5 Tips Mudah Jimat Barang Dapur dengan Jom Pi Pasar

Assalamualaikum dan salam sayang…. Hari ini cik tom nak kongsikan 5 tips mudah jimat barang dapur untuk korang semua. Maybe ada tips yang cik tom praktis ni dah biasa korang dengar tapi malas nak praktis kan?

Jangan malas2 ye.

Keadaan ekonomi negara yang tidak menentu dengan naik turun harga minyak pasti akan memberi kesan pada kenaikan harga barang dapur. Pasti korang pun macam cik tom rasa pening kepala macam mana nak survive dengan jumlah gaji yang sedikit tapi perbelanjaan makin tinggi.

5 Tips Mudah Jimat Barang Dapur dengan Jom Pi Pasar

Jadi sebaiknya korang kena pandai merancang apa keperluan yang perlu sebelum shopping barang di Pasar ye. Kita sebagai surirumah kena la bijak berbelanja barulah suami sayang. Ye ke idok?? Hihi..

5 Tips Mudah Jimat Barang Dapur dengan Jom Pi Pasar

1.Senaraikan checklist barang mengikut bajet

Ini tips paling penting dan utama selalu suami cik tom tekankan. Setiap bulan berapa banyak anggaran keperluan barang yang digunakan? Dari situ korang boleh buat checklist mana barang dapur yang keperluan dan mana kehendak. Mana keperluan tu yang akan kami utamakan dahulu. Yang kehendak boleh la sekali sekala jadikan treats untuk kami sekeluarga.

Motto kami sekeluarga “Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan”. Haha…

checklist barang dapur

Senaraikan checklist barang dapur yang ingin dibeli atas satu kertas atau boleh je dalam notes smartphones. Setiap barang yang dah beli, boleh siap2 ticks done! Strict kan diri untuk beli barang dalam checklist sahaja. Kalau ada tersasar 2,3 barang tu normal lagi. Kalau lebih, beware tau ladies!!

2. Makan Sebelum Ke Pasar

Jangan sesekali keluar shopping semasa lapar. Apabila perut lapar, otak ke eh hati kita macam-macam rasa nak. Tengok itu ini rasa terliur. Tengok ikan kerapu terbayang ikan masak stim. Ikut hati semua barang dapur di Pasar memang nak borong bila perut berkeroncong.

Ini akan menyebabkan korang cenderung berbelanja melebihi bajet yang ditetapkan. So, sebaiknya alas perut sebelum mula shopping barang dapur di Pasar.

3. Rancang Menu Makanan

Ini tips yang cik tom suka iaitu rancang menu makanan secara mingguan. Cara ini dapat mengelakkan korang dari membazir membeli barang dapur yang tidak diperlukan hingga dibazirkan dan dibuang.

Sebaiknya rancang minggu ini apa menu utama contohnya ayam dan ikan. Jadi korang perlu pelbagaikan menu masakan ayam dan ikan. Jangan dilupa menu seimbang iaitu sayuran. Korang bukan sahaja dapat makanan yang seimbang malahan dapat memastikan stok barang basah dan sayuran yang dimakan adalah segar.

4. Survey harga dan kualiti barang

Korang jangan singgah gerai pertama, terus laju je beli barang dapur ye. Korang round dulu kali pertama dalam pasar tu. Perhatikan harga dan kualiti barang yang dijual. Kali kedua round pasar barulah korang beli dan pilih barang yang berbaloi. Jangan pulak kejar barang dapur murah tapi rupanya tak tahan lama. Cepat rosak.

ikan segar di pasar

Jadi kat sini, korang kena pandai tengok ikan atau sayuran tue segar tak? Harga dijual berbaloi tak dengan kualiti.

5. Jualan Murah dan Kupon

Last tips paling cik tom suka. Eh rasanya mana-mana wanita pun suka jualan murah dan kupon. Hahaha… Tips ni boleh jadikan kita berjimata atau membazir tau. So, beware! Sebelum follow tips last ni, make sure korang buat dulu tips diatas tu tau!

Untuk yang suka kupon ni, cik tom nak kongsikan satu program iaitu ”Jom Pi Pasar” yang dianjurkan oleh pihak DBKL. Dimana menerusi program ini, setiap bulan 150 pengunjung di pasar terpilih akan menerima kupon RM20 untuk mendapatkan barangan keperluan di Pasar.

jom pi pasar

Best kan? RM20 tu besar nilainya tau. Macam-macam boleh save duit RM20 untuk perbelanjaan lain seperti duit saku anak-anak ke sekolah.

Yang geramnya Jom Pi Pasar ini telah dilaksanakan pada April 2017 lagi tau! Apesal la lambat bebenor cik tom tahu program macam ni.

jom pi pasar anjuran DBKL

Lagi sedih buat masa sekarang, pemberian kupon di pasar terpilih ini hanya berlokasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Seronok dan beruntung la korang yang stay di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tau.

Cik tom harap program macam ini dapat diteruskan dan usaha murni pihak DBKL dicontohi serta dikembangkan di negeri-negeri lain di seluruh Malaysia.

Jom Pi Pasar!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

20 thoughts on “5 Tips Mudah Jimat Barang Dapur dengan Jom Pi Pasar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!