Wow Diskaun Sehingga 80% Lazada Super Beauty Day 10.10

Assalamualaikum dan salam sayang… Semalam tengok ramai kekawan up status di facebook sejak semalam tengah mengira countdown untuk Lazada’s Super Beauty Day pada 10.10.2018 iaitu jatuh pada hari ini la ye.

Ciktom sejenis mudah terpengaruh  dan kaki shopping online sudah  semestinya tak nak ketinggalan untuk shopping produk kecantikkan dengan harga super duper murah!Maklum la perempuan ni memang tak lari dengan fitrah semulajadi  nak nampak cantik selalu.

Jadi kalau dah nak cantik kena la keluar pelaburan sikit kan. Kalau selama ni rasa alah mahal la nak beli, ni la tips penting korang kena pandai  shopping waktu sale tau. Baru berbaloi-baloi.

Ciktom nak cantik untuk kepuasan diri sendiri dan suami pun suka. hihi…Korang tak nak cantik ke?

Lazada's Super Beauty Day, your first beauty moment!
Lazada’s Super Beauty Day, your first beauty moment!

Perghhh Diskaun Produk Kecantikan Sehingga 80%

Korang jangan lepaskan peluang untuk shopping pelbagai jenama produk kecantikan terkemuka dan bertaraf antarabangsa dengan harga diskaun kaw kaw sehingga 80%. Korang nak tahu antara jenama terpilih yang ada di Lazada’s Super Beauty Day termasuk jenama:

  • Urban Decay
  • AHC
  • NYX
  • Dove
  • Olay
  • Eucerin
  • Clinique
  • Biotherm
  • Neutrogena

Perghh… ciktom plan nak beli mask, lipmatte NYX dengan  scrub Neutrogena. Paw mintak suami belanja la macam ni. hihi..

Saja je tau Lazada ni nak bagi ciktom dan korang rambang mata. Siap ada banyak lagi tawaran menarik confirm korang pun berpinar-pinar mata nak pilih iaitu Flash Sales, Vouchers, Bundles and Buy 1 Get 1 Free Deals!

Offer Premium Beauty Box dari RM99

Selain tu, tawaran menarik untuk sesiapa tengah mencari hadiah untuk insan tersayang atau mencari barang hantaran  tunang atau  kahwin. Korang memang patut grab Premium Beauty Box dengan harga serendah dari RM99 sahaja. Kalau hari biasa atau beli di shopping mall tak sah harga dari RM200 ke atas tau. Jadilah pembeli yang bijak. Jom shopping waktu sale tau!

Jenama-jenama hebat yang pasti buat korang terlajak excited untuk grab ialah Shiseido, Clinique, M.A.C, Naked, Estee Lauder, Biotherm, Anna Sui serta banyak lagi!

Super Beauty Day Slash It! Game

Jom kita pakat download apps Lazada kat smartphone memasing. Kemudian baru best nak main Super Beauty Day Slash It! game untuk dapatkan harga lebih murah dan berbaloi-baloi. Meh ciktom ajarkan, caranya teramatlah mudah ye;

  1. Korang kena download & log in pada Lazada App
  2. Pilih produk yang korang nak beli atau slash di dalam katalog
  3. Jangan lupa kongsi invitations kepada kekawan bermain Super Beauty Day Slash It! game dan bantu slash produk pilihan korang tu
  4. Dah capai target slash, korang terus boleh beli produk tersebut pada harga yang super duper murah.

Wowww best sangat kan??

Untuk lagi details korang boleh tengok video step by step game Super Beauty Day Slash It!Game

Dah malas nak membebel panjang lagi. Nak sambung shopping. Jom shopping Lazada’s Super Beauty Day sekarang!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!