5 Best Places to Eat in Bukit Jalil

BUKIT JALIL, well siapa tak kenal dengan Bukit Jalil ni. Ciktom sendiri teruja dengan Bukit Jalil kalau ke sana. Paling ciktom seronok cari tempat untuk nak makan. Kalau search western food near me semasa berada kat situ, mak oi bermacam jenis nama restoran yang muncul. Nak makan kat kedai mana satu pun boleh pening nak pilih.

Korang sendiri suka yang mana? Kalau ciktom, bila pergi ke tempat camtu ciktom suka kalau dapat makan menu western. Biasalah, asyik hadap makan nasi putih dengan lauk pauk melayu je manjang, jemu juga. 

5 Best Places to Eat in Bukit Jalil

5 Best Places to Eat in Bukit Jalil

#1 – Restoran Murni Discovery

Kalau tak pasti nak makan masakan Melayu, Cina atau India, singgah sahaja ke Restoran Murni Discovery. Di restoran ini terdapat pelbagai jenis makanan  tradisional ke semua kaum yang terdapat di negara kita. 

Sebut apa saja yang korang nak makan dari nasi goreng hinggalah roti naan berkeju, restoran ni cukup padat dengan aneka jenis pilihan makanan. Malah menu dari Itali seperti pizza juga turut terdapat di restoran ini. Kalau nak dipendekkan kata, besar kemungkinan tidak akan kecewa jika singgah ke Restoran Murni Discovery ni.

Restoran Murni Discovery

#2 – Nasi Lemak Tanglin

Kedai nasi lemak yang terletak di kompleks Makan Tanglin ini menjanjikan menu nasi lemak yang kesedapannya memang tak terkata. Ramai yang cakap menu nasi lemak kat sini sebagai salah satu nasi lemak yang terbaik di Malaysia. Betul ke tidak itu kena cubalah sendiri. Biasalah citarasa masing-masing ni bukannya sama.

Apapun, kat sini memang best sebab boleh nikmati nasi lemak dengan aroma yang menggoda bersama dengan menu sambal sotong, ayam, paru dan banyak lagi. Tarikan kedai nasi lemak ini tidak terhenti di situ kerana setiap hujung minggu akan ada persembahan muzik live. Lain macam betul Nasi Lemak Tanglin ni nampaknya. 

Nasi Lemak Tanglin

#3 – Mansion Tea Stall

Kalau tidak tahu untuk sarapan di mana, jom pergi ke gerai Mansion Tea Stall yang terletak tidak jauh dari Masjid India untuk menikmati Roti Canai banjir dan teh tariknya yang sungguh menyelerakan. Yang istimewa tentang roti canainya ialah gabungan kuah dhal, kari, sambal dan telur separuh masak yang diletakkan di atas roti canai canai. Betul-betul mengiurkan kita semua. 

Dan sambil kita bersarapan di situ, kita akan dapat menyaksikan pemandangan yang indah di mana burung-burung merpati berterbangan di sekitar sungai. Gabungan pemandangan yang indah bersama makanan yang menyelerakan sememangnya kombinasi yang sangat perfect!

Mansion Tea Stall

#4 – Restoran Mee Tarik Warisan Asli

Restoran Mee Tarik Warisan Asli yang terletak di Sungai Besi (tidak terlalu jauh dari Bukit Jalil) merupakan 1 daripada 7 cawangan yang terdapat di sekitar Malaysia. Kalau dah sampai bercawangan ni tak hairanlah kalau dikatakan yang makanannya sedap. 

Buat pengetahuan semua, Restoran Mee Tarik Warisan ini sebenarnya diasaskan oleh seorang Cina Muslim yang berasal dari negara China dengan menu signature `mee soup with braised beef’  dan minuman China `ba bao tea’. Dua menu ni dari dulu sampai kini telah berjaya menjadi salah satu tarikan di restoran itu. 

Bukan  itu saja, kalau ke sana korang juga akan dapat melihat segala proses penyediaan mee tradisional ini melalui tingkap yang telah disediakan khas untuk para pelanggan.  Kalau rasa teringin nak nikmati makanan cina yang sebenar bolehlah datang ke restoran ini.

Restoran Mee Tarik Warisan Asli

#5 – Jaslyn Cakes

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam Jaslyn Cakes, korang akan disambut oleh aroma coklat, kopi dan vanilla yang menenangkan. Bau kek-kek dan pastri yang tersusun kemas di atas meja memang sangat harum dan menawan kalbu. 

Dan siapa sangka, kedai yang kelihatan tak seberapa dari luar ini menawarkan begitu banyak aneka pilihan. Dan antaranya ialah Kek Pistachio, Ganache Chocolat Cake, Victoria Sponge, Vanilla Bean Cheesecake dan banyak lagi. 

Ke semua kek yang terdapat di sini dihasilkan dengan cukup sempurna supaya ianya empuk dan gebu. Pastri juga boleh didapati dalam pelbagai jenis pilihan seperti Scone, Madeleine dan lain-lain lagi. Korang juga boleh menikmati kopi segar yang baru dibancuh bagi menggandakan keenakan santapan semua.

Jaslyn Cakes

Malas Nak Masak Tapi Mahu Makan Menu Yang Sedap?

Ala, apa nak susah. Kalau rasa teringin nak nikmati menu yang lain dari kebiasaan, boleh saja order untuk penghantaran secara terus. Tak payah nak susah hati sangat kerana Foodpanda sentiasa ada untuk memberikan perkhidmatan penghantaran untuk makanan yang di minta.
Yang penting jangan lupa untuk kekal stay at home dan jika rasa nak makan apa-apa tapi malas masak, guna saja aplikasi Foodpanda sebagai bantuan.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

2 thoughts on “5 Best Places to Eat in Bukit Jalil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!