Alhamdulillah Rezeki Menang Contest Blogger MEFA 2016

Assalamualaikum dan salam sayang.. Macam biasa mood cik tom join contest ni kalau dah datang. Memang bersungguh benor marathon buat entri contest dan blogwalking. Kalau mood malas datang berpuluh contest pun cik tom pandang sepi je. hihi..

Beberapa hari lepas, cik tom tengah tengok newsfeed facebook tiba-tiba cik tom terlihat ada seseorang update di group; Denaihati Network pasal satu contest bakal tamat pada hari ini (22 Disember 2016). Cik tom pun baca artikel pertandingannya; Blogger Contest MEFA 2016. Emm boleh tahan juga syaratnya.

Cik tom pun terus tertarik hati rasa nak join contest tersebut. Malam tu jugak cik tom taip artikel pertandingan dan publish pada pukul 11.50 malam. Kebiasaan cik tom akan tengok jugak entri peserta lain untuk cari idea. Tapi kali ni oleh sebab kesuntukan masa, cik tom menaip je apa yang terlintas dalam hati berdasarkan pengalaman persiapan kahwin cik tom yang lepas. Selain, dapatkan sedikit info mengenai MEFA di fanpage.

hadiah menang contest blog

Cik tom memang tak letak harapan nak menang sebab rasa buat entri agak cincai je. Gambar pun cik tom letak satu gambar asal dari pertandingan. Biasanya cik tom akan study dan letak banyak gambar untuk bagi menarik. Itu la hasilnya kalau buat keje last minute kan.

Entry contest: 5 Sebab Kenapa Perlu Hadir Ke Malaysia Wedding Festival (MEFA) Disember Ini

Keesokkannya cik tom balik kampung mertua. Terus lupa tentang contest yang cik tom join. hihi.. Internet kat handphone satu lagi cik tom tak buka jadi tak tahu menahu langsung rupanya pemenang telah diumumkan dan pemenang dijemput hadir untuk terima hadiah di Malaysia Wedding Festival 2016 kat SACC Mall.

Buka whatsapp tengok ada dapat mesej dari team Vinnity, Mohd Rasul maklumkan yang cik tom menang tempat ketiga. Hadiah wang tunai RM200. Alhamdulillah boleh guna duit kemenangan untuk support bercuti ke Melaka. hihi…

Enti Pengumuman: Pemenang Contest Blogger MEFA 2016

Terima kasih kepada pihak penganjur dan juga team Vinnity. Terima kasih daun keladi, lain kali buat contest lagi!! 🙂

nota jari: sesiapa ada buat contest atau tahu contest yang menarik, sila share kat komen skit. mana tahu ada yang lain berminat nak join.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

11 thoughts on “Alhamdulillah Rezeki Menang Contest Blogger MEFA 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!