Lelaki Ini Kongsi Tips Mudah Servis Dapur Gas Hasil Macam Baru
Tiada apa pun yang kekal di dunia ini, tambah – tambah benda yang kita guna untuk meneruskan kelangsungan hidup. Cuma, benda – benda ini boleh digunakan secara optimum dan kalau kena gaya, ia boleh memanjangkan jangka hayat penggunaannya dalam masa yang sama valued for money.
Rajin Memasak Tapi Tak Pernah Servis Dapur
Konteks blog entri kali ini, PR ingin kongsikan perihal servis dapur memasak. Ye ke? Dapur memasak pun boleh diservis ke? Apa yang perlu diservis? Kena hantar bengkel ke? PR akan cuba perincikan persoalan – persoalan ini pada perenggan berikutnya.
Dapur memasak kalau sekali pandang, ia sekadar alat untuk menghasilkan api dan membantu untuk individu memasak pelbagai menu masakan. Tak kisahlah kalau ada juga yang menggunakan dapur untuk memanaskan sesuatu.
Sehari demi sehari, (dan mungkin makan tahun – bergantung pada cara penggunaan), prestasi atau performance characteristics dapur anda pasti menurun. Tak serupa semasa baru beli. Dan mulalah berfikir untuk mendapatkan dapur memasak yang baru. Apa nak kisah kan, dapur untuk 2 tungku yang baru tak sampai RM100.
7 Ciri Prestasi Pembakaran Terbaik
1. Complete Combustion (Pembakaran lengkap)
Semua gas yang dibekalkan ke penunu (burner) terbakar kesemuanya. Ini boleh dikesan dengan bau gas. Sebenarnya LPG (Liquefied Petroleum Gas) tidak mempunyai bau, tapi dengan tujuan keselamatan gas disuntik dengan pembau. Jika hasil pembakaran mengeluarkan bau seperti bau gas, bermakna masih ada gas yang tidak terbakar selengkapnya. Rugi kan?
2. Stable Blue Flame (Api stabil berwarna biru)
Dapur memasak yang ideal adalah mengeluarkan api stabil yang berwarna biru. Suhu dan haba tertinggi yang dibebaskan melalui proses pembakaran adalah pada keadaan api biru. Jika api dapur anda berwarna kuning, bermakna dapur anda sedang membazirkan tenaga haba dan juga mungkin menyebabkan penghasilan gas beracun, karbon monoksida.
3. Quiet Operation (Pembakaran Senyap)
Dapur dengan prestasi terbaik apabila proses pembakaran dalam keadaan senyap dan tidak menghasilkan bunyi letusan kecil. Letusan ini terhasil apabila gas Hidrogen tidak membentuk wap air dengan sempurna dan ia meletup apabila teroksida.
4. Immediate ignition (Pencucuhan Segera)
Tiga elemen bagi pembakaran adalah bahan bakar (fuel), oksigen (dari udara) dan pencucuhan. Jika anda telah bekalkan ketiga – tiga elemen ini, tapi tidak menghasilkan api, anda perlu beri perhatian pada sumber ketiga – tiga elemen ini.
5. Rapid Carry Over Flame (Api merambat segera)
Apabila berlaku pencucuhan, api yang terbakar pada satu port boleh merambat ke port yang lain dengan kadar yang pantas. Jika ini tidak berlaku, anda perlu periksa lubang – lubang pada penunu dapur samada tersumbat disebabkan lebihan makanan, jelaga atau habuk yang terkumpul.
6. Uniform Heating (Pemanasan Seragam)
Kalau reka bentuk lubang api adalah sama, pasti akan menghasilkan bentuk api yang sama. Jika ada api yang tidak sama bentuk, tidak sama panjang anda boleh periksa lubang – lubang api jika tersumbat.
7. Wide turndown Ratio (Julat pelarasan Api)
Ini ciri penting untuk menghasilkan variasi api, anda boleh pilih api kecil (low flow, low pressure), atau api kecil dengan halaju tinggi (low flow,high pressure) atau api besar (high flow, high pressure).
Tips Mudah Servis Dapur Gas Hasil Macam Baru
Jika anda tak faham apa yang PR ulas di atas, tak mengapa. Ini merupakan sebahagian pembelajaran dalam subjek Fuel & Combustion Technology, DGS. Jadi, berbalik pada persoalan bagaimana untuk melakukan servis pada dapur memasak?
Image Courtesy : MARA Gas Fitter Training
1. Jika Api Kuning dan Menghasilkan Jelaga
Api kuning terhasil apabila kurangnya bekalan udara primer. Gas dan udara primer perlu bercampur di tiub pencampuran (mixing tube) sebelum proses pembakaran.
Tindakan: Anda boleh lihat primary air opening di bahagian bawah dapur anda, laraskan – buka lubang udara. Jika anda buka sepenuhnya, pada keadaan gas penuh di silinder, akan jadi fenomena api terangkat pula (flame lift off). Jadi, hidupkan dapur anda, dan laras semasa api hidup. Pastikan api menyala betul pada lubangnya (burner port).
2. Jika api biru, tapi sesekali api berwarna oren
Warna api terhasil daripada suhu tinggi dan produk pembakaran (carbon dioxide + water vapour in extremely high temperature, 1,900 OC). Jika ada habuk atau impurities, akan menyebabkan api berkilau seakan oren.
Tindakan: Bersihkan lubang dapur (burner ports), anda boleh gunakan paku, jarum atau apa sahaja untuk membersihkan lubang tersebut. Jangan gerudi pulak ye! Nanti dah berubah nilai port area, dah jadi masalah lain.
3. Api tidak menyala, gas keluar dari silinder
Ada keadaan anda membuka injap gas (menekan knob), aktifkan igniter tapi api tidak menyala. Kemungkinan orifice (tempat gas keluar ke dapur) tersumbat.
Tindakan: Lubang ini sangat halus, jadi anda mungkin boleh bersihkan dengan jarum peniti.
4. Jika semua Langkah 1 – 3 dah buat, api masih kuning
Baik. Jika anda dah buat Langkah 1 – 3, tapi api masih kuning, anda memang perlu sedia dan keluarkan duit. Beli gas baru. Api kuning kategori 4 ini menandakan kandungan gas di dalam silinder tidak mencukupi untuk terbakar lagi.
Sebenarnya, kandungan cecair dalam silinder gas takkan habis, biasanya akan ada berbaki dalam 30%, tapi jumlah ini tak cukup untuk cecair itu evaporate menjadi gas.
Anda Buat Pilihan
Jadi sekarang anda ada pilihan. Samada anda boleh buat servis sendiri kurang dari 15 minit, atau anda boleh start kereta dan dapatkan dapur memasak yang baru.
Selamat mencuba!
Sharing is caring
Sejak bertukar daput gas Infra-red Khind, tiada masalah lagi gas tersumbat, api pun cantik, jangka hayat tong gas dapat dipanjangkan sedikit.
Jom baca entri terkini akubiomed …3 Wheels Stroller Foldable untuk Amsyar
perkongsian yang menarik, saya pakai dapur gas biasa dan ya memang tidak pernah servis, lepas ni kena check
Jom baca entri terkini rujukan …Cara Pasang Kepala Gas Dapur Yang Betul
hehe..tahu bukak api dan tukar tong gas jer. sekali-sekala, ganti dia punya salur getah. servis memang langsung tak tahu apa-apa 😀