Ciera, Pemenang Pelbagai Anugerah Produk Mesra Alam Yang Diiktiraf Untuk Keperluan Pembersihan Anda

Ciera, Pemenang Pelbagai Anugerah Produk Mesra Alam | Musim pandemik memang ramai terasa lebih paranoid dan berusaha unutuk mengikut SOP yang dilandaskan oleh pihak berkuasa. Termasuklah ciktom sendiri memang pastikan diri, anak-anak dan persekitaran rumah sentiasa dalam keadaan bersih dan disanitize. Cuma ciktom kurang berkenan sanitizer ciktom guna sekarang kerana bau alcohol terlampau kuat dan beri tak keselesaan. Sehinggalah ciktom diberi diperkenalkan dengan produk CIERA. Serius ciktom terjatuh cinta dengan produk ni selain berkesan dalam membasmi kuman, ia memberikan bau lembut rasa ketenangan je bila cium. Lagi ciktom suka produk ni family friendly dan diperbuat dari tumbuhan semulajadi.

Sebelum ciktom cerita lebih lanjut mengenai produk ni, jom baca sedikit intro mengenai syarikat Ciera. Oh ya lupa nak cakap produk ni keluaran Malaysia ye.

CIERA, PEMENANG PELBAGAI ANUGERAH PRODUK MESRA ALAM

Nature Profusion Sdn Bhd merupakan anak syarikat di bawah teknologi Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang mengkomersialkan teknologi anti-MRSA dan merupakan pemenang anugerah produk berasaskan tumbuhan dan herba. Syarikat ini bermula dibawah program Program Pembangunan Siswazah FRIM-MTDC (FMBioSis) sejak tahun 2009 dengan FRIM menyediakan teknologi dan kepakaran manakala Malaysia Technology Development Corporation (MTDC) memainkan peranan untuk membantu pembiayaan dan memberi latihan kepada usahawan untuk berjaya dalam industri.

Produk berasakan bahan semulajadi

Produk ini menggunakan bahan aktif semulajadi berasaskan tumbuhan yang unik untuk membersih, membasmi kuman dan menyahbau walaupun dengan kepekatan yang rendah. Teknologi ini diekstrak daripada campuran tumbuhan unik seperti Aloe Vera dan Teh Hijau sebagai bahan aktif sebagai alternatif kepada penggunaan bahan kimia berbahaya yang sering digunakan seperti Triclosan, Triclocarban, Hypochlorite (peluntur), Chlorhexidine dan Alkohol melebihi 70%. Produk ini juga selamat kepada pengguna dan mesra alam kerana tidak mengandungi bahan kimia berbahaya seperti Paraben, SLS and Phthalates. Produk Ciera juga mudah terbiodegradasi dan tidak kekal di alam sekitar. Ia juga terbukti membunuh 99.9% bakteria berbahaya seperti Escherichia coli, Staphylococcus aureus, Candida albicans-Yeast, Aspergillus niger-mould dan Pseudomonas aeruginosa termasuk kuman-kuman kebal antibiotic (MRSA & VISA).

Sijil Perakuan Jenama Ciera

Jenama Ciera mempunyai sijil Halal (JAKIM), SIRIM Eco Label, MyHijau Mark (Greentech Malaysia) dan dihasilkan oleh kilang bertaraf Good Manufacturing Practice (GMP). Matlamat utama syarikat ini adalah menjadi peneraju dalam industri antiseptik dan disinfektan berasaskan bahan semulajadi dan organik setanding dengan produk antarabangsa dan menjadi syarikat yang kompetitif dan inovatif di Malaysia.

Selain itu, Nature Profusion Sdn Bhd dianugerahkan pelbagai sijil atas kecemerlangan dan pencapaiannya dalam mencipta produk berkualiti seperti Hari Inovasi R&D Selangor 2019, Anugerah Penciptaan Hijau Terbaik (Si2TE 2019), Anugerah Pingat Emas (Si2TE 2019), Penciptaan Terbaik HOMEDEC-ITEX 2018), Anugerah Pingat Emas (ITEX 2018), Anugerah Pingat Emas (Hari Inovasi FRIM 2015), Anugerah Pingat Emas (Hari Inovasi FRIM 2013), Anugerah Pingat Gangsa (Bioinno 2010), Best Invention in Sanitation (Hong Kong Toilet Association 2009) dan lain-lain.

SENARAI PRODUK KELUARAN CIERA

Produk Mesra Alam yang dihasilkan oleh syarikat ini adalah

  1. Ciera Eco-Friendly Multi-Purpose Disinfectant
  2. Ciera Eco-Friendly Multi-Purpose Disinfectant Spray
  3. Ciera Eco-Friendly Hand Wash
  4. Ciera Eco-Friendly Instant Hand Sanitizer
  5. Ciera Eco-Friendly Natural Hand Sanitizer

Antara produk terlaris Ciera adalah Combo Disinfektan iaitu Ciera Eco-Friendly Multi-Purpose Disinfectant (pekat 800Ll), Ciera Eco-Friendly Disinfectant Spray (500mL, sedia untuk digunakan).

CIERA MULTI-PURPOSED ECO-FRIENDLY DISINFECTANT (800 ML, PEKAT 1:100)
CIERA MULTI-PURPOSED ECO-FRIENDLY DISINFECTANT (800 ML, PEKAT 1:100)

Ciera Eco-Friendly Multi-Purpose Disinfectant, (800ml pekat, nisbah pencairan 1: 100) adalah pembersih pelbagai penggunaan untuk membersih, membasmi kuman dan menghilangkan bau busuk di rumah anda. Ia dapat membunuh 99.9% kuman termasuk Superbugs MRSA/VISA dan dapat melindungi anda daripada mikrob patogen. Ia sesuai digunakan di pelbagai permukaan seperti kain, kaca, keluli kayu dan sebagainya. Ia diformulasikan dengan kepekatan tinggi iaitu 1:100. Hanya perlu campurkan satu penutup (30ml) ke dalam 3L air untuk cucian dan membasmi kuman tanpa perlu dibilas. Selain itu, ia juga tidak merengsa kulit, tidak bertoksik dan selamat digunakan. Produk ini juga dilengkapi dengan 3 haruman menawan iaitu Lavender, Pine dan Floral. Air lebihan daripada cucian boleh digunakan untuk menyiram pokok kerana ianya selamat dan telah terbukti akan terdegradasi dalam masa 14 hari di persekitaran.

CIERA MULTI-PURPOSED ECO-FRIENDLY DISINFECTANT SPRAY (500 ML, SEDIA DIGUNAKAN)
CIERA MULTI-PURPOSED ECO-FRIENDLY DISINFECTANT SPRAY (500 ML, SEDIA DIGUNAKAN)

Ciera Eco-Friendly Multi-purpose Disinfektan Spray (500ml, siap digunakan) adalah semburan pelbagai guna yang telah dicairkan untuk membersih, membasmi kuman dan menghilangkan bau. Semburan ini selamat digunakan pada pelbagai permukaan seperti perabot, sofa, dapur, mainan dan tingkap. Tidak perlu dibilas dan bebas dari Triclosan, tidak bertoksik dan mesra alam. Ianya terbukti dapat menghilangkan kesan minyak dan kotoran di permukaan dapur.

CIERA ECO-FRIENDLY HAND WASH (Oren) (500mL)
CIERA ECO-FRIENDLY HAND WASH (Oren) (500mL)

Ciera Eco-Friendly Hand Wash (500ml) dapat melindungi tangan anda dengan menggunakan pencuci tangan yang berasal daripada bahan aktif botani dan terbukti boleh membunuh 99.9% mikrob dan patogen. Ia bersifat hipoallergenik yang diuji secara dermatologi dan sesuai untuk kulit sensitif. Ia juga tidak merengsa kulit dan bebas daripada Triclosan, Paraben dan SLS. Di samping itu, rangkaian produk Ciera mempunyai sijil SIRIM Eco Label dan MyHijau Mark daripada Greentech Malaysia. Ia didatangi dengan haruman oren dan terbukti mudah terbiodegradasi.

CIERA JUNIOR NATURAL HAND SANITIZER (FRUITY AND FANTASY) (30 mL)
CIERA JUNIOR NATURAL HAND SANITIZER (FRUITY AND FANTASY) (30 mL)

Ciera Junior Natural Hand Sanitizer (30mL) adalah antiseptik yang unik dan selamat. Diformulasi khas menggunakan bahan berasaskan tumbuhan daripada teknologi AntivaTM yang berupaya membunuh 99.9% bakteria, kulat dan virus dalam beberapa saat. Ia mesra kepada kulit kanak-kanak dan bebas daripada Triclosan, Paraben serta tidak perlu dibilas. Produk ini mempunyai 2 haruman iaitu Fruity dan Fantasy.

Produk Ciera ada di jual di pasaraya dan secara online

Produk Ciera boleh didapati di pelbagai pasaraya seluruh Semenanjung Malaysia seperti TESCO, MALAKAT MALL, MALAKAT GROCER, SABASUN HYPERRUNCIT dan platform dalam talian seperti di SHOPEE, DUKKAN KITA dan eROMMAN.

Syarikat ini juga membekalkan produk untuk industri pencucian di Malaysia seperti Kontraktor Perkhidmatan Pembersihan (PETRONAS, GLOBAL GLOBE (M) SDN BHD, RHEA dan CUCIMUCI), Majlis Bandaraya & Institut Penyelidikan (FRIM, MBMB, MPSJ dan SIRIM), Pusat Dialisis (UEMS EDGENTA, ADVANCE PACT) , Pejabat, kilang, sekolah-sekolah dan makmal (MTDC, NEO PRAGMATIK SDN BHD, SECRET BARN SDN BHD & POLY XTRACT SDN BHD) dan Pusat Perkhidmatan Subaru. Ciera juga telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk penggunaan hospital sebagai pembekal pencuci disinfektan tahap rendah.

PERADUAN SEMPENA RAMADHAN

Sepanjang Ramadhan ini, Ciera sedang menganjurkan Cabutan Bertuah Ciera Belanja dan Menang Eksklusif hanya di Tesco. Cabutan Bertuah ini berlangsung sejak 15 April sehingga 15 Mei 2021 dan atas permintaan ramai Cabutan Bertuah ini dilanjutkan sehingga 19 Mei 2021. Pelanggan bertuah berpeluang memenangi hadiah menarik seperti:

  1. Periuk Edisi Terhad Vantage Sauce Rose Dato’ Sri Siti Nurhaliza (Seunit)
  2. Jam Tangan Pintar Xiaomi Mi Band 5 (Seunit)

Mudah saja untuk menyertai Cabutan Bertuah ini, pelanggan hanya perlu mengikuti langkah-langkah seperti berikut:

Langkah 1: Beli
Pembelian minima RM20 dalam satu resit di Tesco layak untuk menyertai 1 cabutan.

Langkah 2: Whatsapp
a) Hantarkan Whatsapp gambar resit sebagai bukti pembelian ke nombor 601128002932.
b) FOLLOW FB & INSTA: @ciera.my & screenshot bukti.

Langkah 3: Cabutan Bertuah

Langkah 4: Pemenang bertuah akan diumumkan SETIAP MINGGU pada hari Rabu.
(21 & 28 April, 5 & 19 Mei 2021) di Facebook: ciera.my
Langkah 4: Terma dan Syarat Untuk maklumat lanjut berkaitan Cabutan Bertuah ini, sila layari pautan yang disediakan: https://www.facebook.com/ciera.my/posts/4260266173993228

REVIEW PENGALAMAN CIKTOM MENGGUNAKAN PRODUK CIERA

Ciera Eco-Friendly Multi-Purpose Disinfectant

Ciera Multi-Purpose Disinfectant ni ciktom guna bau Flora. Bau haruman bunga lembut je. So, yang jenis yang tak suka produk disinfectant bau kuat memang sesuai sangat guna produk brand Ciera ni.

Cara nak guna pun mudah je hanya bancuh ikut sukatan pada botol (2/3 penutup penuh ke dalam 1 baldi air 3L. Lagi best tak perlu dah bilas. Air lebihan tu selamat siap boleh buat siram pokok tau!

Ciktom suka Ciera Disinfektan Serbaguna ni bukan sahaja mesra alam tapi dapat bersih dengan berkesan dan basmi kuman yang biasa berada di rumah.

Memang serbaguna dan ciktom dah guna untuk mop lantai, lap sofa, lap dapur dan mainan anak ciktom.

Ciera Eco-Friendly Multi-Purpose Disinfectant Spray

Yang spray ni lagi mudah nak cepat kan, just sembur je terus. Tak perlu bancuh2. Kalau yang camni paling mudah sembur atas kabinet dapur. Then, lap2 je senang kerja.

Satu lagi, barang2 yang posmen hantar pun senang ciktom spray je sesiap sebelum buka. then lepas buka pun spray lagi. Extra precaution kan sebab virus covid ni kita tak nampak dengan mata kasar kita.

Haa point ciktom suka dia punya muncung tu boleh laras nak OFF ke..nak SPRAY..atau nak STREAM…uish canggih sangat. So, tak risau anak ambik spray merata kalau dah OFF. hehe…

Ciera Eco-Friendly Hand Wash

Hand wash Ciera ni bau oren dia pure giler. Terus rasa nak makan buah oren. hihi.. Bau oren dia wangi berbeza dengan flavor oren produk lain. Lagi 1, ciktom suka pencuci tangan ni jenis tak berbuih banyak tapi dalam masa sama tangan bersih cuci walaupun tangan kotor berminyak. Produk banyak berbuih ni sebenarnya kurang elok sebab biasa ada SLS.

Lepas cuci pun tangan masih bau wangi oren tapi soft je.

Ciera Eco-Friendly Natural Hand Sanitizer

Yang ni ciktom suka sanitizer ni memang natural dan mesra kanak-kanak (kids friendly), bila anak ambil gosok kat tangan bau dia wangi soft je dan gosok2 terus cepat kering. Pakai kerap pun takde masalah tapak tangan jadi kering atau mengelupas. Memang berbeza sangat dengan sanitizer biasa guna tu kalau kerap jadi kering bila sapu tangan anak. Yelah takde claim kids friendly kan.

So, sekarang boleh setia guna hand sanitizer Ciera ni jelah pasni untuk anak. Dah la siap casing comel gambar kartun Panda. Anak bukan main suka sangkut kat handbag dia.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi di alamat :

NATURE PROFUSION SDN.BHD,
Block C-G-TG1, FRIM-MTDC Technology Centre II,
Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Kepong,
Selangor, Malaysia.
Telefon:
+603-62625776

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!