#Throwback2013: Jalan-jalan Tengok Rusa di Deerland, Pahang
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….
Lepas cik tom habis jalan-jalan tengok gajah di Kuala Gandah, cik tom dan kawan-kawan drive menuju ke Deerland di Lanchang, Pahang. Dekat je dengan pusat konservasi gajah tue. Yang Deerland ni kawasan mini zoo kawasan persendirian (private). Cik tom ada jumpa owner ni time kat sana sana tapi tak sempat nak bergambar atau berbual. Dia tengah sibuk renovate kawasan deerland ni. Kawan bagitau ownernya memang peramah orangnya kalau diajak berbual.
Oleh sebab Deerland ni kawasan persendirian. Sebelum masuk, kena bayar dulu untuk tiket masuk dan dapatkan pelekat. Time cik tom pergi ni simple je pelekatnya yang bulat dan tulis dengan marker huruf “D”. Tengok orang lain cerita dalam blog time diorang pergi dapat sticker yang cantik jugak. hehe… So, kitaorang amik sticker ni lekat kat tudung.
Bayaran yang dikenakan ialah RM6 untuk dewasa (dikira 12 tahun ke atas) dan RM3 untuk kanak-kanak (3 tahun ke bawah percuma). Cik tom ke sana berempat so total RM6 x 4orang=RM24. Selain dapat pelekat, kitaorang dapat 1 kupon makanan ubi keledek untuk bagi makan rusa.
Surrounding kawasan Deerland ni agak gelap sebab banyak pokok tinggi. So, kalau ada anak2 yang sensitif kulit tu better bawak mosquito repellent.
Nanti dah masuk ke dalam akan ada kaunter kecil untuk tukarkan kupon. 1 kupon tue kitaorang exchange dapat 2 bakul kecil ubi keledek. Perggh bila masuk terus nampak banyak giler rusa! Rasanya lebih dari 30 ekor rusa. Ada pelbagai jenis warna rusa cuma cik tom tak sure je jenis rusa ni takde label atau tourist guide. hehe.. Burung unta pun ade jugak kat sebelah kandang rusa ni.
Suasana kat sini memang gamat dengan suara rusa duk bersahut-sahutan menjerit. Bunyinya agak kuat dan nyaring. Seram jugak dengar. haha…
Rusa ni bila dah tengok tangan kitaorang pegang ubi keledek, terus semua berlumba terkam kitaorang nak makan keledek. Cik tom pelik jugak tengok yan ni tak bagi pun makan kat rusa. Yan suh kitaorang je bagi makan rusa. Katanya dah biasa datang sini. Pastu apa lagi terus iman paksa yan bagi rusa makan. Rupa-rupanya yan ni takut gak. hik3..
Tirah sakan gelak bila tau Yan ni takut rusa nak gigit time bagi keledek tue. hihi.. Tapi cik tom pun rasa agak takut nak bagi rusa ni makan sebabnya rusa-rusa ni terlampau agresif!! Sampai nak lompat pagar dan panjangkan leher nak makan keledek yang kitaorang hulurkan tue. Tengok gaya macam tak makan 10 hari pun ade. haha..
Next lepas dah habis semua ubi keledek tue terus rusa-rusa tue buat derk je kat diorang. Eleh tau la tue dah abis ubi keledek tue boleh beransur-ansur pi tengok haiwan lain pulak. Kat sini bukan ada rusa je tau. Deerland ni dah ala-ala mini zoo ada banyak haiwan lain. Ada pebagai jenis burung; burung merak, burung unta, burung puyuh, ayam, arnab, ular sawa, kucing hutan, cerpelai dan banyak lagi haiwan pelik yang tak biasa cik tom tengok.
Cik tom tengok kucing hutan tapi 2 ekor kucing ni tengah tidur pulak time cik tom gi melawat ni. Salah timing agaknya.
Kemudian, kitaorang jalan-jalan lagi tengok burung merak warna-warni dan juga burung merak warna putih. Tapi gambar tak amik sebab handphone dah ter”off” abis bateri. huhu… Ada macam-macam jenis burung yang unik dan tak pernah tengok.
Next pergi kat hedgehog. Ada staff deerland yang bagi kitaorang pegang hedgehod. Geram tengok ada 8 ekor hedgehog a.k.a landak kecil yang cute! Duri pun cam comel je kecik. Bila sentuh tak tajam pun. Teringi pulak nak bela hedgehog. ngee~
Yang ni gambar last amik kat Deerland. Ni pun amik guna kamera handphone yan. Handphone cik tom kan habis bateri. Takpelah asal boleh bergambar dengan ular albino. Time pegang ni rasa melekit dan lembap je kulit ular ni.
Diorang suh cik tom pegang sekor ular terus tapi dah try memang berat giler! Tak mampu cik tom nak pegang sorang2. Mintak abang staff ni tolong pegang kepala ular sebab yang lain tak berani. hihi..
Kalau nak cari tempat menarik di Pahang ni bersama kawan-kawan cik tom memang rekemen korang datang ke sini. Memang best! Ala-ala back to nature gitu!
Semenjak kerja kat Pahang ni banyak gak tempat dah cik tom berjalan. Yang dalam wishing list pun banyak cam trip hiking ke gunung senyum (dah pernah pergi), gambang water park, bukit fraser, janda baik. hehe.. Memang banyak tempat menarik kat Pahang ni. InsyaAllah akan datang cik tom akan share cerita jalan-jalan cik tom ke Cameron Highland pulak. ^.^
Sepanjang bulan Disember 2013, blog ciktom[dot]com akan menyiarkan slot #Throwback2013 bagi melangsaikan segala entri yang banyak tertunggak di dalam draft sepanjang tahun 2013 terutama entri berniche personal.
Sharing is caring
tak geli ke bergambar dengan ular
Jom baca entri terkini faizal …Punca Kematian Pelajar Hafiz 20 Juzuk
Besar betul ular Albino.
Jom baca entri terkini akubiomed …Girang bermain layang-layang di pantai Klebang Melaka
kalau saya mau jugalah lari cik tom saya geli sangat dengan ular ini
wah bergambar dgn ular… cayalah cik tom.
Jom baca entri terkini Hairul Hissam …Cara Tambah Pendapatan Sampingan Dgn Bisnes Makanan. Kisah Kejayaan Abang Azhar.
kalau ada orang boleh lagi berani kalau seorang mahu jugalah kecut perut.
kucing hutan ni kira macam rimau jugak la kan.. siang waktu dia tido. malam plak waktu dia aktif.
Jom baca entri terkini Amran …Remaja buru cinta
memang kebanyakan haiwan akan aktif waktu malam siang tidur..kalau pergi zoo selalu tengok mereka tidur sahaja
Besar betul ular sawa kuning tue. Biasa perempuan takut nak pegang ular.
kucin hutan tu comel ka
Jom baca entri terkini faizal …Wordless Wednesday # 7 10 Petua Ceria.
kucing hutan tu comel kan?
Jom baca entri terkini faizal …Wordless Wednesday # 7 10 Petua Ceria.
asal cik tom tak bawa balik boleh muat masuk dalam beg tangan
wahhh…hari melawat haiwan seduania gitu. bawak budak2 kecil ni mesti suka. yang besar pun nampak seronok 🙂
Jom baca entri terkini Naimah Wahab …Konsep 3B; Cara Optimum Untuk Kurus
woo beraninya gendong ular cik tom 🙂
Jom baca entri terkini onlajer …Kerajaan Kempen Anti Rokok Mu Gagal
cik tom tak geli ular..geli dengan ulat bulu je..
gendong ular tak apa bukan gendong manusia hu bahaya
nasib baik ular tu tak lapar.
Jom baca entri terkini titan …Minta tolong.
kalau ular tu lapar konpom cik tom xdan dah nak cerita dalam blog..huhu
haaa.. tahu tu ular mood tengah baik
Best dah lama tak tengok binatang-binatang comel ni…tapi ular tu takut lah cik tom!!!
Jom baca entri terkini raudzah …WW # 9 : Jam Alba Untuk Semua!!!!
nati sis boleh luang masa jalan2 ke Deerland ni..memang best!
ular ni dah kekenyangan..duk diam je masa cik tom pegang..hik3
Emm memang ciktom berani!!!eeee geli arrrr
Jom baca entri terkini Hafizul …Pendapatan Kelima Dari Panduan Menjahit Baju
pk ada masa boleh cuba gaya lain pula
jangan saya seorang geli pada ulau hiiii
Jom baca entri terkini suri …Kemaruk Pada Maplestory season 2- Hayato And Kanna
ada bawa rusa tu bawa blik tak cik tom uik?
Jom baca entri terkini suri …Kemaruk Pada Maplestory season 2- Hayato And Kanna
hai rajinnya cik tom berjalan dengan rakan-rakannya.cam kita jauh nak jumpa kawan susah sebab ramai dah kawin huhu…duduk jauh ada juga…alahai…
Jom baca entri terkini suri …Hadiah Menyegat Cara Membuat Bun Pau Dan Pizza Dengan Selamber Jer
beruntung ya Cik Tom bisa jalan jalan terus
kalo aq masih susah nih
🙂
Jom baca entri terkini melly …Tips Membesarkan dan Mengencangkan Payudara Secara Alami
apa susah rezeki ada lebih badan siha boleh sahaja berjalan heee tak perlu susah hati ya.
Rusa2nya sangat cantik …
Ya Allah ada ular sebesar itu di sana. Berani sekali, kalau saya sudah pingsan tu mbak …
Jom baca entri terkini Rina …Create CSS3 Animation Webpage Using Animation And Transform Effects
kalau pengsang say aboleh jiruskan air di muka aja