis kata hatinya. Tetapi bagaimana dengan rindu yang sarat ini?
Berbolak-balik rasa hatinya. Antara keinginan untuk menyayangi dengan rasa pesimis terhadap kejujuran seorang lelaki. Dalam benci ada rindu, dalam sayang dia jadi keliru, apakah Nazmi benar-benar setia pada yang satu?
Ah… sukarnya melafazkan kata maaf bila prasangka hampir meleburkan sebuah impian. Ifti Liyana akhirnya akur, cemburu buta dan hipokrit bukannlah sifat terpuji. Dia mengakui, Nazmi lelaki sejati yang di impikan selama ini.
Manisnya Cinta mengisahkan tentang gadis berlesung pipit yang bernama Ifti Liyana dan si jejaka kacak bernama Nazmi. Pertemuan pertama mereka berlaku tanpa di sengajakan di sebuah pasaraya. Ketika itu mereka berebut untuk mengambil puding karamel yang tinggal satu bekas di atas rak. Namun, tanpa mereka sedar, ketika itu satu perasaan aneh telah muncul dalam hati masing-masing.
Kalau dah jodoh tak ke mana. Pertemuan mereka bukan berakhir di situ. Mereka beberapa kali telah terserempak namun, ketika itu masing-masing bersama pasangan masing-masing. Nazmi telah jatuh hati kepada Ifti namun dia kecewa setelah melihat Ifti bersama anak-anaknya ketika mereka ketemu lagi di McD. Dia menyangka yang Ifti telah pun berkahwin dan mempunyai tiga orang anak.
Namun, tanpa pengetahuan Nazmi, sebenarnya anak-anak itu adalah anak-anak saudara kepada Ifti iaitu anak-anak kakaknya yang telah meninggal dunia akibat sakit. Anak-anak saudaranya memanggilnya dan adiknya Izelea mama. Akhirnya, di pertemuan mereka di kolam renang ketika Ifti bersama keluarganya dan Nazmi bersama kawan-kawannya menimbulkan tanda tanya dalam kepala Nazmi kenapa anak-anak itu turut memanggil Izelea mama jika Ifti adalah mamanya.
Dalam benci ada rindu, dalam sayang dia jadi keliru. Dia meragui Nazmi kerana sering di lihat bersama wanita yang berbeza-beza. Kisah cintanya dengan Fredo yang berakhir dengan kekecewaan menjadikan Ifti berhati-hati dalam memilih lelaki. Dia dan Nazmi mula berkawan dan dia tidak pernah kisah walaupun dia tahu Nazmi hanyalah bekerja sebagai pemandu bas dan mempunyai kereka Volkswagen Bettle berwarna putih yang buruk. Mereka semakin rapat.
Namun, semakin rapat mereka berkawan, Ifti merasa semakin pelik dan dia merasakan semakin banyak benda yang dia belum tahu mengenai Nazmi. Perhubungan mereka jadi semakin serius selepas mereka kebetulan bertemu di Cairo. Terlampau banyak kebetulan yang terjadi diantara mereka. Seperti Nazmi sentiasa tahu ke mana dia pergi dan apa yang dia buat. Bagaimanakah itu semua boleh terjadi? Adakah betul ianya hanya kebetulan? Dan bagaimana Nazmi yang hanya pemandu bas, mampu pergi bercuti di Cairo? Sedangkan Ifti sendiri pergi bercuti kerana mendapat hadiah dari bosnya.
Kemilau cinta mereka ibarat secantik warna pelangi, indah lagi berseri. Namun, secantik pelangi pun, indahnya cuma seketika. Begitu jugalah ibaratnya hubungan mereka. ketika bersiar-siar, dia ternampak seseorang yang wajahnya mirip Nazmi. Ya, itu memang Nazmi. Wajah itu memang Nazmi. Lelaki itu mesra bersama seorang perempuan dan sedang menolak stroller! Dia cuba mengejar, tapi tidak sempat. Betapa hancurnya perasaan Ifti ketika itu yang merasakan dirinya di tipu oleh orang yang di sayanginya. Apakah semua ini?!
Apakah kesudahan kisah cinta mereka? Mampukah kisah cinta mereka bersatu? Adakah masih banyak lagi rahsia mengenai Nazmi yang dia belum ketahui? Kenapa Nazmi begitu banyak berahsia? Apa yang dia tak tahu dan orang lain tahu? Adakah wujud “radio karat” di antara hubungan mereka? Pelbagai persoalan yang akan timbul di klimaks cerita ini. Jadi, dapatkanlah novel yang best ini dengan segera. Novel ini telah di terbitkan pada 2004 dan kini telah di ulang cetak sebanyak lebih dari 15 kali dan sedang di adaptasi menjadi sebuah filem yang menarik untuk tontonan semua.
Secara keseluruhan, rating saya berikan bagi novel “Manisnya Cinta” ialah 4.5 dari 5 (4.5/5). Garapan cerita menarik dan tidak membosankan. Jalan cerita juga semakin lama baca makin menarik. Buatkan kita tidak sabar untuk baca sehingga ke penghujung muka surat. Wajar dimiliki bagi sesiapa yang hantu novel cinta.
Sharing is caring
novelnya bagus,,
bisa dibaca lepas ni
Jom baca entri terkini Index Apk …Download Next Launcher 3D v2.07.1 Android Apk Terbaru
Menarik cerita ni bagi peminat2 novel…
Jom baca entri terkini Farid Adam …Cashflow Mobile – Aplikasi Yang Mengujakan
Review novel yang menarik…. Dah lama saya tidak membaca novel sebenarnya… Sebab tak ada masa nak melayan feeling dengan membaca novel… Disebabkan itu saya suka menonton filem-filem yang diadaptasi daripada novel… Dapat menjimatkan masa saya… Dalam masa 2-3 jam sahaja untuk memahami isi kandungan sebuah novel, berbanding membaca novel yang memerlukan saya meluangkan masa sehingga beberapa hari baru selesai membacanya…
Jom baca entri terkini Anuar …Pemenang Tempat Ke 3 Contest “Honeymoon Package To Bali”.. Syukur Alhamdulillah…
lepas ini boleh dijadikan telefilem pulak..
Jom baca entri terkini hafiz …Misteri Kemayan City, Johor Bahru
Info menarik buat mereka yang minat membaca novel tue sebelum beli buleh lihat review mereka yang telah membaca.
Jom baca entri terkini Kamal Mustafa …Makhluk Aneh Ditemui Di Vietnam.
org tengoh bercinta tentu manis je masa membacanya..
Jom baca entri terkini AUC …Ubat Kencing Manis (Diabetes) Secara Tradisional dan Moden
Dah lama tak baca novel, mungkin boleh dimulakan balik…
Jom baca entri terkini Rahmat Ariffin …Inilah Sekolah-Sekolahku (Part 2)
peminat buku novel.. mmg patut dapatkan..
Jom baca entri terkini Hairul Hissam …Cara Yamaha FZ150i Convert to R15. Baru mengancam beb.