Contoh Aktiviti Rangsang Kemahiran Motor Kasar bagi Vestibular Sensory

Assalamualaikum dan salam sayang… Ciktom nak simpan sini sebagai kenangan posting facebook ciktom di group Speech Delay Malaysia (SDM) pada 23 Februari 2020.

Ahamdulillah selepas Adira mandi dan breakfast tadi. Ciktom sempat buat aktiviti merangsang motor kasar (gross motor skills) untuk adira. Ini contoh hasil gabungan ciktom buat aktiviti saranan dari therapist.

1. Panjat grill
2. Kutip dan angkat bola dengan kaki
3 & 4. Panjat kerusi dan cross kerusi
5. Panjat sofa
6. Meniti pada pemegang sofa (ala2 beam😂)
7. Melompat pada sofa (ala2 trampoline 😂)
8. Merangkak bawah kaki ibu (ala2 tunnel 🤣)
9. Turun naik tangga (tak ambil gmbr)
10. Main sepak bola (tak ambil gmbr)

Ulang cycles ni beberapa kali sampai adira dah stop tak nak buat. Ciktom buat tadi boleh dalam 5 round 🌞

Bila adira dah release energy, rehat kejap sebelum ciktom sambung buat aktiviti rangsangan motor halus (fine motor skills) pulak.

Sharing ni antara aktiviti untuk anak ciktom umur 2 tahun 1 bulan. Untuk masalah vestibular sensory (keseimbangan/gayat) dan flat foot.

Antara contoh ciktom buat aktiviti kemahiran motor halus (fine motor skills) adira 👉 Kompilasi Aktiviti Homeschooling Untuk Fokus Anak

#bolehgunabarangsediaadadirumah #practicemakesperfect #2y1m

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

One thought on “Contoh Aktiviti Rangsang Kemahiran Motor Kasar bagi Vestibular Sensory

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!