Tips Kuruskan Badan Cara Semulajadi
Tumbuhan semulajadi memang banyak manfaatnya. Ada yang boleh digunakan di dalam masakan dan ada juga yang boleh digunakan dalam penjagaan kesihatan mahupun kecantikan diri. Terdapat pelbagai jenis tumbuhan semulajadi yang dapat mengurangkan berat badan/ obesiti. Antara jenis-jenis tumbuhan yang dapat digunakan sebagai tips kuruskan badan secara semulajadi ialah;
1. Limau nipis
Buah limau nipis adalah tumbuhan perdu yang menghasilkan buah dengan nama yang sama. Tingginya boleh mencapai enam meter dan ia mengandungi banyak air serta vitamin C yang tinggi. Untuk membuat ramuan kuruskan badan secara semulajadi, ambillah limau nipis dan belah empat Perahkan jusnya dan campurkan dengan secawan teh pahit yang pekat. Minum setiap malam sebelum tidur.
2. Nanas
Buah nanas dengan vitamin C serta dapat menyembuhkan beberapa penyakit seperti kekacingan, sakit tekak, beri-beri, sembelit, luka terbakar, gatal, bisul dan obesiti. Untuk mengurangkan obesiti, sediakan tidak terlalu masak, kupas dan cuci bersih. Potong mengikut keperluan, dan parut untuk diambil jusnya. Ambil pati nanas tadi dan minum dua kali sehari.
3. Buah delima
Buah delima mempunyai banyak cabang, serta mempunyai duri pada cabang dahannya. Terdapat tiga jenis buah delima iaitu delima merah dan delima ungu. Tanaman ini memiliki pelbagai khasiat dan setiao bahagian tanaman ini berguna, dari akar hinggalah ke kulit kayunya. Untuk dimanfaatkan sebagai ramuan untuk kuruskan badan, ambil dua lembar daun delima muda. Cuci dan tumbuk sehingga halus, ramas dan tambahkan air panas sebanyak tiga gelas. Campurkan dengan sedikit garam, dan tapis. Amalkan minum dua hingga dua hingga tiga kali sehari sebanyak setengah gelas.
4. Lobak merah dan timun
![]() |
![]() |
Lobak merah dan timun dapat digunakan untuk mengubati obesiti iaitu dengan menjadikan ia jus. Caranya, ambil dua atau tiga batang lobak merah dan sebiji timun berukuran sederhana. Parut dan perahkan jusnya. Boleh juga ditambahkan pati limau nipis bagi menambahkan rasanya dan minum dua kali sehari sehinggaanda mencapai berat badan yang diinginkan.
5. Daun salam (atau daun kari)
Daun salam atau dipanggil daun kari biasanya digunakan didalam masakan. Selain itu, ia juga dapat digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit, antaranya adalah kolesterol tinggi, kencing manis, tekanan darah tinggi, cirit-birit dan mengurangi obesiti. Bagi yang ingin mengurangkan obesiti/ kuruskan badan, ambil lima sehingga tujuh helai daun salam yang masih segar. Cuci sehingga bersih dan masak dengan air secukupnya sehingga mendidih. Kemudian, tapis dan biarkan sejuk. Amalkan minum air rebusan daun salam sebelum makan pada waktu siang dan malam.
Sumber: Majalah Mingguan Wanita
6. Halia
Jus halia ini pula perkongsian dari kawan cik tom. Jus halia sangat berkhasiat membuang angin serta dapat menurunkan berat badan. Air limau memang sangat bagus untuk pembakaran lemak dalam tubuh badan kita. Caranya rebus halia 5 inci yang sudah dibuang kulitnya. Cuci sehingga bersih dan masak dengan air secukupnya sehingga mendidih.Kemudian, tapis dan biarkan sejuk. Amalkan minum air rebusan daun salam sebelum makan pada waktu siang dan malam.
Manfaatkanlah bahan semulajadi untuk kesihatan diri yang lebih baik. Yang penting jangan sampai menyeksa diri dan tidak menahan lapar dahaga. Semoga kita dikurniakan kesihatan yang baik. InsyaAllah…
Sharing is caring
bagus info ni tp klau kurus nak bagi naik sikit kena makan apa ye..
Jom baca entri terkini saifulhamdan …LUBUK EMAS UNTUK BLOGGER
tips untuk gemuk ke?cik tom rasa makan tidur la kot..hehe..
salam ade sesape pernah cuba teknik yg terdapat di website http://www.formuladietextreme.com kalu ada tlg bg review. Dgr citer tgh hot skrg di forum2 terkenal
cik tom pun tak tahu…so pada yang lain pernah cuba boleh bagi review..
banyak sumber alam boleh digunakan utk tujuan kuruskan badan, begitu besarnya kuasa Allah SWT..
kami suka makan semua benda diatas, patut le slim je..hehe
Jom baca entri terkini LiFe KaMi …Tips Khusyuk Dalam Solat
yup betul tue…sumber alam dari Allah ni banyak kegunaan dan kelebihannya..atas kita pandai nak gunakannnya..
cahaya selalu minum air limau tanpa gula.=]
Jom baca entri terkini cahayakehidupan …One day Pingat itu Milik Wa || Piala Dunia Badminton
ciktom pun suka tapi letak juga gula..1 sudu kecil..hehee
baru tau daun kari dipanggil daun salam huhu…
Jom baca entri terkini puanbee …Google Sitelinks Untuk Puanbee.com
yup akak..daun kari tue turut dipanggil daun salam..tapi kat rumah cik tom biasa panggil daun kari je…
weee ! na try laaa 😀 :p
follow cik,tom 🙂
Jom baca entri terkini feeza macho …Please D O N ‘ T YOU D A R E (–_–)
selmat mencuba tips ni…tips semulajadi..xperlu pening2..hehe…thanks…salam kenal 🙂
nak cuba la.. harap2 berkesan.. 🙂 nampak senang..
memang senang kalau berdisiplin ikut tips kuruskan badan ni..good luck!
tumpang tnya,,, yg lobak merah dan timun tu mmng kene parut eh?? klu blend nnt x bekesan ke??
ciktom rasa boleh je blend…try la cuba..
Boleh campur daun kari dan halia sekali buat jus?
boleh.
terima kasih
sama2 simiey..
nak tnya kalau tngah menyusukan budak boleh minum x
insyaAllah boleh sebab tips ini guna bahan semulajadi so takde masalah.
Cik tom, tip kurus nampaknya bahannya senang dicari dan mudah nak sediakan. Soalan saya tak ada side effect kah? Tq
ini tips kurus secara semulajadi..insyaAllah takde side effect..bukannya guna ubat-ubatan..
Yang penting makan kene kawal la. Kalau telan limau banyak2 tapi makan tak kawal tak mau jugak nak kurus. hahaha
Jom baca entri terkini iz …Cara turunkan berat badan dalam seminggu