Iqa Nizam Muncul Single Baru ‘Angan Merintih’

Iqa Nizam Muncul Single Baru ‘Angan Merintih’ | Assalamualaikum dan Salam Sayang.. Baru-baru ini ciktom perasan ada ramai kawan-kawan share di facebook mengenai lagu single terbaru bertajuk ‘Angan Merintih’ nyanyian Iqa Nizam. Lagu ini telah dilancarkan pada 25 September 2020 yang lepas. Lagu dan lirik ciptaan sepenuhnya oleh El Hadam, kini boleh ditonton secara rasmi di Youtube. Sejujurnya ini kali pertama ciktom dengar nama penyanyi Iqa Nizam dan terus tertarik dengar keunikan suara penyanyi Iqa Nizam ni.

Ciktom cuba search biodata lengkap Iqa Nizam untuk tahu lebih lanjut mengenai Iqa tapi agak hampa. Jadi mula ciktom assume Iqa Nizam ini penyanyi baru tapi rupanya dia dah lama aktif menyanyikan lagu. Di Youtube ada lagu nyanyian Iqa Nizam sejak tahun 2018. Wow rupanya penyanyi Iqa Nizam ini popular di Indonesia. Malahan Iqa Nizam banyak berduet dengan penyanyi Thomas Arya untuk lagu slow rock. Ciktom suka dengar lagu slow rock Iqa, sedap!

Iqa Nizam Muncul Single Baru 'Angan Merintih'
Siapa Iqa Nizam?

Iqa Nizam ialah penyanyi di bawah naungan syarikat Insictech Musicland. Beliau banyak menyanyikan lagu berentak slow rock. Pasti ramai tertanya macam ciktom, Iqa Nizam orang mana? Yang ciktom dapat tahu Iqa Nizam ni artis kelahiran Malaysia tapi popular di Indonesia. Iqa Nizam ni pernah masuk I Can See Your Voice edisi Malaysia tahun 2018 tau. Masa tu Kaka Azraff ingatkan Iqa Nizam ni penyamar tapi silap sangkaan rupanya penyanyi sebenar! Sedap giler suara Iqa Nizam ni nyanyi live lagu Teka Teki (Maya Karin). Dia ni belajar muzik di KRU Academy tau.

Korang yang kaki karaoke boleh follow full lirik dan video lagu ‘Angan Merintih’ yang ciktom kongsikan di bawah ye.

Iqa Nizam Muncul Single Baru ‘Angan Merintih’

Lirik Lagu Angan Merintih

ANGAN MERINTIH
ARTIS : IQA NIZAM
LAGU / LIRIK:  EL HADAM

Verse 1:
Telah Tercipta, Saat Dirasakan Tiba
Menjunjung Nikmat Bahgia Tanpa Duga
Namun Terselit Sesuatu
Yang Menyakitkan Tanpa Segan Silu

Pre chorus:
Mana Mungkin,
Ku Kan Menjadi Sasaranmu Lagi
Kerana Ku Tahu Kau Hanya Membuatku
Ku Berangan Dalam Beradu-!!!

Chorus 1:
Disaksikan Bulan Indah Cantik Mengambang
Temani Hatiku Sepinya Dibunuhmu
Bicara Katamu Membuatku Akur
Kisah Tersimpan Hanya Mimpiku

Verse 2:
Biar Sakit Dalam Diri Ku Sendiri
Takku Biar Mereka Menangis Untukku
Kerana Ku Yakin Disebalik Kisahku
Tersimpan Harga Tiada Ternilai

Official Music Video Angan Merintih – Iqa Nizam

Kat bawah ini, Official video lagu Angan Merintih yang dinyanyikan oleh Iqa Nizam, lakon layar bersama Fimie Don dan Raden Zaharadul.

Kalau korang berminat dengan lagu dan suara Iqa Nizam boleh dengarkan juga di platform digital seperti Spotify, Joox, iTunes dan banyak lagi di bawah;

Online Music Store: http://www.i-musicland.com
Spotify:
https://open.spotify.com/album/5OLPulAgzgNWWadgohYnQS
Joox: https://www.joox.com/my-en/album/bnJ3QBXmSF4yMLtWGQEM8Q==
Apple Music/iTunes: https://music.apple.com/my/album/angan-merintih-single/1533050889
Deezer: https://www.deezer.com/us/album/174906392
Akazoo: https://www.akazoo.com/album/27755405/thomas-arya—iqa-nizam–slow-rock
KKBox: https://www.kkbox.com/my/ms/album/wGaayIRHqNiFo0F5HRnZ009H-index.html
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSmVQcEQ/

Subscribe & Follow Us: https://www.youtube.com/channel/UCl_X1mJlL17ZihSlgK_bgEg

Aktifkan nada pemanggil ini dengan cara berikutnya:

MUAT TURUN NADA DERING

Maxis CallerRingtones — Dial *131*669926# tekan Call/Hantar
DiGi CallerTunes — Dial *233*1373151# tekan Hantar/Call
Celcom CallMeTones — Dial *323*738750# tekan Call/Hantar
U Mobile ColourTones — Taip CRM 10051619 dan hantar ke 28383

Album : Iqa Nizam – Angan Merintih
℗ & © 2020 INSICTECH MUSICLAND SDN BHD
Publishing: MEDIA ASIA PRODUCTION SDN BHD

#IqaNizam #AnganMerintih #InsictechMusicland #ICSYVMY #slowrock #Indonesia #malaysia #izinkan

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!