Review Pengalaman Cik Tom Sebulan Minum Ephyra

Salam penghujung tahun 2013 kepada rakan dan pembaca blog cik tom…. Ini mungkin entry review di akhir tahun 2013. Netbook banyak meragam dan dah siap tukar hard disk baru. Melayang lagi RM160. Sob3…

Kalau tak boleh buat modal beli Ephyra untuk bulan kedua pulak. huhu… Ops.. ops.. pasti semua tertunggu-tunggu entry review ephyra dari cik tom kan..kan ? Mesti korang semua cakap bajet giler cik tom ni! haha… Maaf la buang tebiat sikit nak masuk tahun 2014 ni.

Ephyra Idaman Wanita

Back to main point, alhamdulillah pada akhir bulan november lepas cik tom terpilih antara sepuluh pemenang contest ephyra anjuran bro eyriqazz. Nak tau boleh baca balik entry; Ephyra Idaman Cik Tom. Hasil dari kemenangan tue cik tom berjaya merangkul trofiย dapatkan satu kotak Ephyra 30 peket. Yeah!!!

Ephyra
Ephyra

Semalam 30 disember.. Alhamdulillah genap sebulan cik tom consume Ephyra set premium. Sebelum buka cerita bab kesan penggunaan Ephyra pada cik tom. Cik tom nak komen bab rasa Ephyra. Permulaan cik tom koyakkan peket Ephyra ada bau2 ikan sikit. Terus bimbang dalam hati.. erkk sedap ke minum ni?

Tapi cik tom terus jugak bancuh dengan air sejuk. Dah siap bancuh cium bau. Wah wanginya jadi bau ala-ala fruity gitu! Minum setegukk…gulpp.. Wah sedapppnya terus minum sampai habis tanpa teragak-agak! hehe.. sedap wa cakap lu.. Rasa oren masam manis yang memang esklusif!

Minuman kesihatan Ephyra yang best! yummy!
Minuman kesihatan Ephyra yang best! yummy!

Ok..dah komen rasa.. now cik tom akan bagi bagitau efek positif by point ye al-maklumlah entry cik tom memang panjang meleret-leret~~~

1. Sistem pembuangan makin lawas

First sekali cik tom perasan ni dari hari pertama minum lagi. Sebelum ni biasa masuk toilet sekali sehari je waktu pagi. Lepas minum Ephyra sehari 2 kali cik tom akan masuk toilet. Sistem penghadaman cik tom makin rajin bekerja nampaknya. Alhamdulillah~

2. Muka kurang berminyak

Muka cik tom memang jenis berminyak. Berminyak yang teruk.. Kalau kira rating boleh amik 5 dari 5 gitu. huhu.. Lepas consume Ephyra still muka berminyak lagi tapi alhamdulillah dah kurang sikit berbanding sebelum ni. Baru guna sebulan kan mana boleh expect semua minyak nak hilang sekaligus kan? Nampak gaya kena consume bulan kedua pulak ni.

3. Muka kurang keluar jerawat

Yang ini cik tom paling happy. Jerawat dah malu-malu kucing nak kuar. Yeahhh!! Kalau ada keluar jerawat pun aritu time ehem.. ehem.. and juga sebab minggu lepas cik tom gatal mulut makan udang banyak sangat!! Penangan makan udang sampai 3 jerawat naik sekaligus. padan muka ko tom. Sob3 T_T

Perubahan muka selepas 30 hari consume Ephyra
Perubahan muka selepas 30 hari consume Ephyra

4. Parut jerawat makin pudar

Walaupun jerawat naik 3 sekaligus penangan udang, yang best jerawat tue cepat gak surut dan parut jerawat makin pudar lagi cepat. Tak taulah perasaan syok sendiri ke pe. Tapi cik tom duk tilik hari2 muka kat cermin tengok makin lama dah hilang. Tuhan je tau macam mana perasaannya. huhu..

5. Liang pori muka makin mengecil dan mengecil.. yeah!

Ini pun salah satu reaksi positif rasa liang pori makin kecil berbanding sebelum ni. Malas nak cakap lebih biar gambar berbicara selebihnya ya!

Pori-pori makin mengecil dan partu jerawat makin pudar
Pori-pori makin mengecil dan parut jerawat makin pudar

6. Kurang rasa lapar dan lebih bertenaga sampai ke petang

Just minum segelas Ephyra lepas tue cik tom boleh bertahan tak makan sampai ke petang. Tengahari just makan biskut oat je. Tapi ni bukan diet yang bagus tau. Cik tom tak makan biasa nak kejar masa..eleh busy bajet kalah bini PM. haha… Walaupun tak makan berat, memang dapat bertahan bertenaga mengajar sampai ke petang.

7. Kuku makin cantik dan kulit makin berseri

Kulit kuku cik tom makin berseri dan kulit kat tepi kuku dah tak jadi menggelupas. Malas gak nak ulas panjang lebar biar gambar sebelum dan selepas dibawah berbicara selebihnya;

Kulit kuku tak mengelupas dan kuku makin bersinar
Kulit kuku tak mengelupas dan kuku makin bersinar

8. Kuruskan badan??

Bab kuruskan badan ni. Sedih sebab belum berjaya dilaksanakan. 3 minggu sebelum ni cik tom rasa gak perubahan makin ringan badan tapi last week balik habiskan cuti seminggu kat kampung. Bangun pagi sampai laa ke nak tidur cik tom asyik makan je. Habis semua projek diet cik tom. sob3…

Sedih memang sedih tapi cik tom takkan putus asa untuk teruskan target ni untuk tahun 2014 dan akan dapatkan kotak kedua Ephyra. InsyaAllah… minta korang doakan cik tom makin kurus dan comel ye? Tapi tak nak la comel cam kak ton! hehe..

Tak naklah korang cakap cik tom bajet sorang2 je hasil review atas tue kan? So cik tom dapat komen dari housemate merangkap ofismate juga dan my sis.

Komen dari housemate, Miss Syahida Tahreb;

Before this, tgk muka ko nampak biasa je. Tapi semenjak 2 menjak ni cam lain xmcm selalu.. Muka ko nampak berseri. Even masa ambik gambar pon. Muka ko nampak lebih sihat n glowy.

Komen dari adik, Eda Rushdi;

Nampak muka lebih sekata skang. Lebih-lebih lagi kalau pakai bedak.. dah tak bercampuk (sekata) compare dengan sebelum ni.

Gambar cik tom pagi sebelum pergi ofis
Gambar cik tom pagi sebelum pergi ofis

Atas ni gambar cik tom dah bersiap nak pergi ofis. Gambar ni just edit masuk watermark je tau! Yang lain original dari kamera handphone without guna software edit gambar ex. CAM360.

Tapi ni cik tom just pakai bedak arab puggy pink dan lip balm je. Takde dah pakai alat make up lain. Tak reti & takde alat makeup. sadis. huhu…

Cik tom dapat free je sekotak ni. Tapi incase kalau korang berminat nak try consume dan beli. Harga sekotak Ephyra ni RM197.00. Kalau beli 2 kotak lagi jimat just RM394.00. Kalau nak try 10 peket dulu pun ada trial pack RM68.00. Haa pe tunggu lagi boleh dapatkan details kat;

Instagram EPHYRA : @ephyra2u
FB EPHYRA : https://www.facebook.com/oceanlife2u
Website : www.oceanlife2u.com
Telefon: 03-41417889
SMS: 019-3999 238

Mood hati tengah happy sebab muka dah makin cun (sila muntah..) ni cik tom nak pantun sikit….

Hendak menangkap si ikan Kaloi,
Tapi ikan keli pula yang terkena,
Guna ephyra memang berbaloi,
Kalau nak tau cubalah guna.

Peringatan buat diri agar tak alpa! Alhamdulillah segala efek positif yang cik tom perolehi ini dipermudahkan olehNYA dengan usaha diri sendiri dan bantuan perantaraan Ephyra.

Note hati: Maaf entry terpanjang! hahaha….

New update: Nak dapat ephyra boleh beli terus di website EPHYRA. Lebih terjamin takdelah korang ragu-ragu ori ke tak kan?? Boleh layari website ephyra dengan klik>> EPHYRA

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

48 thoughts on “Review Pengalaman Cik Tom Sebulan Minum Ephyra

  • January 1, 2014 at 12:09 am
    Permalink

    cik tom sejak bila review produk kcantikan??
    lama kita tak jupe..
    cik tom nampak makin muda n comel..
    miss u

    Reply
    • January 2, 2014 at 2:45 pm
      Permalink

      alhamdulillah mmg bagus ephyra ni..byk efek positif yg cik tom dpt rasakan..harga mahal skit tp berbaloi dgn feedback positif yg ciktom dpt…yg penting halal & dijamin selamat..

      Reply
    • January 2, 2014 at 2:50 pm
      Permalink

      yup memang betul..ciktom rajin exercise 2 minggu je aritu..haha..pastu stop..azam baru 2014 akan konsisten exercise ptg2..barang byk naik 2014 boleh kuruskan badan kot..haha

      Reply
    • January 2, 2014 at 2:54 pm
      Permalink

      happy new year sis… alhamdulillah..kena cuba sis memang berbaloi…rasanya pun best minum sejuk or biasa…badan jadi lebih bertenaga & sistem perlawasan lagi bagus..ciktom bgn tdo skali & mlm sblm tdur mesti ke toilet..

      Reply
    • January 2, 2014 at 2:58 pm
      Permalink

      kalau dikira harga RM197 untuk consume 30 hari.. tapi cuba calculate per day RM197/30=RM6.56 sehari labur untuk kesihatan diri kita sis.. badan sihat insyaAllah lagi ceria keluarga..

      Reply
    • January 2, 2014 at 3:00 pm
      Permalink

      kan2.. alhamdulillah sepanjang minum takde terima sbrg kesan sampingan pd diri ciktom..kalau biasa guna produk ada yg mula2 minum keluar jerawat byk giler..tp yg ni alhamdulillah minum jerawat dah xkuar..

      Reply
    • January 2, 2014 at 3:03 pm
      Permalink

      alhamdulillah dgn izinNYA..jomlah cuba sis..

      Reply
    • January 2, 2014 at 3:05 pm
      Permalink

      erk ciktom punya turn naik pelamin xtau la bila dear..nanti ciktom jmpt naimah bila tiba masa nye…cpt doa ciktom cpt2 kahwin…hehe

      Reply
    • January 3, 2014 at 11:49 am
      Permalink

      yelah…senang dah kenal..kalau dah jumpa tegur2lah…hehe

      Reply
  • January 2, 2014 at 6:18 pm
    Permalink

    setakat ni baca semua yang guna cakap berkesan..nampaknya memang bagus la produk ni…eh!tahniah ye cik tom..menang Epyra tu..>:)

    Reply
    • January 3, 2014 at 11:51 am
      Permalink

      alhamdulillah ramai yg mkn ephyra ni menjadi sbb kualiti kandungan ephyra yg bagus…dan lupa jgk dgn izinNYA..

      Reply
    • January 3, 2014 at 11:52 am
      Permalink

      dah cukup sebulan consume…semua berlumba2 nak share pengalaman dan kesan minum ephyra..

      Reply
  • January 2, 2014 at 7:13 pm
    Permalink

    Wah nampak kesan perubahan dia yer….teringin jugak nak mencuba….

    ingatkan ciktom kurang aktif…masih blogging laju yer…

    Happy new year cik tommm!!
    Jom baca entri terkini Qashmere …Tahniah Osha!My Profile

    Reply
    • January 3, 2014 at 11:56 am
      Permalink

      cubalah sis…trial pack ada kalau nak try dlm 10hari dulu..rs sesuai br guna yg premium set..

      mmg sepanjang tahun 2013 cik tom kurang aktif berblogging..akhir thn 2013 br nak aktif balik..huhu…hrp2 2014 ni dpt konsisten kan balik aktif blog..

      Reply
    • January 3, 2014 at 12:07 pm
      Permalink

      yup masa muda ni jaga kesihatan baik2..mencegah lebih baik dari mengubati..so boleh hadiahkan buat diri & isteri tersayang..

      Reply
    • January 3, 2014 at 12:11 pm
      Permalink

      thanks sis..

      mmg sedap minum pagi2 time perut kosong…

      Reply
  • January 3, 2014 at 2:31 pm
    Permalink

    Banyak juga orang review psl produk nie..bley minta wife cuba nanti..terima kasih..
    Jom baca entri terkini Mohd yazed …Surat Tuntut GantirugiMy Profile

    Reply
    • January 6, 2014 at 8:40 am
      Permalink

      mmg boleh dikatakan ephyra produk hot dan laris…berbaloi2 dapatkannya..sesuai utk lelaki mahupun perempuan.. xpcaya bro boleh try consume…

      aah first free hadiah..tapi xde brg free selamanya kan..hehe…yang seterusnya dah puas hati, mmg beli sdiri sbb xnak putus consume ephyra ni..bila tgk hasilnya bagus dan sesuai dgn kulit muka..
      Jom baca entri terkini ciktom …Perkara asas yang perlu dilakukan sebelum berkahwinMy Profile

      Reply
  • January 30, 2014 at 12:13 pm
    Permalink

    ramai gak yg kasi respon positif…em..nak cuba gak la

    Reply
  • June 1, 2014 at 12:46 pm
    Permalink

    assalamualaikum Ciktom,
    ephyra sangat bermanfaat dan berkhasiat, banyak yang sudah membuktikan
    wassalam

    Reply
  • January 3, 2017 at 4:40 am
    Permalink

    Salam. Hi sis still minum lg x ephyra ni?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!