3 Kelebihan Video Maker FX
Salam sayang dari ciktom, sebelum nak kongsi pasal Video Maker FX ni ciktom ucapkan selamat tahun baru dan sekarang kita dah pun melangkah ke bulan pertama tahun 2017. Semoga tahun baru ni pembaca setia blog ciktom lebih bersemangat dan ceria melalui tahun 2017 yang dikatakan lebih mencabar.
Ok lah tanpa membuang masa ciktom nak kongsi salah satu software dari mat salleh ni Peter Roszak yang mencipta satu software yang dinamakan VideoMakerFX . Korang pasti tahu salah satu pemasaran yang akan menjadi pilihan adalah video yang diupload melalui youtube pada tahun 2017.
Mungkin 2017 ni pemasaran video menjadi wajib jika korang berbisnes untuk memasarkan produk atau servis. Kalau kita lihat Mark Zuckerberg pun sekarang kemaskini facebook beliau dengan fungsi video dan live. Maknanya pemasaran video mudah diterima. Ada ciktom lihat dikalangan pemain fb ads menggunakan fungsi video dan live.
Pemasaran video ni boleh mengurangkan kos iklan serta mudah dapat engagement yang lebih tinggi dari audiens selain ia juga boleh cepat menjadi viral di laman social jika ianya menarik perhatian.
Contoh founder Like Method Khairi Ariff kalau korang perasan setiap kali beliau ingin memberi tip bisnes dan bersoal jawab pasti beliau gunakan fungsi Live. Majoriti syarikat korporat juga menggunakan kaedah pemasaran video ni termasuk pihak kerajaan. Kalau masih ingat iklan kerajaan berkenaan 1azam dan Program Transformasi Kerajaan (GTP). Iklan dalam tu menggunakan kaedah whiteboard style yang juga terdapat dalam software VideoMakerFX ni.
Sekarang korang dah tahu dan jelas kenapa perlukan pemasaran melalui video kan? Sekarang ciktom nak kongsikan 3 kelebihan memiliki software videomakerfx ni.
3 Kelebihan Video Maker FX
Tengok pada harga mungkin mahal. Ya mahal sebab RM4.40 X USD47 = RM206.80 lebih kurang RM200 harganya. Katakan korang dah mahir buat video,boleh caj RM50/video untuk durasi video 3 minit ke 5 minit. Dapat 4 pelanggan yang tempah servis video korang sudah balik modal. Itu caj RM50 lebih lagi pun boleh, sebab ada sahabat ciktom ambil servis video dalam fb ada cecah harganya sehingga RM150 satu video.
Lagipun RM200 tu sekali seumur hidup je pun.
Bayangkan syarikat kecil-kecilan nak buat video pakai artis habis modal melainkan syarikat besar-besar yang mampu macam d’herbs atau owner qu puteh. Ha ni la gunanya software video bagi syarikat yang kekangan bajet tapi mahu memasarkan produk dan servis melalui video. Tak pening nak bayar artis-artis atau nak cari tempat yang cantik untuk shoot video.
Pelbagai jenis video ada antaranya whiteboard style, explainer video, kinetic typography, lower thirds, express video sales letters, logo opener dan macam-macam lagi. Korang boleh tengok contoh-contoh video yang ciktom bagitau tadi dalam laman web ni.
Penyampaian yang unik dan nampak lain.Kita mungkin nampak berbeza dengan pesaing yang lain. Ciktom lihat ramai ja yang jual produk atau tawarkan servis yang lebih kurang sama. Dengan penyampaian video akan menarik lebih ramai lagi bakal prospek atau bakal pelanggan mengikuti perkembangan bisnes anda sebabnya perbezaan yang anda tonjolkan melalui video.
Preview Software Video Maker FX
Nak bisnes anda maju mesti lakukan apa pesaing anda tidak lakukan dan satu lagi ambil tindakan pantas, jika berminat boleh terus dapatkan software VideoMakerFX ni.
Sharing is caring
Artikelnya sangat menarik dan bermanfaat sekali, ditunggu artikel – artikel menarik beriktunya gan!
Sudah lama cari dan boleh dipertimbangkan untuk pengiklanan video. 🙂
Jom baca entri terkini akubiomed …Bauan minyak wangi deodoran ROMANO pemangkin kuasa sinergi
artikel menarik..
Sangat bermanfaat!
Wahhhh.. boleh cuba ni.. seumur hidup payment tu.. berbaloi-baloi…
Jom baca entri terkini Hafizul …Selamat Tahun Baru 2017
Drag and drop, plug in plug out huhu.. senang nak edit, tak payah upah professional video editor, anda pun boleh buat sendiri kat umah
Jom baca entri terkini imnajmi …Mengapa Alien Tak Pernah Singgah Bumi
setakat nih pakai movie maker.. nampak kelainan untuk video maker fx nih.. function ada banyak..
Jom baca entri terkini zik …Tips jimat cermat 2017 part1
Saya pun ada software ni. Tapi jarang sangat guna.
Jom baca entri terkini sabree hussin …Strategi buat JUALAN menerusi blog. Bagaimana anda juga boleh lakukannya?
Sayang dulu masa mula2 launch dalam usd27 jek..skrg dah usd47 heh..sib baik one time offer… 🙂
Jom baca entri terkini si bongkok …Bercuti.My – Tips Melancong Ala Bajet Ceria 611 Untuk Anda!