Aku Dikau Berbeza
Satu hari seorang profesor menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang dikayuh oleh seorang pengayuh sampan. Di tengah-tengah sungai, profesor bertanya: “ Kau pandai menulis dan membaca? ”
“Tidak. Saya buta huruf, ” jawab pengayuh sampan.
“Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup.”
Tidak lama selepas itu, profesor itu bertanya lagi: “Kamu ada membuat simpanan wang di bank? ”
“Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan sahaja. ”
“Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh dari kehidupanmu. Mana mungkin orang yang tiada wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti.”
Sampan terus bergerak. Tiba-tiba sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir tenggelam. Si pengayuh sampan bertanya pada profesor:”Tuan, apakah tuan pandai berenang?”
“Er, errk..saya tidak tahu,” jawab profesor panik.
“Kalau begitu tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!”
Allah tidak mencipta manusia itu bodoh. Sebaliknya, Allah mencipta manusia dengan kebijaksanaan berbeza. Setiap kita mesti mengenal di mana kebijaksanaan itu dan meningkatkannya ke tahap maksimun. Jangan rasa diri terhina tapi sebaliknya tingkatkanlah keyakinan diri dengan berusaha sedaya upaya.
Ingatlah bahawa Allah mencipta setiap manusia untuk berjaya. Untuk berjaya perlulah berusaha bukan hanya berdoa semata-mata kerana rezeki tidak datang bergolek. Seperti mana kain yang putih bersih. Kitalah yang mencorak bagaimana hasilnya. Adakah cantik hasilnya atau sebaliknya.
Sharing is caring
YA ..USAHA TANGGA KEJAYAANNNNNN!!
Ingatlah bahawa Allah mencipta setiap manusia untuk berjaya. Untuk berjaya perlulah berusaha bukan hanya berdoa semata-mata kerana rezeki tidak datang bergolek….
Ayat ni sgt menyentuh hati ellen..sob sob….thnks CikTom..salute dgn u dear….so lepas ni kena usaha lebih ya,.
org lain nampak kelemahan kita, tapi kelemahan sendiri pura2 tak nampak..betul tu Allah mencipta manusia dgn kebijaksanaan berbeza..
huhuh….profsr xpndai brnang…2 la mngta org g..hihih
jangan suka
memandang pada
kelemahan orang lain..
akak tak pandai berenang..
tapi akak pandai masak..
hehe
ya..setiap org dlahirkan dgn keistimewaan dan kelebihan masing2..kita sebagai manusia harus b'syukur dan terus m'cuba utk wat yg terbaek..;)
prof tu mati ker? erk.. hihi.
@quaniza: yup2..nak cepat lagi..usaha escalator kejayaan…haha
@ellen: good kalau betul2 tersentuh..betul2..jom teruskan berusaha!
@sweetsal: biasa la manusia..kuman yang kecil seberang laut tue nampak padahal gajah depan mata punye gedabak boleh tak nampak..huhu
@echah: paku dulang paku serpih..mengata org dia yg lebih..hik3
@diana: good2..cari kebolehan diri sendiri dan tingkatkan ke tahap maksimun..mana tahu boleh buka restoran 1 hari nati.amin.
@fyza: betul2 perlu bersyukur ke hadrat Ilahi..
@pinky:prof tue tak mati la..pengayuh sampan tue baik..tolong tarik prof tue sampai kat darat..haha
Yezza.. bukan semua benda kita pakar.. masing2 ada kepakarannya.. tetapi.. berfikirlah yang membuat kita bijak seperti mana surah al-imran ayat 190-191
"Sesungguhnya kejadian langit dan bumi, dan pertukaran malam dan siang, ada tanda2 (kekuasaan, kebijaksanan dan kluasan rahmat Allah) bagi org2 yang berakal. (iaitu) org2 yg menyebut dan mengingati Allah smasa mreka brdiri, duduk dan smasa berbring mengiring, dan mreka pula memikirkan tntang kjadian langit dan bumi (sambil brkata, "wahai tuhan kami! tidaklah engkau menjadikan kesemua ini dengan sia2. Maha suci engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka" Fuh.. bole wat entri ni.. hehe.. kuncinya.. berfikir.. yezza.
@aretikz: wow..terkejutz iii…terharu giler ni..tenkiu2..luv it..betul kuncinye berfikir…huhu