Sinopsis Drama Crash Landing On You | Tonton Full Episode

Sinopsis Drama Crash Landing On You | Sekarang ni mood ciktom layan drama korea balik. Salah satu sebab nak hilangkan stress sejak ada anak dua orang ni. hehe.. Ingat dulu zaman study dengan kerja memang hari-hari layan tengok drama korea. Kebetulan masa tu memang ramai geng download drama korea. Running man pun hari-hari ciktom layan tengok. Ulang banyak kali tengok pun seronok. Tapi running man yang lama la. Yang baru dah lama tak tengok sebab lepas Gary keluar tu rasa dah kurang mood nak tengok Running Man.

Sinopsis Drama Crash Landing On You

Tajuk drama : Crash Landing on You / Love’s Emergency Landing
Tajuk Lain: Sarangui Boolshichak / 사랑의 불시착
Genre : Romance
Episodes : 16 (enam belas)
Sutradara : Lee Jung-Hyo
Penulis Skrip : Park Ji-Eun
Stesen Channel : tvN
Jadual Tayangan : 14 Desember 2019, setiap hari Sabtu dan Ahad pukul 21.00 KST

Drama Crash Landing On You English Subtitle?

Sebenarnya ciktom lagi prefer tengok drama Korea ni subtitle english. Tapi sebab bila search kat website banyak limited region nak streaming/ download drama. Jadi ciktom beralih tengok drama korea di Channel Telegram je. Taip je search berlambak ada drama korea cuma kebanyakan subtitle indonesia. Tapi okay je faham je tengok subtitle indonesia pun sebab tak jauh mana beza dengan bahasa malaysia. Link telegram untuk drama crash landing on you ada paling bawah ye.

Pelakon Crash Landing On You

Hyun Bin sebagai Ri Jung Hyuk
Son Ye Jin sebagai Yoon Se Ri
Seo Ji Hye sebagai Seo Dan (Jung Hyuk’s fiancée)
Kim Jung Hyun sebagai Koo Seung Joon
Nam Kyung Eup sebagai Chairman Yoon (Se Ri’s father)
Park Hyung Soo sebagai Yoon Se Hyung (Se Ri’s oldest brother)
Choi Dae Hoon sebagai Yoon Se Joon (Se Ri’s younger older brother)
Yoon Ji Min sebagai Ko Sang Ah (Se Joon’s wife)
Jang Hye Jin sebagai Dan’s mother
Oh Man Suk sebagai Jo Chul Kang
Kim Young Min sebagai Jung Man Bok
Yang Kyung Won sebagai Pyo Chi Soo
Yoo Soo Bin sebagai Kim Joo Muk
Tang Joon Sang sebagai Geum Eun Do

Sinopsis Drama Korea Crash Landing On You

Drama “Love’s Emergency Landing” menceritakan tentang Yoon Se-Ri yang dilakonkan oleh Son Ye-Jin adalah seorang pewaris perusahaan perniagaan di Korea Selatan. Suatu hari, ketika Se-Ri bermain paragliding, berlakunya kemalangan yang disebabkan oleh puting beliung sehingga membuatkan Yoon Se-Ri terbang dan mendarat di Korea Utara.

Di sana, Se- Ri bertemu dengan Ri Jung-Hyeok (Kapten Ri) dilakonkan oleh Hyun-Bin, yang adalah seorang pegawai tentera Korea Utara. Ri Jung-Hyeok bertindak melindungi dan menyembunyikan Se-Ri bersama pakatan 4 orang tentera bawahannya. Mereka mencuba pelbagai cara untuk membolehkan Se-Ri kembali semula ke Korea Selatan.

Tanpa disedari segala detik pahit manis mereka bersama membuatkan Ri Jung-Hyeok jatuh cinta terhadap Yoon Se-Ri.

Spoiler Sinopsis Drama Crash Landing On You

Bagi ciktom kdrama Crash Landing On You antara drama korea yang best dan wajib tonton pada peminat drama korea. Salah satu sebabnya jalan cerita yang sedikit berbeza iaitu percintaan antara orang korea selatan dan korea utara. Siapa minat korea mesti tahu fakta antara dua negara ni memang tak ngam dan bergaduh sejak dari dulu lagi. Keadaan kat Korea Utara memang jauh berbeza dari Korea Selatan sebab pemerintahan kat sana memang agak mengerunkan dan ala tentera. Rakyat kat sana memang langsung tak boleh akses online mengenai dunia luar. Semenjak dari kecil dorang banyak belajar sejarah pemerintah dorang dan ditanamkan sifat untuk taat setia kepada pemerintah.

Haha.. sori tu bukan spoiler tapi ciktom cerita sikit fakta Korea Utara. Jadi bila korang dah tahu fakta Korea Utara ni korang akan mudah lagi faham kenapa percintaan Se-Ri dan Jung Hyuk ni boleh dikatakan satu perkara yang mustahil. Dunia mereka sangat berbeza. Ciktom suka tengok perjalanan cerita kisah Se-Ri, Kapten Ri dengan 4 orang tentera bawahan masa dorang kat Korea  Utara. Hidup Se-Ri masa kat sana bahagia dan berbeza sangat dengan life dia kat Korea Selatan yang banyak kesunyian dan workaholics.

Ramai yang ambil berat pasal Se-Ri sampaikan geng jiran Jung Hyuk pun baik dengan Se-Ri. Biasalah watak heroin tak sah kalau takde tambahan watak sorang lagi kan iaitu Seo Dan iaitu tunang Jung Hyuk. Dorang dah bertunang hampir 7 tahun, tapi family arrangement la.

Tak silap dari episode 1-10 tu kisah Se-Ri usaha nak balik ke Korea Selatan dan episode selebihnya tu kisah Se-Ri kat tempat dia pula. Nanti Jung Hyuk akan pergi ke Korea Selatans sebab risaukan keselamatan Se-Ri. Ada penjahat yang terlepas ke sana dan dia ugut keselamatan Se-Ri kat Jung Hyuk.

Korang wajib tengok macam mana cara Se-Ri ni dapat pulang balik ke rumah dia selepas beberapa kali percubaan dia gagal. Adakah Se-Ri dapat ambil alih company bapak dia?  Kenapa hubungan Se-Ri dengan ibu dia tak okay dan bakal berbaik ke?

Paling utama macam mana percintaan mustahil Se-Ri dengan Kapten Ri? Adakah mereka boleh bersama akhirnya? Haa tu korang kena tonton sendiri.

Pada yang tertanya-tanya ending Crash Landing On You ni happy ending ye. So, boleh tengok dengan senang hati. haha…

Tonton Online Drama Korea Crash Landing On You Full Episode 

Tonton Online Episode 1 Drama Crash Landing On You
Tonton Online Episode 2 Drama Crash Landing On You

Lain full episode 3-16 korang scroll je ada bawahnya. Punya pemalas ciktom nak link satu-satu. Sorry ni updata guna phone jadi susah sikit nak edit. hehe

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

6 thoughts on “Sinopsis Drama Crash Landing On You | Tonton Full Episode

  • November 1, 2020 at 11:30 pm
    Permalink

    Wah, baca entry Cik Tom ni buat Aien nak tengok lagi jer drama ni. Best giler kot. Hehe

    Reply
  • November 2, 2020 at 3:21 pm
    Permalink

    Betul..kalau website selalunya boleh tengok english subtitle. tapi masalah nya website selalu problem dan kadang2 drama hilang sebab copyright.

    Jadi nak tak nak layankat telegram dengan subtitle indonesia. Tu pun boleh paham jugak. Lama2 jadi biasa pulak.

    lepas ni ciktom cer layan drama Discendants Of the Sun. Drama 2016 tapi memang best la.

    Reply
  • November 3, 2020 at 12:29 pm
    Permalink

    tak pernah tengok drama ni. sekarang dok tunggu drama tale of nine tales je tiap minggu.

    Reply
  • November 9, 2020 at 11:51 pm
    Permalink

    Saya tak boleh layan cerita korea ni. bahaya! Sebab sekali saya layan, tak main lah satu episod, habiskan semua episod sekaligus rally haha.

    Anak-anak semua kaki korea. Lagu kpop je berkemundang dalam rumah ni kikiki
    Jom baca entri terkini Elin @ Bizznurse …Memulakan HariMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!