Gaya Terpaling KACAX dan Menang RXZ
Gaya Terpaling KACAX | Tahun ni kemain kalut geng emak-emak termasuklah ciktom nak uruskan keperluan keluarga dari sejak awal tahun. Dari persediaan masuk ke sekolah, persediaan puasa dan seterusnya raya. Memang banyak la jugak keluar duitnya bak air sungai laju mengalir.
Oleh sebab tu, ciktom memang dah siapkan awal urusan persiapan baju raya keluarga kami. Baju melayu dan kurta yang suami ciktom suka ialah brand KACAX.
Boleh dikatakan dah menjadi tradisi keluarga selepas berkahwin ni, kami akan beli baju di Butik KACAX ataupun JAMILAH.
Gaya Terpaling KACAX
Koleksi KACAX direka khas untuk anda yang ingin tampil berani, bergaya, dan penuh keyakinan. Sesuai dengan trdademark “Gaya Terpaling KACAX”, pakai kurta auto nampak KACAX tau! Suami ciktom memang pakai kurta setiap hari Jumaat ke tempat kerja. Suami kemain puji bagusnya kurta KACAX dia pakai langsung tak berkdeut walaupun pakai sepanjang hari,
Kurta KACAX Pilihan Keluarga Kami
Butik KACAX ni terletak di Tingkat 3 dalam Angsana JB Mall berhampiran dengan kedai buku Badan. First impression bila masuk butik Kacax sedap mata memandang tengok konsep minimalis moden dengan susunan kurta, baju melayu dan aksesori tersusun rapi.
Tengoklah dia dah rambang mata nak kurta warna light pink ke light purple. Cuba teka end up dia pilih warna apa?
Design kurta dan baju melayu pun uptodate dan moden. Kalau masuk tak rambang mata tak sah tau.🤣
Ada lebih 20 design kurta dan baju melayu dengan 50 lebih pilihan warna. Psst warna tema hot burgundy pun ada tau. Saiz yang dewasa ada dari XS-5XL dan kanak-kanak dari saiz 1-13.
Kualiti pakain KACAX terbaik dengan jahitan kemas dan material eksklusif pada harga yang berbaloi.
Kurta Kanak-kanak Matching Sedondon dengan Ayah
Selain kurta dewasa, terdapat juga pilihan kurta sedondon anak dengan ayah tau. Apa yang kami suka ialah Kurta KACAX ni diperbuat daripada material berkualiti tinggi. Bila suami pakai je terus rasa seronok sejuk macam nyaman dalam bilik aircond.
Material kain ni penting tau pilih yang high quality supaya selesa untuk kita pakai sepanjang hari. Lagi2 kami nanti nak beraya dari pagi sampai ke petang. Antara material yang digunakan ialah cotton linen, cotton osaka, cotton diamond dan banyak lagi.
Sedondon 1 family ada kat Butik KACAX ni tau. Nak cari untuk ayah, ibu, anak lelaki mahupun perempuan pun boleh tau. Tak payah susah nak pergi banyak putih nak sedondon. Puasa ni kan kesian anak-anak kena berjalan banyak tempat.
Sorry muka model baru lepas tidur, monyok sikit. hehe.. Korang just tengok pada kurta budak tu semua comel dan trendy tau. Kurta ni ada saiz dewasa sekali.
Ciktom suka koleksi kurta KACAX ni sebab material jenis tak panas dan ironless. Anak-anak nak pakai beraya dari pagi sampai ke petang pun selesa je. Koleksi kurta Indera semua 6 helai dari KACAX tau. Hehe.. Yelah tengok jelah design kurta dia pun stylo dan modern. Budak zaman sekarang pandai tau pilih nak pakai baju mana.
Jenis stripe ni kasi mood fresh dan nampak efek tinggi lampai kan?
Yang suami ciktom paling seronok sebab banyak pilihan design kurta moden yang ada. Semua design moden dan kontemporari tau. Sampai rambang mata dan berjam dia duk tilik mana yang nak beli. Adoii dia punya cerewet tu kalah ciktom yang perempuan ni tau kalau nak membeli.
Kat sini ada disediakan kerusi di ruang menungu, boleh ciktom relaks duduk dengan Adira sementara ayahnya sibuk membelek dan try fitting kurta yang mana berkenan dihati.
Peraduan Scan & Menang RXZ
Lokasi Butik KACAX

Instagram: https://www.instagram.com/kacax_hq
Tiktok: https://www.tiktok.com/@kacax_official
Whatsapp: 019-7341037
Sharing is caring