Abang Sado Terjah Kurta KACAX

Abang Sado Terjah Kurta KACAX | Tahun ni kemain kalut geng emak-emak termasuklah ciktom nak uruskan keperluan keluarga dari sejak awal tahun. Dari persediaan masuk ke sekolah, persediaan puasa dan seterusnya raya. Of course banyak la jugak keluar duitnya macam air sungai laju mengalir.

Oleh sebab tu, ciktom memang dah siapkan awal urusan persiapan baju raya keluarga kami. Baju melayu dan kurta yang suami ciktom suka ialah brand KACAX.

Butik KACAX di Level 3 Angsana JB Mall
Butik KACAX di Level 3 Angsana JB Mall

 

Eh.. copppp!!!!! Apa kena mengena abg sado terjah KACAX ni? Hehe….

Sebenarnya sepanjang ciktom pergi Butik Kacax tu ciktom asyik nampak abang sado-sado yang masuk duk beli Kurta kat situ. Haaa..  tak caya tu tengok satu gambar ciktom sempat snap. Hahaha…

Abang Sado Terjah Kurta KACAX
Abang Sado Terjah Kurta KACAX

Kemain tau dorang duk shopping baju raya. Adik salesperson tu pun sabor je layan kerenah abang-abang sado tu. hihi… Bagusnya staff ramai dan friendly je melayan customer. 

Koleksi Kurta Kacax
Koleksi Kurta Kacax

Biasa kalau tengok luaran butik ni mesti rasa takut-takut juga dalam hati kalau kurtanya harga mahal kan? Ya Allah sekali masuk survey harganya memang berpatutan. Kurta dewasa yang paling mahal pun RM129 je tau! Kurta kanak-kanak pulak mengikut saiz budak dari RM69. Bagi ciktom harga ni memang sangat berbaloi dengan material berkualiti tinggi.

rambang mata tengok koleksi kurta kacax
Menung fikir, rasa nak beli semua. haha…

Masuk je terus menung nak pilih mana satu. Seriuslah semua design lawa tau. Dah la pilihan warna pun banyak. Senang nak cari matching untuk baju sedondon raya ke kenduri kahwin atau event apa2.

Kurta KACAX Pilihan Keluarga Kami

Macam biasa setiap tahun mesti suami akan pilih tema warna kami sekeluarga. Tahun ni temanya hijau mint dan juga biru. Untuk hari pertama, tema baju hijau mint suami pilih Baju Melayu Slimfit Mestika. Ni suami beli awal seminggu sekali dengan sumbangan baju raya untuk student asnaf dia. Ciktom tak follow jadi datang minggu ini ciktom beli untuk baju anak-anak yang boleh sedondon dengan ayahnya.

Baju Melayu Mestika
Baju Melayu Mestika

Untuk baju anak-anak, ciktom pilih Kurta Andro dan Kurung Adriana. Comel je kan sedondon 2 beradik ni 🙂 Untuk kurta dan baju kurung ni pun ada saiz untuk dewasa tau.

Kurta Andro dan Kurung Adriana
Kurta Andro dan Kurung Adriana

Ciktom suka koleksi kurta KACAX ni sebab material jenis tak panas dan ironless. Anak-anak nak pakai beraya dari pagi sampai ke petang pun selesa je. Koleksi kurta Indera semua 4 helai dari Kacax tau. Hehe.. Yelah tengok jelah design kurta dia pun stylo dan modern. Budak zaman sekarang pandai tau pilih nak pakai baju mana.

Kemudian untuk hari raya kedua, kami decide untuk baju biru. Ayah nak kurta Lutern warna biru, yang si Indera pulak nangis nak kurta Chiasso biru. 

Tengok siap bersila dia tak nak tukar baju lain. Nak yang ni jugak. Adik nak baju biru ni!

Kurta Chiasso
Kurta Chiasso

Yang Kurta Chiasso ni ada set sedondon bapa dengan anak tau. Semuanya ada 6 pilihan warna cantik-cantik juga.

Jadi ciktom ikut la taste keduanya, ayah nak Lutern dan adik nak Chiasso. Still dua-dua tema biru kan. Bila bergabung uit smart 2 berank ni. Serius lega dapat settle untuk persiapan raya kali ni.

Selain itu, ciktom suka sebab ada kerusi dan ruang menunggu yang selesa. Faham-faham jelah bila shopping dengan anak ni mula nak tawaf satu kedai. Jadi ada kerusi tu suruh je anak-anak duduk atas kerusi. Yang ayah penat pun boleh rehat sambil tunggu ibu shopping.

Lokasi Butik KACAX di Angsana JB Mall

So, korang yang tercari koleksi kurta design modern dengan harga yang berpatutan. Silalah ke Butik KACAX di Angsana JB Mall. Butik ni dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi sehingga 10 malam.

  1. Butik KACAX ,Level 3
  2. Booth KACAX Level 3 (kt kedai kain Langsir HL, JAMU )
  3. Booth KACAX Level 2 (Depan Secret Resepi)
  4. Butik KACAX Level 2 (sebelah Emmer Zecna,Sederet BATA)

Kalau yang jauh tu boleh la follow social media KACAX ni, paling best suka tengok video tiktok dia yang viral pasal Hantu tu. Korang pergilah tengok. hehe.. 

Facebook: KACAX

Instagram: https://instagram.com/kacax_official

Tiktok: https://www.tiktok.com/@kacax_official

Whatsapp: 019-7341037

 

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

One thought on “Abang Sado Terjah Kurta KACAX

  • August 1, 2023 at 9:59 pm
    Permalink

    Catchy pulak namanya. Instead of Kacak jadi ‘Kacax’ . First time dengar kedainya juga ni.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!