Tips Jimat Minyak Petrol dan Diesel

Salam 1 Malaysia…Jom kita tengok pula 30 tips jimat minyak petrol dan diesel. Tips jimat minyak petrol dan diesel ini bagus lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi negara yang makin meningkat. Harga minyak yang makin mahal. So, kita kena la ambil inisiatif untuk cuba mengurangkan penggunaan minyak petrol dan diesel. Paling utama elakkan mengisi minyak pada cuaca yang bersuhu tinggi. Isi minyak pada awal pagi atau malam kerana pada waktu ini minyak kurang termeluwap dan berketumpatan yang tinggi. Pastikan anda menggunakan gear yang betul. Penggunaan gear rendah untuk kelajuan yang tinggi akan mengakibatkan kehilangan lebih 45% minyak.

30 Tips Jimat Minyak Petrol dan Diesel;

1. Tekan pedal minyak perlahan-lahan apabila memulakan perjalanan.

2. Pandu kenderaan anda perlahan terutama apabila menghampiri lampu isyarat dan cuba dapatkan jarak masa sehingga lampu hijau supaya anda tidak perlu berhenti.

3. Apabila menuruni bukit, cuba tutup suis enjin atau ambil lajak dengan membiarkan kenderaan bergerak bebas tanpa menekan pedal minyak.

4. Tutup suis A/C dan gunakan “blower” tanpa pendingin udara.

5. Apabila melalui selekoh, cuba gunakan kelajuan yang sama tanpa menambah kelajuan kenderaan.

6. Gunakan “auto cruise” jika kenderaan anda mempunyai aksesori ini. Auto cruise mengatur penggunaan bahan api secara minima.

7. Ekori belakang kenderaan seperti bas, lori atau van secara selamat supaya rintangan udara (aerodinamik) dapat diminimumkan.

8. Minimumkan berat muatan kenderaan anda supaya kenderaan dapat bergerak mudah tanpa beban yang memerlukan penggunaan tenaga yang lebih.

9. Kurangkan penggunaan brek dengan mengurangkan kelajuan sebelum hendak berhenti kerana apabila membrek ketika kenderaan sedang bergerak laju, ia sedang membazirkan bahanapi tanpa memberi faedah kepada anda.

10. Rancang perjalanan anda dengan bijak, cari jalan pintas dan elakkan kesesakan trafik atau pusingan yang jauh. Jauhi jalan yang berbukit atau berlopak-lopak.

11. Elakkan mengisi minyak pada cuaca yang bersuhu. Isi minyak pada awal pagi atau malam kerana pada waktu ini minyak kurang termeluwap dan berketumpatan tinggi.

12. Pastikan anda menggunakan gear yang betul. Penggunaan gear rendah untuk kelajuan yang tinggi akan mengakibatkan anda kehilangan 45% minyak. Bawa kereta dengan kelajuan yang konsisten dan kurangkan gear.

13. Angin tayar perlu sentiasa pada tahap tekanan yang disyorkan pada model kereta dan jenis tayar yang digunakan. Seminggu sekali periksa tekanan tayar. Penjagaan tayar yang baik memastikan cengkaman tayar yang sesuai dan pada jumlah jarak yang jauh nyata menjimatkan minyak.

14. Kurangkan perjalanan jarak dekat. Kereta sesuai untuk perjalanan yang jauh. Jika tempat yang dituju boleh berjalan kaki atau berbasikal, adalah baik melakukannya. Banyak minyak boleh dijimatkan tetapi keselamatan penting jika jalan dilalui gelap, sunyi dan diragui keselamatannya adalah lebih baik bawa kereta.

15. Tutup tingkap kereta ketika memandu, ia akan menjimat minyak anda sehingga 10%.

16. Pastikan tekanan tayar anda berada pada ukuran yang betul. Jangan terlalu banyak atau terlalu sedikit.

17. Elakkan memasang peralatan tambahan yang tidak aerodinamik seperti alat pengangkutan barang di atas bumbung.

18. Buat pemeriksaan enjin dari masa ke semasa.

19. Kawal kelajuan kira-kira tidak melebihi 90km. Semakin laju kenderaan semakin bahan api digunakan.

20. Jangan membrek secara mengejut. Brek berlebihan mengakibatkan tenaga bahan api hilang melalui penggeseran tenaga.

21. Pastikan kereta diselenggara dengan baik. Servis kereta mengikut jadual. Patuhi jadual penyelenggaraan kereta atau kenderaan anda. Enjin yang diselenggara akan berfungsi dengan baik dan lebih berkesan. Pada jangka masa yang tetap, gunakan bahan rawatan petrol. Ini bertujuan untuk cucian pada injap minyak agar tidak tersumbat. Pastikan penapis petrol diperiksa atau ditukarkan apabila perlu.

22. Periksa penapis udara dan penapis minyak petrol (tukar 40 000 km sekali).

23. Elakkan melalui kesesakan jalan raya dengan membuat perancangan perjalanan terlebih dahulu.

24. Matikan enjin kereta ketika menunggu. Lebih murah untuk menghidupkan semula enjin daripada menunggu 1 minit di dalam kenderaan dengan enjin yang masih hidup.

25. Gunakan tayar kereta yang low profile dan mempunyai special rubber compound (Grip tinggi rintangan kurang).

26. Pakai rim tayar biasa dan mengikut kesesuaian jenis kereta. Penggunaan rim tayar yang lebih besar menyebabkan bebanan kepada enjin.

27. Kurangkan beban kereta. Barang-barang yang tidak perlu dalam kereta perlu dikeluarkan. Semakin banyak beban semakin banyak tenaga dan minyak digunakan..

28. Membuat isian semula minyak apabila takat minyak tidak kurang daripada separuh tangki kenderaan. Isikan minyak sehingga tangki penuh. Minyak atau petrol cepat habis jika ruang tangki banyak yang kosong. Benarnya tips ini memang ada. Minyak atau petrol akan meruap. Semakin besar ruang semakin banyak minyak atau petrol meruap. Petrol yang meruap tidak dapat dibakar oleh enjin. Dicadangkan juga penuhkan semula tangki apabila tangki separuh kosong. Jangan tunggu sehingga meter pada tanda “E” baru diisi. Semakin banyak ruang kosong semakin banyak petrol meruap, maka lebih cepat habis.

29. Jangan membawa barangan terlalu banyak bahan kerana apabila berat bertambah bebanan enjin akan meningkat dan penggunaan minyak akan bertambah.

30. Elakkan mengisi minyak ketika lori tangki minyak sedang mengisi tangki stesen minyak untuk mengelak kotoran di dalam tangki bercampur dengan minyak yang diisi disebabkan oleh tekanan pengeluaran minyak daripada lori yang kuat semasa proses tersebut.

Sumber: Tips Untuk Jimat Petrol | Tips Penjimatan Minyak Petrol dan Diesel

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

28 thoughts on “Tips Jimat Minyak Petrol dan Diesel

    • August 23, 2011 at 4:01 pm
      Permalink

      tapi cik tom xsuka sgt naik transport awam sbb sesak..huhu

      Reply
    • August 23, 2011 at 4:15 pm
      Permalink

      boleh la cuba tips jimat minyak petrol ni..tengok kebersanannya camane..

      Reply
  • August 22, 2011 at 4:10 am
    Permalink

    yang ni “Elakkan mengisi minyak pada cuaca yang bersuhu. Isi minyak pada awal pagi atau malam kerana pada waktu ini minyak kurang termeluwap dan berketumpatan tinggi” ni betul ker cik tom, kalau mcm tu kena isi minyak waktu malam la baru jimat, hehe
    Jom baca entri terkini Juan …Apple Pie McdonaldsMy Profile

    Reply
    • August 23, 2011 at 3:35 pm
      Permalink

      cik tom pun tak berapa pasti..tapi abg cik tom pun pernah ckp camtu..tp kl kita fikir secara logik sains mmg la siang kan panas…so maybe akan termeluwap ke udara…

      Reply
    • August 23, 2011 at 3:30 pm
      Permalink

      hehe..mish boleh cuba ni..mish kan drive kereta..

      Reply
  • August 22, 2011 at 8:50 pm
    Permalink

    Good tips. Ade yg akk folo, ade yg baru tahu…tengs for sharing 🙂

    Reply
    • August 23, 2011 at 4:48 pm
      Permalink

      hehe…tue la elok jugak amal time nak bali cuti raya or cuti sekolah ni..

      Reply
  • August 23, 2011 at 3:28 pm
    Permalink

    nice tips…dalam banyak yang sll dengar ada jugak yang belum pernah dengar….puas nak menghafal time drive 🙂

    Reply
    • August 23, 2011 at 4:56 pm
      Permalink

      hehee…menghafal?cam nak study pulak..semua tips ni bagus kalau dah biasa kita praktiskan..boleh jimatkan penggunaan minyak petrol dan diesel…

      Reply
  • August 23, 2011 at 4:40 pm
    Permalink

    tips yang menarik.. hampir betul apa yang lu tulis.. kalau buat semua ni, konfem jimat habis.. 🙂
    Jom baca entri terkini RedBoys …Keyboard ShortcutMy Profile

    Reply
    • August 23, 2011 at 4:54 pm
      Permalink

      kalau buat habis semua 30 tips ni memang salute la..tp tips jimat minyak petrol dan diesel ni bagus untk penjimatan..heee

      Reply
    • August 29, 2011 at 2:50 pm
      Permalink

      haha…xpe akan datang mesti akan pakai kereta jugak kan..so tips ni memang berguna..

      Reply
    • August 29, 2011 at 2:55 pm
      Permalink

      pemandu bahaya?baru cik tom ingat nak tumpang..tak jadilah..heee

      Reply
    • August 29, 2011 at 3:01 pm
      Permalink

      kalau bab dalam bonet tue memang tak dapat nak buat especially kalau time balik kampung nak raya..lagi berat bonet kereta..hee

      Reply
  • October 25, 2011 at 2:55 pm
    Permalink

    kalau isi minyak,cuba isi di pam yg kanan sekali belah hadapan.selalunya pressure minyak kat situ kurang sedikit dan dapat isi minyak lebih berbanding di pam yang lain…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE