6 Idea Bento Box yang Sedap dan Mudah daripada Ayam Brand™
6 Idea Bento Box yang Sedap dan Mudah | Assalamualaikum dan salam sayang…. Ciktom nak kongsi dengan korang semua idea bento box yang menarik dan cepat disediakan untuk ibu yang berkerjaya mahupun surirumah. Semua nak sediakan menu bekal anak ke sekolah tangkas kan? Sekarang sejak musim Covid 19 semakin ramai ibu bapa yang memilih untuk sediakan bekal anak ke sekolah kerana terjamin kebersihan dan kualiti makanan.
Menu bento box yang disediakan sudah semestinya mengikut selera anak kan? Ciktom sendiri pun lebih suka sediakan bekal untuk suami dan anak-anak. Suami ciktom memang sejak ari awal kami kahwin lagi bawak bekal ke tempat kerja. Cuma biasalah ada waktu terbabas atau jamuan barulah ciktom tak sediakan bekal.
Korang macam mana? Ada sediakan bekal untuk anak mahupun suami?
Menyediakan bekal makan tengah hari untuk anak-anak dan diri sendiri semakin popular di Malaysia, dan sebenarnya mudah sahaja. Pilih Ayam Brand™ sebagai bahan asas untuk makanan seimbang dan berkhasiat gaya Bento box, iaitu penyediaan makanan cara Jepun yang sedap dan menarik.
Resipi berikut disediakan mengikut konsep #sukusukuseparuh oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertujuan mempromosi pemakanan berkhasiat supaya kanak-kanak dan orang dewasa mendapat nutrien dan tenaga yang mereka perlukan untuk kekal cergas sepanjang hari.
Dicuba dan diuji oleh pasukan Ayam Brand sendiri dan ibu bapa yang bekerja dari rumah dan di pejabat, resipi ini pasti popular sebagai sebahagian daripada bekal Bento box atau boleh juga dimakan begitu sahaja.
Ikan tuna dan saba yang digunakan dalam resipi ini adalah ikan berminyak yang kaya dengan protein, kalsium, Omega-3 dan DHA bagi memberikan kanak-kanak khasiat yang mereka perlukan. Anda juga boleh mencuba bahan-bahan lain dengan resipi ini untuk menghasilkan resipi anda sendiri.
Tips Menyediakan Bento Box Anak Mudah dan Sedap
Ciktom nak kongsikan dengan korang beberapa petua jika korang baru belajar menyediakan Bento box:
- Kanak-kanak gemarkan makanan yang nampak menarik. Gunakan pelbagai warna
- Tambahkan bahan kesukaan mereka seperti jagung, tomato, kacang pea dan lobak merah ke dalam makanan utama untuk lebih serat
- Tambahkan buah-buahan atau salad kecil kepada bekal makanan
- Potong makanan menjadi kecil supaya mudah untuk dimakan. Untuk sandwic, potong menjadi bentuk segi tiga atau segi empat atau gulungkan dan potong melintang. Untuk nasi, buatkan bentuk bebola atau gunakan pemotong untuk membuat bentuk yang comel.
- Hidangan Bento box akan dimakan pada suhu bilik 3 hingga 4 jam selepas disediakan. Sentiasa pastikan makanan dimasak kecuali buah-buahan dan salad
- Basuh dan keringkan buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum dimasukkan ke dalam bekal makanan
- Masukkan sudu dan garpu serta tisu basah ke dalam Bento box kerana kanak-kanak mungkin terlupa membasuh tangan sebelum makan
6 Idea Bento Box yang Sedap dan Mudah
1 – Burger Tuna Begedil
Isi tuna dan kentang diletakkan antara roti burger pasti popular antara kanak-kanak. Tambahkan Tuna Omega 3l, ketumbar, sedikit cili merah, bawang merah dan telur kepada kentang lenyek. Buatkan bentuk patty, goreng sedikit sehingga perang di kedua-dua belah. Potong roti burger, tambahkan daun salad dan sedikit sos tomato (jika perlu), tutup dengan roti burger yang satu lagi dan letakkan di dalam Bento box. Hiaskan dengan sedikit lagi daun salad.
Petua berguna: Daun salad menghalang burger menjadi basah dan lembik, jadi mentega tidak diperlukan. Potong burger bersaiz penuh menjadi dua bahagian kecil supaya mudah dimakan oleh kanak-kanak.
Resepi Burger Tuna Begedil
Masa penyediaan: 5 minit
Masa memasak: 10 minit
Jumlah hidangan: 3
Bahan-bahan:
1 tin Ayam Brand Flakes in Sunflower Oil, disaring dan dilenyekkan
1 cawan ketumbar segar, cincang
1 cili merah, cincang (mengikut citarasa)
1 biji bawang merah, cincang
1 biji telur
3 kentang, rebus dan dilenyekkan
1 cawan daun selada
Sos tomato atau Mayo (mengikut citarasa)
Garam dan lada secukup rasa
Roti Burger
Keju (mengikut citarasa)
Cara-cara membuatnya:
- Dalam mangkuk, masukkan kentang, telur, tuna, ketumbar, cili dan bawang. Gaul hingga sebati.
- Bentuk menjadi patty kecil dan goreng sehingga kedua-dua belah dimasak.
- Di dalam roti, letakkan beberapa daun dan patty tuna. Tambah keju dan sos tomato atau mayo jika perlu. Hidang.
2- Pasta Tuna dan Jagung
Masak pasta mengikut arahan pada paket. Keluarkan air dari pasta yang telah dimasak dan gaulkan dengan Ayam Brand Tuna Omega 3, jus lemon, tomato ceri dan Ayam Brand Cup Corn sehingga sekata. Kemudian ambil sebahagian dan masukkan ke dalam Bento box termasuk untuk anda juga. Mudah sahaja.
Petua berguna: Masak pasta pada malam sebelumnya, keluarkan air, simpan dalam peti sejuk dan panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro sebelum mencampurkannya dengan sos untuk menjimatkan masa. Tambahkan kiub timun, daun saderi yang dipotong atau lobak merah yang dikisar untuk lebih serat, tekstur dan rupa yang menarik.
Resepi Pasta Tuna dan Jagung
Masa penyediaan: 5 minit
Masa memasak: 10 minit
Jumlah hidangan: 2
Bahan-bahan:
1 tin Ayam Brand Tuna Omega 3, saring minyak dan ketepikan
100g pasta, yang telah masak
1 sudu kecil jus lemon
1 cawan tomato ceri, dihiris dua
1/2 tin Ayam Brand Sweetcup Corn, disaring
Garam dan lada secukup rasa
Cara-cara membuatnya:
- Dalam mangkuk, masukkan pasta, jus limau, tomato, tuna dan jagung. Tambahkan sedikit minyak zaitun dari tin tuna. Gaulkan sehingga sebati.
- Tambah lada dan garam jika perlu. Hidang.
3- Sushi Roll Saba Mayo
Kanak-kanak gemarkan sushi kerana ia seronok dimakan. Resipi ini menggunakan roti sandwic untuk menggantikan nasi dan menghasilkan sushi yang berwarna-warni, berkhasiat dan comel.
Potong dan buang kulit roti daripada roti sandwic. Lenyekkan roti menggunakan penggelek, letakkan Ayam Brand Saba Mayonnaise, tambahkan selapis lobak merah yang dihiris dan gulungkan dengan padat. Potong dengan teliti menggunakan pisau yang tajam supaya lapisan gulungan dapat dilihat dengan jelas. Susun di atas daun salad dalam Bento Box. Nah, siap untuk dimakan.
Petua berguna: Timun yang dihiris juga boleh digunakan sebagai ganti lobak merah. Jika anda ada nori sheet, letakkan sandwic yang telah dilenyekkan ke atas kepingan rumpai laut ini dan gulungkannya.
Kulit roti yang dipotong tadi boleh dibakar dan dicicah dengan saba mayo untuk snek yang menyelerakan untuk diri anda.
Resepi Sushi Roll Saba Mayo
Masa penyediaan: 5 minit
Masa memasak: 5 minit
Jumlah hidangan: 1
Bahan-bahan:
1 keping roti
2 tbsp Ayam Brand Saba Mayonnaise
1 cawan lobak merah, dihiris nipis
Cara-cara membuatnya:
- Potong kerak luar roti
- Menggunakan “rolling pin”, nipiskan roti
- Letakkan saba di atas roti
- Tambah lobak
- Gulungkan roti dengan ketat dan potong
- Hidangkan!
4- Nasi Goreng Tuna
Bagi kebanyakan keluarga di Asia, nasi goreng menjadi hidangan wajib bekal makan tengah hari kerana hampir setiap isi rumah pasti ada menyimpan lebihan nasi di dalam peti sejuk. Berikut adalah resipi nasi goreng yang mudah dan enak dimakan begitu sahaja, atau digandingkan dengan Telur dadar berinti tuna.
Petua berguna: Tumis bawang putih dan lobak merah, tambahkan nasi dan kicap, kemudian gaulkan sehingga rata. Seterusnya masukkan Ayam Brand Tuna Chunks in Water untuk protein, dan Ayam Brand Sweet Cup Corn untuk serat, rasa manis dan rangup. Cepat dan enak.
Resepi Nasi Goreng Tuna
Masa penyediaan: 5 minit
Masa memasak: 10 minit
Jumlah hidangan: 2
Bahan-bahan:
1 cawan nasi yang telah dimasak
½ cawan lobak, didadu kecil
2 ulas bawang putih, dihiris (mengikut citarasa)
1 sudu kecil sos soya
½ tin Ayam Brand Tuna Chunks in Water, buang air dan lenyek tuna
½ tin Ayam Brand Sweetcup Corn
Cara-cara membuatnya:
- Di atas kuali, masak lobak dan bawang putih.
- Masukkan nasi dan sos soya.
- Tambah tuna dan jagung. Gaul sehingga masak.
- Matikan api dan hiding
5- Patty Telur Tuna
Patty telur ini penuh dengan protein dan sesuai digandingkan dengan nasi goreng tuna. Campurkan Ayam Brand Tuna Omega 3, telur, tauhu lembut, ketumbar, cili merah dan bawang merah, dan tuang campuran ini ke dalam kuali dan bentukkan patty kecil. Goreng sehingga masak sepenuhnya. Masukkan ke dalam Bento box bersama nasi goreng.
Petua berguna: Hiaskan dengan sos tomato berbentuk smiley face untuk lebih kawaii!
Resepi Patty Telur Tuna
Masa penyediaan: 5 minit
Masa memasak: 10 minit
Jumlah hidangan: 2
Bahan-bahan:
½ tin Ayam Brand Tuna Omega 3
2 telur, dipukul perlahan
½ packet tofu lembut, dilenyek sedikit
2 sudu besar daun ketumbar, dihiris
1 cili merah, dihirs (mengikut citarasa) red chilli, chopped (optional)
1 bawang merah, dihiris
Garam
Minyak masak
Cara-cara membuatnya:
- Dalam mangkuk, campurkan tuna, telur, tofu, daun ketumbar, cili dan bawang.
- Di atas pan yang leper, panaskan minyak. Tuang 2 sudu besar campuran telur dan masak kedua dua bahagian.
- Hidang dengan nasi goreng
6- Tuna Pita Tanpa Mayo
Roti pita mudah dimakan oleh kanak-kanak kerana intinya tidak mudah tumpah seperti sandwic yang penuh. Cuba alternatif tanpa mayones untuk hidangan Bento box yang mudah disediakan dan enak.
Campurkan Ayam Brand Tuna Flakes in Sunflower Oil, Ayam Brand Sweet Cup Corn dan tomato ceri untuk membuat intinya. Potong roti pita menjadi dua bahagian, lapikkan bahagian dalamnya dengan daun salad atau campuran salad dan timun. Akhir sekali, masukkan campuran tuna tadi. Hidangan yang seimbang dan menyelerakan.
Petua berguna: Daun salad atau campuran salad menghalang roti pita menjadi basah dan lembut.
Resepi Tuna Pita Tanpa Mayo
Masa penyediaan: 5 minit
Masa memasak: 5 minit
Jumlah hidangan: 2
Bahan-bahan:
2 Pita
1 tin Ayam Brand Tuna Flakes Sunflower Oil, dengan minyak
1 tin Ayam Brand Sweetcup Corn (jagung)
1 cawan daun lettuce atau mixed leaves
1 cawan hirisan timun
1 tsp jus lemon
1 cawan ceri tomato, dihiris
Salt and pepper
Cara-cara membuatnya:
- Dalam mangkuk, masukkan tuna Bersama minyak dari tin. Tambah jagung dan tomato ceri. Campurkan.
- Masukkan jus lemon, garam dan lada.
- Ambil pita, masukkan sayuran lettuce, timun dan campuran tuna. In a pita, add the lettuce, cucumbers and tuna mix.
Peraduan Menarik daripada Ayam Brand
Jomlah korang follow @ayambrandmy dan gunakan hashtag #bekalayambrand dan #ayambrandmy pada idea hidangan kotak bento korang dengan menggunakan mana-mana produk Ayam Brand. Korang berpeluang memenangi hadiah menarik! Peraduan berakhir pada 31 Oktober 2020 tau.
Cuba lebih banyak resipi ringkas, mudah dan enak daripada Ayam Brand di laman sosial berikut:
Website: https://www.ayambrand.com.my/index.php/recipes
Video Resipi: https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video.html
Facebook: https://www.facebook.com/ayambrandmalaysia
Instagram: https://www.instagram.com/ayambrandmy/
Untuk menambah lebih banyak pilihan hidangan menyihatkan untuk anak anda. Kekal selamat dan sihat.
Selamat mencuba 6 Idea Bento Box yang Sedap dan Mudah!
Sharing is caring
Semua nampak sungguh menyelerakan! Yummy! 😀
Jom baca entri terkini Zurainny Ismail …Starbucks Handcrafted Seasonal Beverages Promo