Cara mudah buat homemade mayonis atkins
Assalamualaikum dan salam sayang… Cik tom nak kongsikan satu menu diet atkins yang cik tom dah pernah cik tom buat. Resepinya ialah homemade mayonis atkins.Cik tom rujuk resepi homemade mayonis ni dari Kelab Diet Atkins Malaysia. Berdasarkan gambar perkongsian, resepi homemade mayonis tanpa masak tu dari Yaya Hidayah. Terima kasih Yaya kerana berkongsi resepi awesome ni. Cik tom buat alhamdulillah memang menjadi mayonisnya. Ingatkan susah nak buat mayonis sendiri. Rupanya teramat mudah!
Resepi ni insyaAllah gerenti jadi mayonisnya. Jangan lupa baca Bismillah sebelum mula. Hehe.. Jom kita tengok apa bahan-bahan yang diperlukan untuk buat mayonis.
Resepi homemade mayonis atkins
Sumber : Kelab Diet Atkins Malaysia
Resepi: Yaya Hidayah
Testimoni berjaya: Cik tom 😉
Fasa: 1,2,3,4
Bahan-bahan untuk buat homemade mayonis atkins;
2 biji telur
3 sudu besar cuka masak/ cuka epal/ lemon (ct guna air perahan lemon)
1 peket/titis pemanis tiruan/gula (ct masukkan 1 peket pemanis stevia)
Garam secukup rasa (ct letak ½ sudu kecil garam bukit)
Minyak masak/ olive oil secukupnya (minyak ni bergantung kepada tahap kepekatan mayonis yang korang nak)
Cara mudah buat homemade mayonis atkins;
- Campurkan semua bahan-bahan kecuali minyak ke dalam blender dan blend sehingga sebati.
- Kemudian masukkan minyak sikit demi sedikit sambil blend sehinggalah mayonis menjadi pekat dan likat seperti tekstur mayonis yang korang biasa makan.
Kalau nak buat homemade mayonis berperisa boleh jugak masukkan sebarang perisa macam blackpepper, cheese, serbuk kari atau apa sahaja mengikut selera masing2 ya. Cik tom buat original je senang. Hehe.. Kalau korang suka mayonis jenis cair tak payah letak banyak minyak tau. Cik tom buat ni dalam 1 cawan lebih jugak nak bagi pekat mayonisnya. Tapi semuanya bergantung kepada selera masing.masing kan. Nanti bila letak dalam freezer akan bertambah pekat dan cantik tekstur mayonis ni.
Rasanya sedap dan cik tom buat masam memang rasa macam mayonis kewpie. Rasa masam-masam gitu. Hehe.. Tekstur mayonisnya pun pekat. Lagipun cik tom rasa better buat sendiri. Takde was-was apa yang diorang taruk dalam mayonis beli tue kan. Yang ni dijamin korang tahu kebersihan dan isi kandungannnya. Lagi bagus korang boleh kawal kuantiti gula dan juga garam supaya tak terlebih bahayakan kesihatan.
Selamat mencuba homemade mayonis atkins yang amat mudah dan sedap!
Sharing is caring
senang jer rupanya… macam nak buat berperisa cheese…
Jom baca entri terkini zik …Keputusan undian EUFA Champions League 16 pasukan
memang senang aje nak buat.
dulu takde blender masa kat ums.
hentam kacau pakai tangan aje la guna senduk.
haha..
Jom baca entri terkini titan …Dikala kita diperlekeh berpanjangan, kita bangkit dengan SATU senyuman sepanjang zaman.
Kalau macam ini tidak perlu bimbang terlebih kolestrol. Boleh makan banyak-banyak. 🙂
Jom baca entri terkini akubiomed …Jom sertai peraduan IWK Selfie & Wefie Photo Contest 2015
macam sedap jer cik tom. kak pon nak cuba diet mayonis nie. 🙂
Jom baca entri terkini Immie …Another Short Trip Next on Christmas Day?
Mudahnya homemade mayonis ni,MV pun memang duk berdiet cara Atkins ni..boleh la try buat
Jom baca entri terkini Noriza Rahman …Ulat Air yang Menyerang Celah-celah Jari Pulih Selepas Pengambilan Kolagen
Jazaakillahu khairan khatiira utk perkongsian resipi. Dah cuba & alhamdulillah, jadi.?
Alhamdulillah…sama2 dear 🙂
x pernah buat snng gope nya bhn dia t.kasih cik tom
Salam. Boleh tak pm sy? Nak tanya. Stevia tu brape kuantiti dia?