Jadual RapidKL Bas Wanita| Lebih Selesa Dan Selamat

Cik tom ada ceritakan mengenai Rapid Bas Wanita (Rapid KL) Lebih Selamat Lebih Selesa. Bas RapidKL ini khas disediakan untuk golongan wanita sahaja dengan menggunakan tagline “Lebih Selesa, Lebih Selamat”. Sebelum ini, rapidKL telah buat percubaan di 7 lokasi bermula pada tarikh 1 Disember 2010. Dan alhamdulillah respon yang diterima mengalakkan dan pihak RapidKL telah melaksanakan inisiatif dengan menambahkan dengan 8 laluan baru. Bas RapidKL Khas Untuk Wanita ini akan melalui 15 laluan terpilih sahaja setiap hari. Ianya adalah pilihan samaada wanita boleh pilih nak naik bas khas ini atau naik bas biasa yang bercampur lelaki dan wanita.

Kalau korang nak naik bas khas ni, korang kena tengok perkataan yang tertera pada cermin depan bas tertulis ‘BAS WANITA‘. Dua perkhidmatan disediakan bagi setiap laluan di waktu pagi dan petang. Bagi perjalanan di sebelah pagi untuk penumpang wanita ke tempat kerja, ia akan berlepas pada jam 6.45 pagi dan 7.30 pagi manakala di sebelah petang untuk penumpang pulang selepas bekerja, ia akan berlepas pada jam 6 petang dan 6.45 petang.

15 Laluan Terpilih Laluan Bas Wanita adalah bas yang bernombor :
1) U6 dari Taman Jasa Utama ke Medan Pasar,
2) U31 (Pandan Indah ke Maybank Puduraya),
3) U46 (Damai Perdana ke Bukit Bintang),
4) U66 (Taman Medan ke Pasar Seni),
5) U68 (Taman Sentosa ke Pasar Seni),
6) U82 (Bandar Utama ke KL Sentral),
7) U224 (Taman Dato” Senu ke Pasar Seni),
8 ) U623 (Stesen LRT Kelana Jaya ke Subang Parade, melalui Sunway Pyramid).
9) U1 (Hab Pinggiran Batu Caves ke Medan pasar,
10) U8 (Hab Damansara Damai ke Medan Pasar),
11) U22 (Hab Sri Nilam ke Jalan Hang Lekiu),
12) U40 (Hab Terminal Kajang ke Pasar Seni),
13) U60 (Hab Puchong Utama ke Hab Pasar Seni),
14) U80 (Hab UiTM Shah Alam ke Pasar Seni); dan
15) U81(Hab Subang Suria ke Hab Pasar Seni).

Cik tom paling setuju sebab bas U80 laluan antara ke Shah Alam dan Pasar Seni pun ada disediakan bas rapid wanita ni sebabnya ramai student UiTM yang suka naik bas U80 time nak pergi ke KL. Antara sebab lain, perkhidmatan Bas Wanita dilaksanakan adalah untuk memberi ruang yang selamat dan keselesaan kepada pengguna wanita untuk menaiki bas terutamanya pada waktu puncak. Kerana diketahui waktu puncak ramai lelaki dan wanita menaiki bas dan banyak berlaku insiden serangan seksual di dalam bas.

Bagi menghindari perkara ini berlaku, pihak RapidKL telah mengambil inisitif bijak dengan melaksanakan RapidKL versi wanita. Syabas diucapkan. Berdasarkan respon daripada survey yang dijalankan kepada 1400 orang, 92% daripadanya bersetuju dengan pelaksanaan Bas RapidKL Wanita ini. Semoga ia akan terus dilaksanakan dan akan ada pertambahan laluan lain pula pada masa akan datang.

Sumber: RapidKL

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

38 thoughts on “Jadual RapidKL Bas Wanita| Lebih Selesa Dan Selamat

    • May 13, 2011 at 9:30 pm
      Permalink

      memang bagus…boleh elak perkara yang tak sepatutnya antara perempuan dan lelaki..

      Reply
  • May 12, 2011 at 12:50 am
    Permalink

    salam…

    hai cik tom apa khbar ? sihat ker?

    wah rindunya saya dah lama tak turun KL..jalan3 jalan tar..hoooo..

    ada wanita bru selamat geeeee 🙂

    Reply
    • May 13, 2011 at 9:29 pm
      Permalink

      salam suri..semalam demam..arini alhamdulilah sihat…ciktom pun rindu KL..minggu lepas pergi kejap je untuk interview..pastu terus balik..tak sempat jenguk2 KL..hehe

      Reply
  • May 12, 2011 at 12:50 am
    Permalink

    Bagus juga.Tapi,bagaiman pulak dengan lelaki.Eloknya,bas yang 2-2 boleh masuk tu diutamakan kepada lelaki.
    Jom baca entri terkini haiqal …Tips Blog-Siri PertamaMy Profile

    Reply
    • May 13, 2011 at 9:27 pm
      Permalink

      bagus jugak cadangan haiqal tue..boleh usulkan kat pihak rapidKL..

      Reply
  • May 12, 2011 at 1:08 am
    Permalink

    bagus la mcm tu. jgn jd macam komuter koc untuk wanita dah. lelaki ramai gilerrr terlepas masuk. bnci tol. xreti baca ke apa signboard tu. sengih2. bnci2. hahaha. emo lak.
    Jom baca entri terkini mish …Sekali SekalaMy Profile

    Reply
    • May 12, 2011 at 6:33 pm
      Permalink

      haha…untuk bas, yang terlepas masuk mungkin driver bas je kot… :p

      Reply
    • May 13, 2011 at 9:27 pm
      Permalink

      sabar mish..tue konpem ada yang jaga tue tak perasaan..biasa kalau diorang perasaan memang kena halau lelaki ni..huhh

      Reply
    • May 13, 2011 at 9:26 pm
      Permalink

      hehe..ciktom pun still terbayang2 kenangan naik bas sesak time study uitm shah alam dulu..hik3

      Reply
  • May 12, 2011 at 2:18 am
    Permalink

    hnestly, sy tak pernah rasa pengalaman naik bas sesak2 ni. teringin plak

    Reply
    • May 13, 2011 at 9:24 pm
      Permalink

      hehee..pelik la wak ni…orang lain xnak naik bas sesak2 sebab terseksa tau..kalau teringin try la pi area shah alam..konpem sesak..kui3 ;p

      Reply
  • May 12, 2011 at 2:19 am
    Permalink

    harap2 lepas ni kaum hawa dapat keselesaan sepenuhnya…..

    Reply
  • May 12, 2011 at 10:08 am
    Permalink

    Uuh,, nak try naik lah. boleh? ouch (kena pukul pakai penyapu oleh cik tom)

    Reply
    • May 13, 2011 at 9:19 pm
      Permalink

      haha…cuba la naik kalau teringin rasa penyapu..kui3

      Reply
    • May 13, 2011 at 9:00 pm
      Permalink

      yup betul tue..lebih selesa dan juga lebih selamat..

      Reply
    • May 13, 2011 at 9:00 pm
      Permalink

      aik tak pernah naik driver perempuan?ciktom dah pernah naik..ok je..

      Reply
  • May 12, 2011 at 11:33 am
    Permalink

    lamo doh tok naik bas gini..huhu

    mmg serik naik bas yg campur2 mcm sardin tu..
    ada lak yg amik kesempatan meraba2..da la byk hak busuk tiok..hehe

    kalu buat bas gini..selamat sket..
    Jom baca entri terkini sarahnajwan …-DURIAN ISI TERUS-My Profile

    Reply
    • May 13, 2011 at 8:59 pm
      Permalink

      betul akak..naik bas camni selamat..xde la kes amik kesempatan raba meraba..huhu

      Reply
  • May 12, 2011 at 12:33 pm
    Permalink

    lama jugak dah tak naik bas. tak suka bila berebut-rebut, kalau lelaki gatal, memang pijak je kaki dia, pastu wat donno. rapid nih kalau kat bandar besar dan kawasan padat penduduk ok la diorang buat camnih.
    Jom baca entri terkini eiela …Mozilla Firefox 50 – Kekurangan Firefox 50My Profile

    Reply
    • May 13, 2011 at 8:31 pm
      Permalink

      aah rapid ni buat kL dan pinang je setakat ni..memang kawasan padat penduduk..tertunggu jugak bila nak buat satu kat terengganu jugak satu hari nanti…hee

      Reply
    • May 13, 2011 at 8:28 pm
      Permalink

      yup orang lelaki tak dibenarkan naik bas ni..hanya untuk golongan wanita je..hee

      Reply
    • May 13, 2011 at 8:22 pm
      Permalink

      driver laki kot sbb driver perempuan susah nak cari..cik tom pernah naik driver perempuan…tapi sekali je…huhu

      Reply
  • May 12, 2011 at 9:41 pm
    Permalink

    bila kat penang nak buat gini ye??
    kan bagus satu malaysia ikut..kan??

    Reply
    • May 13, 2011 at 8:19 pm
      Permalink

      tue la akak…kat terengganu pun takde lagi..ciktom tertunggu jugak bila la kat terengganu…yup lagi bagus satu malaysia 😉

      Reply
  • May 16, 2011 at 2:20 pm
    Permalink

    Eh…CT dok kat KL ke Terengganu ni.

    Info yg boleh dimanfaat oleh sesiapa yg menggunakan perkhidmatan ini. Akak dah lama tak naik bus sejak 5 tahun beli kereta sendiri. Sebelum ni macam2 dugaan dihadapi sepanjang menaiki public transport ni. huhu. Sakit hati kalu dikenang2 kembali
    Jom baca entri terkini mekar …Akibat Tersalah Masuk KeretaMy Profile

    Reply
  • June 15, 2011 at 11:48 pm
    Permalink

    sye nk buat aduan..tp xtau kt mne laman web bas rapid ni…mlm2 mmg susa nk dpt bas…tp bile ade bas tu..sile2 la ikot jadual…mule2 10.20 mlm..pstu tibe2 da jd 10.14 mlm…kelam kabut sye nk siapkn keje…ni ari ni..sye tunggu bas kul 10.10 mlm agi…tup2 bas langsung xde..ape hal ni…sye esok pon keje..mau pengsan tau x…mne la sye ley wat aduan cmni…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!