Apa Itu Plugin WordPress? Senarai Plugin WordPress Terbaik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Entry kali ini untuk berkongsi serba sedikit pengetahuan cik tom mengenai plugin wordpress. Pada yang tertanya-tanya, apa itu plugin wordpress?? Secara ringkas, plugin wordpress adalah satu aplikasi tambahan atau pihak ketiga yang mengandungi fungsi script bagi meningkatkan fungsi sesebuah blog wordpress. Jika pengguna blogspot kebiasaannya akan edit code di dalam blog jika ingin menambahkan sesuatu aplikasi tambahan seperti “top commentar”. Tapi bagi pengguna wordpress hanya install plugin “top commentar” dan siap tanpa perlu mengubah apa-apa code.

Terdapat pelbagai jenis plugin bergantung kepada tujuan dan fungsi yang diinginkan. Antaranya plugin bagi mengawal spam komen, mempercepatkan loading sesebuah blog dan sebagainya.

1. Apa itu Plugin?
2. Kelebihan Plugin?
3. Keburukan Plugin?
4. Bagaimana Nak Pasang Plugin?
5. Senarai Plugin WordPress Yang Terbaik?
6. Senarai Plugin di Blog Ciktom

Apa itu Plugin?

Plugin berfungsi sebagai aplikasi tambahan untuk mengoptimakan perfomance blog dalam keadaan yang terbaik. Perumpamaan mudah hosting wordpress itu ibarat rumah manakala plugin ini ibarat grill rumah, sofa, kabinet dapur dan lain-lain aksesori rumah. Plugin ini seperti aksesori rumah yang memberi fungsi tambahan bagi meningkatkan security rumah, mencantikkan rumah, meningkatkan keselesaan rumah dan sebagainya. So, blogger akan gunakan plugin untuk keselesaan blog/ meningkatkan perfomance blog.

A WordPress Plugin is a program, or a set of one or more functions, written in the PHP scripting language, that adds a specific set of features or services to the WordPress weblog, which can be seamlessly integrated with the weblog using access points and methods provided by the WordPress Plugin Application Program Interface (API).- wordpress Codex

Kelebihan Plugin?

Kelebihan utama plugin ini ialah memudahkan blogger menambah sebarang aplikasi tambahan hanya secara install tanpa mengubah apa – apa code secara manual. Kelebihan lain adalah bergantung pada tujuan asal sesuatu plugin itu digunakan. Contohnya mempercepatkan loading blog, mengawal spam komen, memudahkan blog terindeks di enjin carian, statistik blog dan lain-lain.

Keburukan Plugin

Setiap satu kelebihan itu pasti ada keburukan jika kita tersilap percaturan dalam menggunakannya. Hal ini sama juga dengan plugin. Sebagaimana diketahui terdapat beribu jenis plugin dan setiap jenis plugin boleh digunakan dalam proses meningkatkan optimasi blog. Walaubagaimanapun, tidak semua plugin sesuai digunakan di dalam blog. Sebaiknya pilih plugin yang terbaik untuk digunakan di blog dan delete mana-mana plugin yang tidak digunakan kerana penggunaan plugin yang berlebihan boleh memberatkan loading blog. Jadi pilih plugin yang bersesuaian jangan tamak ye. huhu..

Bagaimana Nak Pasang/ Install Plugin?

Jadi, kita dah tahu serba sedikit mengenai plugin. Macam mana pula nak gunakan plugin ini ye?? Caranya mudah je korang hanya perlu install dan activate plugin yang disukai. Langkahnya seperti dibawah;

1. Login ke Dashboard WordPress
2. Klik “Plugins” >> “Add New”.
3. Jika plugin yang ingin diinstall sudah terdapat dalam komputer (dah di save), klik  ‘Upload” dan browse lokasi file plugin tersebut dan klik “Install Now”.
4. Jika sekiranya belum ada file plugin, boleh masukkan jenis plugin yang ingin di install di kotak search dan klik “Search Plugins”.
5. Kemudian akan keluar senarai plugin dicari. Klik “Install” di jenis plugin yang dikehendaki.
6. Last, klik “Activate Plugin” untuk mengaktifkan plugin yang baru saja di install di blog.

Senarai Plugin WordPress Yang Terbaik?

Pada pendapat cik tom tiada senarai 10 plugin yang terbaik sebabnya terdapat beribu jenis plugin. Semua plugin bergantung pada keperluan sesebuah blog itu. Kalau nak bagi blog mesra enjin carian mungkin pemilik blog akan menginstall hampir kesemua jenis plugin berkaitan dengan SEO. Kalau owner blog jenis suka blog yang simple pula mungkin akan mengoptimakan load blog dengan plugin yang membantu perfomance blog. Di sini cik tom senaraikan 6 artikel berkaitan plugin dari blog lain yang mungkin bersesuaian bagi sesiapa yang masih tercari-cari jenis plugin yang bersesuaian dengan blog masing-masing.

i. 20 Powerful Plugin Untuk Menghasilkan Blog Yang Mantap!
ii. Plugin SEO Terbaik
iii. Senarai Plugin Terbaik untuk Blog WordPress
iv. 10 wordpress plugin terbaik
v. 10 Plugins Terbaik dan Popular WordPress
vi. Plugin WordPress Terbaik Buat Blog

Senarai Plugin di Blog Ciktom (24 Januari 2012)

1. Akismet => mengawal segala komen yang berunsur spam komen.
2. Broken link checker => berfungsi untuk memeriksa link di dalam blog yang sudah rosak atau error dan boleh edit link atau unlink di “Tools”> “Broken Links”.
3. Comment Reply Notification => Menghantar email makluman kepada pemberi komen sekiranya terdapat balasan komen pada entry tersebut.
4. Dean’s Permalinks Migration => Untuk perbaiki link artikel blog.
5. Google Analytics for WordPress => memberi maklumat trafik blog, keyword, jumlah view bagi post dan segala statistik di blog.
6. Google XML Sitemaps => bagi memudahkan blog terindeks di enjin carian.
7. Table of Contents Creator => membina sitemap yang menyenaraikan author, pages, entry termasuk intro ringkas mengikut category di dalam satu page.
8. Tweet, Like, Google +1 and Share => untuk memudahkan pengunjung blog berkongsi artikel dengan social network seperti tweet, like, google plus dan share facebook.
9. W3 Total Cache => Memberikan kelajuan loading blog ketika pengunjung mengakses blog.
10. WordPress SEO => plugin untuk mengoptimasikan blog dengan ciri-ciri artikel mesra SEO.
11. WP-Optimize => untuk mengoptimasikan blog dengan mendelete data-data yang tak diperlukan dan juga delete autosave data yang automatik dibackup ketika kita menulis entry.

Harap entry ini dapat membantu kawan-kawan blogger yang baru bertukar hosting mahupun yang masih dilema nak bertukar hosting atau tidak. Setiap satu sudah semestinya ada pro dan kontra. Selebihnya, bergantung pada cara kita untuk menggunakannya. Gunakanlah plugin sebaiknya mengikut keperluan sesebuah blog.

Berminat nak beli domain atau hosting di Netkl?? Boleh klik banner netkl dibawah; Pada yang masih blurr2 boleh rujuk entry; Apa Itu Domain, Hosting dan Perbezaannya




Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

70 thoughts on “Apa Itu Plugin WordPress? Senarai Plugin WordPress Terbaik

  • January 24, 2012 at 5:22 pm
    Permalink

    wahh,,memang berguna dan perfect penerangan nie,,,,terima kasih banyak cik tom

    Reply
    • January 29, 2012 at 5:37 am
      Permalink

      sama2..belum perfect…still banyak kekurangan yang perlu diperbaiki.

      Reply
  • January 24, 2012 at 6:12 pm
    Permalink

    hati sebenarnya teringin sgt nk ke wp..tp bila dengar byk sgt button dan yg nk kena belajar,seriau pulak hati ni nk berpindah rumah ke wp..

    Entri Terbaru Saya:
    Cara Terbaik Untuk Boikot Yahudi

    Reply
    • January 29, 2012 at 6:00 am
      Permalink

      janganlah seriau…takdelah teruk sgt..mudah guna wp ni..kalau dah guna konpem jatuh hati..hee

      Reply
  • January 24, 2012 at 6:29 pm
    Permalink

    wah…banyak betul plugin ni yer..
    pjaz hari tu nak tukar hosting tapi takut la sebab x pandai nak main2 degn plugin ni..tukr domain je la..heheh

    Reply
    • January 29, 2012 at 5:37 am
      Permalink

      memang banyak..ada beribu..boleh pilih mana satu brkenan di hati..hee
      ala senang je just install..xperlu adjust code..
      nanti dah bersedia boleh tukar hosting wordpress pulak.

      Reply
  • January 24, 2012 at 6:57 pm
    Permalink

    mmg bermanfaat artikel yg cik tom tulis nie utk blogger2 wordpress mcm saya… tqvm ya..

    Reply
    • January 29, 2012 at 5:32 am
      Permalink

      sama2..share mana yang tau je ni..rasanya hairul lagi pro bab wordpress.

      Reply
  • January 24, 2012 at 7:02 pm
    Permalink

    lady pernah gune wordpress.. tp time tu sikit sgt yg gune wordpress.. maka terkapai2lah lady cari2 sendiri.. last2 sekali kwn suggest tukarkan pd blogspot.. lagipun time tu blog lady tetibe je xleh masuk.. makhluk mane tah gi delete :P>.

    Reply
    • January 29, 2012 at 5:36 am
      Permalink

      owh lady guna wordpress la sebelum ni ek..erm wordpress mmg xbyk yg sediakn tutorial bm…kalau blogspot berlambak2 tutorial yang ada kalau nak belajar.

      Reply
  • January 24, 2012 at 7:14 pm
    Permalink

    Plug in wordpress lebih mudah dari blogspot.Ada 2/3 dalam senarai kat atas tu saya pakai.

    Reply
    • January 29, 2012 at 5:22 am
      Permalink

      aah plugin wordpress memang mudah digunakan..tapi terlebih guna lambat load blog..

      Reply
  • January 24, 2012 at 7:52 pm
    Permalink

    plugins yang tak sesuai dengan versi WP akan menyebabkan blog bermasalah..

    Reply
  • January 24, 2012 at 8:54 pm
    Permalink

    0ooo… =D thanks cik tom!

    entahlah bila zai nk tukaq pi kat wordpress…huhu

    Reply
    • January 29, 2012 at 1:28 am
      Permalink

      ur wlcm dear!
      nanti dah ready jom bertukar ke wordpress…best tau guna hosting wordpress..

      Reply
  • January 24, 2012 at 9:14 pm
    Permalink

    Bilalah agaknya Benjy nak bertukar ke wordpress ni yer ?

    Reply
    • January 29, 2012 at 1:24 am
      Permalink

      jomlah bertukar ke wordpress..konpem blog benjy lagi mantapp..skang pun dah mantap.

      Reply
  • January 24, 2012 at 10:02 pm
    Permalink

    Antara kelebihan WordPress adalah banyak plugin yang boleh dipilih untuk memenuhi citarasa. 🙂

    Reply
  • January 24, 2012 at 10:37 pm
    Permalink

    terima kasih atas info yg sgt bguna nih.. nnt nak edit blog bdasarkan saranan cik tom ni la..;)

    Reply
    • January 29, 2012 at 1:20 am
      Permalink

      sama2..just share mana yang cik tom tahu..

      Reply
  • January 24, 2012 at 11:03 pm
    Permalink

    Eh…dulupon cik tom pakai blogspot kan??Lame x masuk blog cik tom..hohoho…

    Reply
    • January 29, 2012 at 1:15 am
      Permalink

      aah dulu ciktom pakai blogspot..blog cik tom pindah ke hosting wordpress bulan 4 tahun lepas..

      Reply
  • January 25, 2012 at 7:50 am
    Permalink

    bestnya guna wordpress….
    rasa nak bertukar la pulak…

    Reply
    • January 29, 2012 at 1:06 am
      Permalink

      jomlah bertukar ke wordpress lagi bagus dari masa sekarang…

      Reply
    • January 29, 2012 at 1:05 am
      Permalink

      takdelah byk pun..ciktom still belajar lagi..ni pun hasil belajar dan pemerhatian dari blog ke blog.
      ur wlcm dear.

      Reply
  • January 25, 2012 at 10:02 am
    Permalink

    tak paham banyak pasal wp ni..
    tapi satu hari nanti nak jugak la pakai wp..
    cuma takut2 je..sebab tak paham ..kan??

    Reply
    • January 29, 2012 at 1:02 am
      Permalink

      yup tue akk..takut sbb xfahamm..xpe yang penting kena gak ada ilmu sikit2 pasal wp+ ada yang boleh guide kita b4 bertukar ke wordpress..tapi dun worry pihak netkl sudi membantu..hee

      Reply
  • January 25, 2012 at 10:50 am
    Permalink

    Yang tak best dengan plugin kalau yang guna javascript, kena plak time server diorang ada problem

    Reply
    • January 29, 2012 at 1:01 am
      Permalink

      macam mana nak tau plugin mana yang pakai javascript ye?

      Reply
  • January 25, 2012 at 10:54 am
    Permalink

    terima kasih banyak CIK TOM..info yg amat berguna sebagai persediaan sebelum berpindah ke word press! tqvm..

    Reply
    • January 29, 2012 at 1:00 am
      Permalink

      sama2 dinar..dah ready nanti boleh berpindah ke wordpress ye.

      Reply
  • January 25, 2012 at 11:28 am
    Permalink

    terima kasih cik tom….hehe tak perlu lah saya menggoooogle lagi…

    Reply
    • January 29, 2012 at 12:49 am
      Permalink

      sama2..boleh je google lagi tambah info baru sebab entry ini masih tak lengkap.

      Reply
  • January 25, 2012 at 1:07 pm
    Permalink

    setakat ni, hampir 20 plugin yang saya guna
    sedang dalam proses nak kurangkannya

    Reply
    • January 29, 2012 at 5:18 am
      Permalink

      wah banyak juga 20 plugin..tp blog tehr ringan je load..bila komen pun laju je..apa rahsianya ye?

      Reply
  • January 25, 2012 at 3:48 pm
    Permalink

    tak semua ada separuh sahaja hee..

    Reply
    • January 29, 2012 at 5:18 am
      Permalink

      owh suri guna plugin apa?sharelah kalau free…

      Reply
  • January 25, 2012 at 3:49 pm
    Permalink

    1. Akismet => mengawal segala komen yang berunsur spam komen.kebanyakan bloger ada guna utk halang spamkan.klu tak pakai lagi banyk yng komen3 sangkut dlm blog huuu..

    Reply
    • January 29, 2012 at 5:19 am
      Permalink

      aah kalau xpakai berlambak komen spam yang masuk.

      Reply
  • January 25, 2012 at 9:56 pm
    Permalink

    entri yang banyak berfaedah kepada blogger. terima kasih.

    Reply
  • January 25, 2012 at 10:40 pm
    Permalink

    undi ciktom untuk
    blogger and social media awards

    Reply
  • January 26, 2012 at 2:45 am
    Permalink

    ohh..hari ini saya baru tahu apa itu plugin wordpress..terima kasih kepada cik tom kerana menerangkannya dengan detail. hehe..

    Reply
    • January 29, 2012 at 12:34 am
      Permalink

      sengal..titan dah pro..suhh…main jauh2..huhu

      Reply
  • January 26, 2012 at 10:46 am
    Permalink

    patutla blog cik tom mantap.. inilah rahsianya.. ahakss.. tp an, cari2 x jumpa Dean’s Permalinks Migration tu kat wp.. hihi

    Reply
    • January 29, 2012 at 12:33 am
      Permalink

      blog xmantap pun..biasa2 je..eh xjumpa ke??kalau xjumpa boleh search kat google and download ke pc/lappy dulu..after that baru upload balik dalam blog..

      Reply
  • January 26, 2012 at 1:39 pm
    Permalink

    info berguno nih…tapi untuk tukar hosting belum lg kot..takut lak lain jadi nyer..hilang terus ke blog nih…huhu

    Reply
    • January 28, 2012 at 11:00 pm
      Permalink

      xpe bila berkeyakinan nanti boleh tukar hosting.

      Reply
  • January 26, 2012 at 9:46 pm
    Permalink

    Perkongsian yang bagus. ADa few plugins yang saya boleh pakai juga…thanks for sharing.

    Reply
    • January 28, 2012 at 10:24 pm
      Permalink

      depend atas masing2 untuk pakai plugin yang bersesuaian dengan blog.

      Reply
    • January 28, 2012 at 4:51 pm
      Permalink

      ish ye ke??plugin mana yang juan guna ye??

      Reply
  • January 28, 2012 at 8:24 pm
    Permalink

    saya pakai 1,2 dan 6 dari apa yg cik tom pakai

    Reply
    • January 29, 2012 at 4:29 am
      Permalink

      owh..ciktom ingat nak minimakan lagi plugin n buang mana yang patut..tgh cari tutorial bersesuaian..thanks juan..

      Reply
  • February 10, 2012 at 4:31 pm
    Permalink

    Baru lepas buat entri pasal plugin.. Ada amik ayat ciktom sikit. Kita da kasi kredit 🙂

    Reply
  • February 17, 2012 at 12:34 am
    Permalink

    sebelum melangkah ke WP,carik2 ilmu mengenai WP.teringin sgt nak ikut cik tom yg begitu fofular di antara blogger
    Entri Terbaru Saya:
    Sebab Sebenar Jutawan Sendayu Tinggi Memakai Purdah

    Reply
    • February 17, 2012 at 9:22 am
      Permalink

      nak pindah ke wordpress??jom2 pindah..hee…
      ek ye ke fofular??biasa je..xde org kenal pun ciktom ni..hee..

      Reply
  • February 26, 2012 at 6:03 pm
    Permalink

    salam cik tom. saya nak cuba pakai wordpress. tp ssh la. tak paham. so pe pndapat cik tom.. wordpress atau blogspot

    Reply
    • April 21, 2012 at 6:13 pm
      Permalink

      kalau mahir boleh terus pakai wordpress sbbnya mmg mula2 kita nak belajar 1 perkara baru mmg susah nak faham..so cuba cari tutorial utk belajar..ciktom rs lg better wordpress..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!