Bersambung dari siri 7~ Padin~< ?xml:namespace prefix = o />
Itulah detik mula aku membenci ayah. Aku di halau ibarat langau singgah tak di undang, umpama kambing salah masuk kandang.. Dan, kalau nak di ikutkan masih banyak peristiwa yang kalau boleh, aku nak betulkan keadaan itu, tapi aku tak berdaya.
Pernah sekali tu…….
Aku tak pernah patah semangat walaupun percubaan pertama aku untuk memikat hati gadis kaya yang menaiki kereta Toyota vios tue gagal. Bahkan aku makin berkobar-kobar untuk memenangi hati gadis yang rupawan seperti seindah namanya jua, balqis. Ya itulah perempuan yang ku puja-puja kerana kini pada pandanganku Fatimah hanyalah gadis kampung biasa yang tidak pandai bergaya seperti balqis.
Petang itu, sekali lagi peluang aku terbuka luas untuk cuba menawan hati balqis yang sedang menunggu ketibaan drivernya.
Aku pun apa lagi mula la mengorak langkah,” Hi balqis, awak tunggu siapa ni? Jomlah abang opss saya hantarkan balik rumah nak tak wakk?”
Balqis dengan muka yang masam dan bongkaknya, “Eleh setakat motor kapchai ko nie tak hingin la aku nak naik. Baik aku tunggu kereta Toyota Vios aku lagi best”
Aku masih tak patah semangat untuk mencuba, “Jom la wakk. Kat umah saya jangan cakap Toyota Vios, siap ade BMW 5 series lagik. Tapi camtu la saya saja je bawak motor kapchai ni. Yelah takde lesen kereta lagi. Kalau pakai driver ni tak bebaslah nak pergi mana-mana.”
Balqis yang pada mulanya bermasam muka seperti baru lepas makan tomato terus memaniskan mukanya,” Eh2..ye ker awak ada BMW 5 series kat rumah? Wah kayanya awak.”
Hehe.. Aku tersenyum bangga sebab taktik aku dah mengena. Alah perempuan sekeras mana pun bila dipujuk sikit je cair jugak. Lebih-lebih lagi perempuan yang jenis materialistik ni. Tapi tiba-tiba je masa aku tengah syok bersembang dengan balqis tu. Tup..tup…
Sambungannya cik tom bagi peluang kat perintis ahadiat akashah~ aretikz blogngensot~





@padin: tak sempat nak suspen lama2..aretikz dah sambung..huhu
wah..yer ka…nak g bca plak smbgn nya…hehe
wah-wah.. pandai cik tom mengarang.. best2!
suspen lagi penutup.. huhuhu
mmg bagus untuk penyambung seterusnya…
@ellen: yup silakan baca next cerpen di blog aretikz..best!!
@sop: biasa2 jer..cuba buat yang terbaik untuk cerpen bersiri sop..supaya orang lain berminat baca ^_^
cik tom.. finally, dapat juga baca sambungannya.. dah lama tunggu ni. well done lalink~~ best3.. =)
@anna: tenkiu..menunaikan tanggungjawab siapkan cerpen..happy bila ada yang suka