I don’t want to fall in love again


I don’t want to fall in love again. Iye itulah ungkapan omputih yang ku lafazkan apabila kali pertama putus cinta denganmu kira-kira 2 tahun yang lalu. Hidup mesti diteruskan. Alhamdulillah aku berjaya menghabiskan pembelajaran ku dengan jayanya walaupun pada semester yang aku putus cinta tue result ku jatuh tak sampai pun 3 pointer. Thanks pada keluarga dan rakan-rakan yang banyak memberi semangat untuk meneruskan pembelajaran tanpa seorang kekasih disisiku.
Walaupun begitu aku tak pernah berdendam dengan dirimu yang telah meninggalkan diriku untuk perempuan lain setelah hampir 3 tahun lebih kita bercinta. Aku pasrah dan sesungguhnya aku tidak pernah menyesal dipertemukan dengan dirimu. Malahan aku berterima kasih kerana berpeluang mengenali dirimu dan merasai apa itu cinta walaupun tidak berkekalan.
Aku juga telah berjanji mulai saat itu, aku tidak akan menangis kerana seorang lelaki. Ye aku memang seorang perempuan yang ego. Seorang yang ego untuk menitiskan air matanya di hadapan orang lain. Yang lebih rela menangis ketika berseorangan sehinggakan roomate ku sendiri tidak percaya bahawa ketika itu aku telah putus cinta.
Setelah beberapa bulan berlalu, dirimu kembali mahu menagih cintaku kerana bagimu perempuan yang dianggap boleh memberi kebahagiaan kepadamu itu rupa2nya tidak seindah yang dikau harapkan. Tapi kerana diriku yang ego setelah mendengar pelbagai kutukan darimu ketika hari kita berpisah dulu, tidak rela untuk menerimamu kembali walaupun ketika itu masih bersisa rasa sayangku padamu. Biarpun ramai yang memujuk untuk memberikan mu peluang kedua kerana berasaskan hubungan cinta kita yang telah lama terjalin. Namun, hatiku berkeras juga untuk tidak menerima dirimu kembali. Akhirnya cerita cinta kita bernoktah disitu dan pada saat itu jua. Terima kasih atas segala kegembiraan dan kesedihan yang dikau berikan selama ini.

***********************************

Hurm..walaupun ada yang cuba mengenali diriku selepas kembali keseorangan tapi tidak pernah aku layan melebihi seorang teman sehinggalah ku mengenali seorang lelaki yang degil dan keras kepala. Ya kamu memang seorang yang keras kepala walaupun sudah ku katakan semenjak dari awal bahawa aku tidak ingin bercinta lagi. Namun kamu tidak pernah berputus asa untuk cuba menawan hatiku. Dan ternyata usaha itu berhasil jua dan aku sedikit demi sedikit mula menyayangi dirimu.
Namun, perhubungan ini tiada ramai mengetahuinya dan dirimu ibarat “teman tapi mesra”. Aku kembali merasai perasaan merindui dan mencintai seseorang. Harapan aku hubungan ini akan berkekalan walaupun jauh disudut hatiku berat merasakan hubungan ini tidak akan berkekalan kerana dirimu dan diriku ibarat bumi dan langit begitu berbeza sekali. Segala-galanya tentang dirimu amat berbeza dengan diriku samada dari segi peribadi, perwatakan, pergaulan, hobi mahupun darjat. Dirimu juga terlalu banyak berahsia membuatkan aku makin tidak memahami dirimu.

Tapi kerana sayang ku pejamkan mata namun kini ku sedar aku dan dirimu tak mungkin bersama kerana kita terlalu berbeza. Mungkin persamaan yang ada hanyalah perasaan sayang dan cinta. Dan aku juga telah melanggar janji pada diriku sendiri untuk tidak menangis lagi hanya kerana seorang lelaki. Hampir setiap malam aku menangis mengenangkan ini semua. Di saat ini jika dikau membaca tinta ini, ku harap dirimu memahami dan ingin ku nyatakan perhubungan kita sampai di sini saja. Maaf ku tiada kekuatan untuk meneruskannya lagi. Ku doakan dikau berbahagia dan maafkan segala kekhilafanku selama ini. Ku gembira mengenali dirimu.


Ya Allah..Aku berdoa supaya aku tidak jatuh cinta lagi melainkan pada seorang lelaki yang betul-betul akan bergelar seorang suami buat diriku. Amin…

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

39 thoughts on “I don’t want to fall in love again

  • October 10, 2010 at 10:25 am
    Permalink

    saya berdoa agar satu hari nanti cik tom akan ditemukan dengan lelaki yang baik 🙂

    Reply
  • October 10, 2010 at 10:31 am
    Permalink

    semoga mendapat suami yang baik dan penyanyang nanti.

    🙂

    Reply
  • October 10, 2010 at 10:42 am
    Permalink

    smoga cik tom sabar ye. Allah pasti menemukan cik.tom dgn insan yg baik punya. Ezao pun tak nak gak dah jtuh2 cinta ni. malas nk lyn emosi lg daa. 🙂

    Reply
  • October 10, 2010 at 10:45 am
    Permalink

    kuatlah cik tom kerana mereka hanya dua warna berbeze yang berwarna dalam hidup cik tom dan cik tom akan terime warna yang lebih cantik dari mereke setelah tibe hari yg sebenarnye

    cik tom adalh the choosen one kerana dipilih untuk terime sume pekara~

    Reply
  • October 10, 2010 at 10:50 am
    Permalink

    insyaAllah…akan ada seorg lelaki yg benar2 ikhlas menerima diri cik tom seadanya..amin..

    Reply
  • October 10, 2010 at 10:52 am
    Permalink

    tom…this is real or…?hehhee..harap Tom tabah menghadapinya kerana apa pun perkara yang berlaku pada kita semua itu ada hikmah di sebaliknya..just believe in Karma..hehhee…

    Tom harus kuat dan tak mudah mengalah, takder maknanya kita mengharap cinta dari seorang lelaki yang tidak tahu menghargai kita sebagai pasangannya. ellen caya bahawa jodoh Tom dah tersurat tapi belum sampai serunya lagi…hehee

    Reply
  • October 10, 2010 at 10:58 am
    Permalink

    erkk sis ! tragis gak cinta sis ek…eheh
    xpe2…mybe si dia yg mgetuk pntu hati kali kedua ialah jodoh sis kott..mane tau…jodoh kn rhsia terbesar ALLAH..:)
    xpela xsame n berbeza..baru boring bile kawin ! eheheh

    Reply
  • October 10, 2010 at 11:04 am
    Permalink

    semoga terbuka hati ya ciktom 🙂

    Reply
  • October 10, 2010 at 11:38 am
    Permalink

    ni kisah sebenar cik tom ke?..sedih dan sayu nya bila baca entri ni..tabahkan hati cik tom, banyak dugaan bila bercinta ni, banyak2 bersabar, kumbang bukan seekor, satu pegi sepuluh yg dtg..hehe

    Reply
  • October 10, 2010 at 12:02 pm
    Permalink

    kite sama cik t0m…

    sebab putus cinta, result bawah 3..

    sedih3.. 🙁

    Reply
  • October 10, 2010 at 12:07 pm
    Permalink

    Cinta pada Allah adalah cinta yang kekal abadi..:)

    Reply
  • October 10, 2010 at 12:10 pm
    Permalink

    cik tom..
    bercinta bertahun2 bukan jaminan
    dia akan jadi suami kita..kan??
    akak dulu bercinta 5 tahun..tapi akak tinggal dia sebab mak dia tak best untuk akak.
    kenal suami ni,sebulan je..dia ajak kawen sampai sekarang kami bahagia..
    insyaallah…

    semoga cik tom bertemu dengan yang terbaik…

    Reply
  • October 10, 2010 at 12:31 pm
    Permalink

    moga cik tom tabah hadapi sume ni dan bertemu dengan orang yang betul2 memahami dan menyayangi cik tom..

    Reply
  • October 10, 2010 at 12:34 pm
    Permalink

    hampir sama…huhu…tu la…dah sakit hati dah…xmo jatuh cinta lagi until brjumpa dengan bakal suami.insyaAllah…cik Tom…jangan risau..mst ada dah..cma blm smpai masa la tu 🙂

    Reply
  • October 10, 2010 at 12:59 pm
    Permalink

    Ya Allah, Kau ketemukanlah gadis ini dengan jejaka yang telah Engkau tetapkan ya Allah.. lembutkanlah hatinya hanya kepada insan yang telah Engkau takdirkan untuknya.. Amin amin ya robbala'lameeennn..

    Reply
  • October 10, 2010 at 1:38 pm
    Permalink

    cik tom 🙁 rasa terharu baca post nih..rasa nak peluk2 je ciktom huaaa TT_TT

    Reply
  • October 10, 2010 at 1:42 pm
    Permalink

    sabar cik tom..
    jodoh semua di tangan Allah..
    sekarang cik tom buatlah apa2 aje yg boleh menggembirakan cik tom..jgn pusing2 pasal ini..

    hepi2 blogging..

    Reply
  • October 10, 2010 at 1:48 pm
    Permalink

    akak doakan yg terbaik..

    Reply
  • October 10, 2010 at 1:55 pm
    Permalink

    tom, aku boleh komen tak entri ni? hahahaaa

    Reply
  • October 10, 2010 at 2:20 pm
    Permalink

    erm..sbr je la…terharu gak baca nie..pandai ciktom berkata2..hihi..neway chill..apa yg berlaku pasti ada hikmah ye..but mmg single best!cam ifa..hihi..

    Reply
  • October 10, 2010 at 2:25 pm
    Permalink

    Weehuu.. Dua entri luahan hati.. Biarpun yang merajuk tak mcm mrajuk.. hehe.. Yang ni baru luahan hati yang sayu.. Me as a frenz can only say.. Love 4 da r8 one.. yang dah tercipta untukmu.. pngalaman mngajar.. btapa sia-sia erti kapel ni.. thumb up 4 u.. uish.. ayatku pun mcm sayu pula.. mcm mna nak bg skongan pompom boy ni.. hehe..

    Reply
  • October 10, 2010 at 3:16 pm
    Permalink

    cik tom.. tamau la sedih2.. u should know that u deserve a better person than him.. maybe someone is real created for u waiting 4 u out there.. be patient k.. insyaAllah! 😀

    Reply
  • October 10, 2010 at 3:19 pm
    Permalink

    kisah cinta ciktom…
    suatu pengakuan…

    hrp ciktom tabah erk.

    Reply
  • October 10, 2010 at 3:34 pm
    Permalink

    bagus tom kekalkan keegoan ko tu…kumbang x sekoq..ingat tuh..

    Reply
  • October 10, 2010 at 5:07 pm
    Permalink

    stuju dgn ciktom…

    p/s:br spesel tu…

    Reply
  • October 10, 2010 at 5:08 pm
    Permalink

    semoga cik tom dapat lelaki yang lebih baik ..
    walau terpisah seribu tahun.
    kalo ditakdirkan bersama..
    akn bersama jugak..heheh
    ayat novel

    Reply
  • October 10, 2010 at 5:48 pm
    Permalink

    be strong cik tom..zaman skrg ni tak dapat menjamin apa2…even da beranak cucu pon still cerai..apetah lagi baru mule2 nak berputik rasa..juz beringat, setiap yg berlaku ada hikmahnya..mungkin lebih kebaikkannya hidup bersendiri jauh dr dosa..semoga kamu dipertemukan "cinta" sepanjang hayat..amin~~

    Reply
  • October 10, 2010 at 9:51 pm
    Permalink

    semua tu ada hikmahnya.. selepas ini cik tom akn jumpa lelaki yg akan membawa kebahagian sehingga akhir hayat.. be happy..:)

    Reply
  • October 10, 2010 at 9:59 pm
    Permalink

    Cik tom sabor ye. .jgn la nangis ari2. .nanti ciktom tk chumel mcm tomato lg dah. .

    Reply
  • October 10, 2010 at 11:53 pm
    Permalink

    cik tom akan jumpa juga penggantinya satu hari nanti. jodoh pertemuan semua Tuhan dah tentukan 😀

    Reply
  • October 11, 2010 at 1:46 am
    Permalink

    semoga akan bertemu dgn mr right 🙂

    Reply
  • October 11, 2010 at 1:49 am
    Permalink

    Cik Tom, tak yah layan lew.. huhu… saya pon pernah gak kena hina sorang laki yang saya sangat respect.. skang ni sibok je nak mintak tolong ni pe semua.. huh! Tak ingin nak layan! heee.. marah ni…=P

    Reply
  • October 11, 2010 at 2:34 am
    Permalink

    aminnn ya rabballalaminn.moga yg terbaiik tuk dri kita dunia akhirat..

    Reply
  • October 11, 2010 at 2:38 am
    Permalink

    insya allah..cik tom akan jumpa yg terbaik…

    Reply
  • October 11, 2010 at 4:13 am
    Permalink

    Lelaki yg baik utk perempuan yg baik…
    smoga mendapatnya….

    Reply
  • October 11, 2010 at 4:09 pm
    Permalink

    cool down geng..jgn buat keputusan terburu-buru..anything u can share with me..urs truly fwen…

    Reply
  • October 11, 2010 at 5:12 pm
    Permalink

    be a strong girl dear!!

    Reply
  • October 12, 2010 at 3:13 am
    Permalink

    sedihnya bc luahan hati ni..
    kisah benar ke ni?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!