Cara Bayar Balik Pinjaman PTPTN Melalui FPX
Assalamualaikum dan salam sayang… Entri tutorial cik tom mengenai cara bayaran balik pinjaman PTPTN Ujrah melalui FPX ini ialah atas permintaan adik cik tom sendiri, Yaty.
Kebiasaannya Yaty bayar balik pinjaman PTPTN secara online melalui Maybank2u. Tapi cik tom bagitau alah guna Maybank2u caj dikenakan termasuk GST RM1.06. Kalau bayar guna FPX caj termasuk GST ialah RM0.53. Kalau dah bertahun bayar? Banyak jugak tue kan.
Ekonomi negara tengah meleset banyak belajar untuk fikir semua perkara kan? Nak beli apa pun fikir keperluan ke kehendak ni? huhu…
Okay antara kelebihan bayaran online ptptn melalui FPX ialah bayaran korang akan terus akan di update pada penyata baki dalam website ptptn. Kalau bayar melalui cara online banking lain. Bayaran tersebut akan ambil masa untuk diupdate dalam sistem. Kadang-kadang selepas 24jam dah bayar pun, check takde update dalam sistem ptptn.
Jom kita teruskan dengan tutorial bayaran balik ptptn thru FPX yang panjang lebar ni. Harap korang boleh hadam la. haha..
Cara Bayar Balik Pinjaman PTPTN Melalui FPX
1)Langkah pertama, korang kena login website PTPTN untuk akses ke “Penyata Baki Pinjaman“. Cik tom akan skip cara nak login sebab dah pernah share dalam entri sebelumnya. Pada yang tak tahu rujuk entri–>Cara Semak Baki PTPTN UJRAH Secara Online.
2) Ok dah klik untuk “Penyata Baki” akan keluar pada website tersebut contoh penyata baki pinjaman seperti gambar. Cari di bawah penyata baki tu hyperlink yang tulis “Bayaran Balik Melalui FPX“. Klik pada hyperlink tersebut ye.
3) Dah klik, akan keluar seterusnya untuk korang isikan berapa jumlah bayaran yang ingin dibayar? Macam contoh dibawah masukkan bayaran RM170 dan klik button “Bayar“.
4) Next, keluar keterangan jumlah pembayaran. Kalau dah pasti dengan jumlahnya klik button “Teruskan“.
5) Seterusnya, keluar sistem FPX check Payment Details tu betul ke tak?
- Pada Retail Banking tu nak bayar melalui bank mana? Contoh nak bayar melalui Maybank2u. Just tick Pada Maybank2u ye.
- Masukkan email untuk hantar notification lepas berjaya bayar melalui FPX
- Ok semua, klik button “Agree and Continue“.
6)Contoh tutorial kali ni guna Maybank2u. So, kalau pilih Maybank2u akan keluar popup untuk login akaun Maybank korang. Kalau pilih bank lain pun sama la kena login ye. Isi je usernname dan klik button “Next“.
7)Masukkan password dan klik button “Login“.
*Sebelum tu check jugak tau betul ke gambar dan phrase untuk Maybank2u for confirmation.
8)Akan keluar details FPX payment, recheck dan klik je button “Continue“.
9) Kemudian, rklik button “Request for TAC“. Ambil nombor TAC yang diterima dalam mesej HP korang dari Maybank2u. Masukkan no TAC dalam box No.2 dan klik button “Confirm“.
10) Ok dah siap dan duit dalam akaun ditolak mengikut jumlah bayaran. Klik button “Continue with Transaction“.
11) Akan redirect back pada FPX System. Klik button “Click Here to Complete Your Transaction“.
12) Siap! Korang akan dapat details payments melaui FPX seperti dibawah. Klik button “Cetax” untuk rujukan akan datang.
Then, boleh semak betul tak pada baki penyata pinjaman dah dimasukkan bayaran terkini korang.
Hmm nampak je step dan gambarnya macam banyak sampai 12 langkah cara bayaran balik pinjaman PTPTN Ujrah Melalui FPX ni. Tapi sebenanya mudah je kalau dah biasa buat. Maybe first time buat akan terkial-kial la sikit.
Nota jari: Good luck! Semoga cepat-cepat habiskan bayaran balik pinjaman PTPTN.
Sharing is caring
Macam-macam kaedah pembayaran disediakan untuk memudahkan proses pembayaran.
Jom baca entri terkini akubiomed …Getex beri cashback setiap kali beli secara online
yup..tak silap ada 5 cara pembayaran disediakan oleh pihak PTPTN..tak nak bayar sendiri bulan2..boleh buat pemotongan gaji..
Kalau buat potongan gaji pun ok juga. Tak ada nak mengelet nak bayar setiap bulan. Tapi kalau tak nak boleh guna cara ciktom bagi ni.
Jom baca entri terkini Upin Zai …Wanita Buat Bisnes Di Rumah Demi Anak
Ohhh tidak igauan mimpi ngeri bila dengar bayaran PTPTN haha.. hanya mampu bayar sedikit2.. tak tahu bila nak habisnya bila ditopup dengan yuran petadbiran setiap bulan huhu
Jom baca entri terkini aimannajmy …Bagaimana mengenal pasti niche yang lumayan
Saya tak pernah guna cara bayar melalui fpx setakat ni. Biasa bayar terus dengan online banking aje.
Jom baca entri terkini Upin Zai …Cara Mudah Bayar Hutang PTPTN Setiap Bulan
Nampak mudah guna cara ni. Tapi saya biasa bayar dengan online banking aje. Mana-mana cara pun ok. Janji bayar kan.
Jom baca entri terkini Pokok2u …Cara Buat Air Milo Sedap Macam Milo Lori
Dulu buat secara macam ni juga..sekarang buat dr maybank2u ja terus…tapi kena check tiap2 bulan juga, takut ptptn tak dapat bayaran tu pula
Jom baca entri terkini Noriza Rahman …Kesan Negatif Komplikasi Diabetes Jangka Masa Panjang
Wahhh senang la byr mcm ni.. boleh cuba gak untuk bulan mac ni..hehe
Jom baca entri terkini Hafizul …Komisen Jobdirumah Bulan Februari 2016
dari dulu lagi aku bayar guna cara nih.
senang.
sampai la dah habis bayar.
hoho..
Jom baca entri terkini titan …Jobdirumah Payment – Kali ke 547-584
senang bayar pakai fpx nih..
Jom baca entri terkini zik …Bisnes jual air kopi rm5, laku ke?
wah boleh nih ijin bookmark
berguna banget nih inpo ntar gw share juga ke teman2
Jom baca entri terkini abang gowes …Pergi ke Luar Angkasa dengan Sepeda