Apa itu Web Hosting dan Kelebihan Bagi Blogger
Assalamualaikum dan salam sayang… Ciktom kerap mendapat email pertanyaan dari rakan blogger, apa itu web hosting dan kelebihan bagi blogger? Jadi hari ini ciktom nak luangkan masa untuk kongsikan pemahaman dari pengalaman ciktom berhosting sejak dari April 2011 iaitu 7 tahun.
Sebelum masuk ke topik hosting, ciktom nak refresh balik mengenai domain, kerana domain dan hosting berkaitan antara satu sama lain. Maksud domain yang ciktom quote dari artikel ciktom sebelum ini.
Apa itu domain?
Apa itu domain? Domain adalah alamat untuk blog korang bagi mudahkan pelawat mengakses di web browser. Contohnya sekarang ni, domain blog cik tom yang korang tengah layari atau tengok ni www.ciktom.com. Selain [dot]com, ada banyak lagi subdomain yang boleh dibeli seperti (.net, .org, com.my, .my, .tv, .name, .info, .biz, dan sebagainya). – Perbezaan Domain dan Hosting.
Apa itu Web Hosting?
Rasanya kebanyakan blogger zaman sekarang memang sedia maklum mengenai domain dan kelebihannya. Kalau tengok pun rata-rata blogger kini menggunakan blog dengan domain berbayar.
Hosting atau web hosting merupakan layanan internet yang menyediakan server bagi pengguna internet untuk menyimpan data. Data ini seperti file, gambar, email, aplikasi atau database dan lain-lain yang terkandung dalam blog anda.
Analogi untuk mudahkan faham lagi melalui gambar dibawah;
Hosting=Rumah Perabot=Data, files,Image dan lain-lain Alamat rumah=Domain
Untuk hosting juga ianya terdapat pelbagai jenis hosting seperti Shared Hosting, VPS Hosting, Dedicated Web Hosting, Reseller Web Hosting dan sebagainya. Untuk topik jenis hosting insyaAllah ciktom cuba kupas dalam artikel lain ye.
7 Kelebihan Web Hosting Bagi Blogger
1.Hak milik mutlak
Segala data atau maklumat disimpan dalam storage anda sendiri kerana blog korang hak korang 100% selagi tak melanggar peraturan berblog. Nak mudah faham beza kalau anda pergi tumpang tidur rumah kawan dengan tidur rumah sendiri. Mana lagi selesa dan bebas untuk anda buat apa sahaja?
2.Hakcipta terpelihara
Kelebihan hosting berbayar ialah anda bebas nak simpan atau delete segala maklumat manakala kalau anda menggunakan hosting percuma seperti blogspot ianya terhad.
Contoh gambar yang anda upload di blog hosting boleh anda setting untuk halang pengguna lain dari menggunakan gambar anda (hotlinking image) diblog mereka.
3.Eksklusif dan lebih dipercayai
Ciktom kalau buat carian di google biasanya maklumat dari blog menggunakan domain dan hosting lebih dipercayai, sebab apa? Kerana owner blog serius berblog keluarkan duit untuk bayar domain dan hosting.
Segala maklumat yang dikongsikan pun kebiasaannya eksklusif dan takdelah sia-sia copy paste semata kebanyakan di blog percuma (tidak semua ye tapi kebanyakan). Maklumlah benda free,copy paste dan buat banyak blog pun boleh bila-bila masa sahaja.
4.Lebih Mudah Terindeks
Bila blog jenis hosting berbayar dan pakai pula theme wordpress yang mesra SEO. Kalau dah mesra SEO percentage untuk SERP (Search Engine Result Page) terawal lebih tinggi bagi untuk terindeks di enjin carian. Kebiasaannya trafik blog masyuk kalau guna hosting sebab senang nak optimize untuk lebih mudah terindeks dan ranking dimuka depan enjin carian.
5.Lebih Mudah Untuk Manage
Dengan hosting,semuanya mudah untuk manage samaada dicpanel atau dashboard wordpress. Kalau anda nak masukkan apa-apa (contohnya filter spam comment, analysis seo, space ads unit) hanya gunakan plugin je. Takde pening sangat nak main code macam blogspot.
Tapi kalau guna banyak sangat plugin akan effect pada size dan loading blog. So, kena beringat juga walaupun boleh just install plugin je.
Selain itu, di Cpaneljuga boleh setting untuk Auto backup blog anda secara berkala minggu atau bulanan. Banyak lagi sebenarnya tapi cukup serba sedikit intro.
6.Selangkah Untuk Blogger Professional
Satu lagi ini salah satu step untuk lebih serius sebagai professional blogger lagi-lagi blogger yang memang menjadikan blog sebagai sumber pendapatan hidup sepenuhnya. Cuba tengok blog professional seperti BeautifulNara,SiakapKeli, Berita Harian, Kosmo, AstroAwani dan banyak lagi. Semuanya menggunakan domain dan hosting berbayar.
7.Menjadi pilihan client untuk sponsored post
Kebanyakan client lebih memilih blog berdomain serta hosting untuk bayaran sponsored post yang lebih tinggi. Incase kalau client offer bayaran rendah, anda boleh berunding dengan menunjukkan salah satu kelebihan blog hosting untuk bayaran yang lebih tinggi.
Kebiasaannya bagi hosting terdapat pelbagai pakej hosting ditawarkan syarikat menjual hosting. Semua pakej ini bergantung kepada kapasiti saiz memory, bandwith, email dan lain-lain lagi yang ditawarkan.
Pada yang mungkin tertanya dimana boleh beli hosting dan domain?
Salah satu syarikat penjual hosting yang makin digemari oleh pelanggan ialah IDwebhost. Syarikat ini telah ditubuhkan sejak 2004 serta lebih dari 100 ribu pelanggan sangat berpuas hati dengan layanan hosting IDwebhost.
Syarikat ini menjadi pilihan sebagai hosting terbaik pilihan pelanggan kerana;
- Syarikat pertama di Indonesia yang diakreditasi ICANN
- Pengurus Nama Domain Internet Indonesia (PANDI) yang diakreditasi oleh Kementerian Komunikasi dan Maklumat
- Server sangat cepat diakses dan stabil
- Perkhidmatan penjagaan pelanggan 24 jam yang cepat
- Teknologi hosting terkini seperti LiteSpeed, CloudFlare,Softaculous OneClick dan banyak lagi
- Jaminan 99.9% pelayan uptime
- Jaminan wang 30 hari
- Percuma SSL
- Domain percuma
- Percuma dengan beratus-ratus template premium
- WordPress 40x lebih pantas untuk diakses
- Percuma migrate dan pindah hosting dari server lama
- Jaminan harga terendah
- Percuma auto dan instant backup
Harga domain yang ditawarkan ialah dari RM30++ setahun dan pakej hosting dari RM60++ setahun. Memang murah dan berpatutan. Pada yang nak survey harga dan pakej menarik untuk domain dan hosting boleh juga singgah ke website IDwebhost.
Sharing is caring
dulu tak pernah ambil tahu tentang hosting ni ,tapi bila banyak baca pasal kelebihan menggunakannya, sekarang ni dah bertukar kepada blog yang menggunakan hosting..thanks cik tom untuk info ini
insyaAllah lelama nati kekda akan pro n seronok pakai hosting..
thank for share about hosting..visit my webrental mobil di lampung
Jom baca entri terkini antos …Hotel di Bandar Lampung terpopuler
Thanks atas perkongsian ciktom. Baru ler zumal faham ape itu hosting.
sama2 zumal..smoga bermanfaat
Salam Ciktom. Lepas baca artikel Ciktom baru saya tahu mengenai kelebihan hosting.
Sekarang ini saya hanya menggunakan domain sahaja + blogger. Kiranya boleh ke saya migrate ke hosting tanpa menggangu apa-apa yang ada di blog saya?
Risau sebab sekarang blog + domain dah bagi saya dah cukup baik. Cuma teringin nak pakai hosting pula.
Jom baca entri terkini Aiman …Cara Buat Sistem Tempahan Bilik (Aplikasi SKEDDA)