Jari Jemari Kaku.. Lidah Kelu Untuk Berbicara…
Assalamualaikum dan Salam Sayang buat semua pelawat blog ciktom.com…. Perghh sudah 2 bulan lebih blog ini sepi tanpa sebarang update. Last artikel publish dalam blog ialah pada 19 Februari 2013. Memang nampak tahap kemalasan kerajinan penulis blog ni. hehe ^_^
Terima kasih pada yang masih sudi berkunjung ke blog ciktom. Banyak masalah yang timbul yang menyebabkan jari jemari kaku.. Lidah kelu untuk berbicara di dalam blog. huk3.. Otak pun jadi tepu je setiap kali jari jemari cik tom mula nak menyentuh keyboard laptop. Entahlah banyak sangat perkara difikirkan kot.
Yang paling sedih ialah laptop cik tom rosak awal bulan 3 yang lepas dan masih belum siap diperbaiki oleh abang cik tom. Tapi cik tom dah suruh hantar je kat kedai senang cerita. Lambat pulak nak tunggu dia baiki. huhu… Buat sementara ni, alhamdulillah kak ipar ciktom yang baik hati sanggup berkorban bagi cik tom pinjam laptop dia dulu. Terima kasih kak ngah!
Kekangan kerja yang melambak dengan terpaksa mengajar subjek baru iaitu organic chemistry dan instrumental analysis pada semester lepas memang banyak bagi impak dalam hidup ciktom. Seawal 4.30 pagi, cik tom akan bangun study untuk preparation lecture keesokan harinya. Kalau time study dulu camni, confirm dean list every sem. hehe… Tapi ape pun pengalaman mengajar ni memang menyeronokkan kerana dapat mendidik anak bangsa dengan harapan mereka akan menjadi manusia berguna satu hari nanti. InsyaAllah…
Seindah PelangiKredit: mengejar pelangi
Macam biasa.. masalah dalam perhubungan pun banyak main emosi dan perasaan sehingga hilang mood nak buat perkara lain. Alhamdulillah walaupun kadang-kadang hati ni jadi tak tenang dan perasaan kacau bilau. Tapi bila dahi kembali sujud ke hadrat Ilahi, ianya kembali tenang dan rasional untuk buat keputusan apa yang terbaik untuk hidup.
Erm.. dalam kesibukan tak update ada 3 jemputan event yang terpaksa cik tom tolak kerana jarak tempat dan waktu yang tidak sesuai. Selain pengiklanan jenis advertorial yang terpaksa ditolak. Maaf ye.. Bukan memilih tapi ada sebab yang tak dapat dielakkan. Sayang memang sayang tapi insyaAllah rezeki ada dimana2. Mungkin kali ini bukan rezeki cik tom tapi ianya membuka peluang pintu rezeki kepada rakan-rakan blogger yang lain. InsyaAllah untuk masa akan datang, cik tom akan cuba perbaiki dalam cara pembahagian masa untuk blog. Jangan serik untuk bekerjasama akan datang dengan cik tom ye. 🙂
Kredit: Ana Jingga
Cik tom minta maaf juga pada email rakan2 atau pelawat blog yang terlambat balas/ terlepas pandang untuk dibalas. Jika ada apa2 yang dah cik tom janjikan pada korang tapi masih belum ciktom tunaikan samaada hutang dari segi hadiah, wang tunai, entry atau apa saja. Harap korang boleh inform tolong remind ciktom. Cik tom bimbang ada yang terlupa. Untuk reward top komentar bagi bulan 3 dan 4, cik tom mansuhkan dan cik tom mulakan balik pada bulan 5 ni.
Norma hidup setel satu masalah muncul pulak masalah lain. Tapi itulah yang dikatakan dugaan dalam hidup tanda Allah sayangkan hambaNYA. Dan Allah takkan menguji sesuatu diluar dari kemampuan hambaNYA. Cik tom percaya setiap satu ujian yang diberikan, titisan air mata ditumpahkan itu menyebabkan kita menjadi semakin kuat dan cekal untuk meneruskan hidup mendatang.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu. Boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu.” -Surah Al-Baqarah: 216-
Sharing is caring
Wah 2 bulan tak update ye.. Hehe lama tu 🙂
Jom baca entri terkini Nabeel Fikree …Tips : Dapat Idea Untuk Update Blog
nak wat camane..tuan blognye rajin sgt…hik2
Powerla Cik Tom ajar org chem..Takpe boleh start update balik blog.
Jom baca entri terkini CutiMalaysia …Contest Blog Travel Cuti Malaysia & iGotravel.my : Hadiah Keseluruhan LEBIH Lumayan. Bernilai RM 1500++
ni duk up balik mood berblog..hehe
Mungkin dah masanya tukar laptop pada yang baru,
Jom baca entri terkini Oneblogsocial …Cara Membina Blog WordPress Menggunakan Softaculous
laptop tue baru lagi jgk..baru guna dalam 2tahun..rosak sbb bukan lama tp tuannya lasak sgt guna..huhu
wah lama jugak ciktom sepi tanpa berita. tapi saya selalu singgah.
Jom baca entri terkini hatiputera …Iron Man 3 Games Di Android
thanks sudi singgah walaupun blog lama tak terupdate..hee
Lama juga tu 2 bulan blog menyepi
Jom baca entri terkini wazy …Komisyen Keempat Dari Postlinks
harap2 pasni xjd camtu lg..huhu..
lamanya merajukkk..
Jom baca entri terkini titan …Contest Review Tak Terkalah.
Lepas ni jangan la buat cik tom merajuk lagi..hahahaha
Jom baca entri terkini Hafizul …Cara Buat Akaun Paypal
hahaa….xde ek nak merajuk dgn titan..
gua tak buat apa-apa. dah dia kuat merajuk. lalalaaa…
Jom baca entri terkini titan …Seksyen Tujuh.
alaaa kalau merajuk pun bukan ada org pujuk..haha..
Nampaknya mcm2 yg berlaku selama 2bln ni.
Apapun, semoga hari2 mendatang cik tom lebih ceria dan tenang.
Jom baca entri terkini Ujie …Menjejak Laluan Bukit Putus Lama
yup sperti pasir pantai mana tak dilambung ombak..hee…thanks ujie 🙂
lamanya tinggal blog ni ciktom..sekali tulis terus panjang terus..hehe
Jom baca entri terkini afif …Kelebihan Tambah Like Di Fanpage dan Caranya
lepas gian menulis..hik3 ;p
Akhirnya terjawab segala persoalan…Alhamdulillah, selamat kembali. Semoga segala urusan dipermudahkan Allah…Insyaallah
insyaAllah..thanks 🙂
Lama betul ciktom menyepi. Pasti sekarang ni telah dapat mood untuk berblog semula.
Jom baca entri terkini Hazmin Hamudin …Menang Tender
berehat seketika..hehe…aah hrp dpt konsisten berblog..
salam ciktom,
adat blogging mmg begitu.. adakalanya kita akan ‘senyap’ seketika… tp x bermakna senyap terusss kan?
moga2 problem ciktom semua tu akan berjaya diatasi dgn jaya… amin 😉
Jom baca entri terkini Ummi Hanie …Menang iPad, iPad Mini dan wang tunai dengan mudah
wslm sis..yup btul tue..kdg2 snyp bg ms n ruang bg utk diri berehat skjp..hee
Berilah masa untuk hati tenang semula. Sibukkan diri dengan menulis. Insyallah ia akan jadi terapi hati yang duka. Heheh.. memang sangat lama tak update. Agaknya google bot masih kenal lagi ke tak blog ciktom nih.
Jom baca entri terkini Cikgu Hairul …Asal kita hina, tetapi kenapa kita suka menghina?
hehhe..masalahnya nak menulis pun busy sebelum ni…
aah lama 2bulan lebih..entahlah tapi selama ni pun google bot kenal ke blog ciktom?hihi..
yeay.. cik tom dah kembali.. selamat kembali cik tom!!!
thanks..hee
pergghhh.. bangun 4.30 pagi utk review.. mmm, bagus preparation cik tom. leh ar solat malam terus.. ya tak?
Jom baca entri terkini ishak …Kenapa Mesti Ada Medical Card – Bahagian 2
yup..tue kelebihannya 🙂
sama mcm akak la..mood nak update blog dah macam yoyo…sibuk sangat dengan baby..tak sempat nk layan blog mcm dulu..tunggu la setahun lagi ke.insyaallah kembali aktif mcm dulu…
xpelah akak..nanti kl xbusy kita sm2 update blog..kl dh busyn ada komitmen tu xkan nak paksa plk kan..utamakan apa yg penting dl..
Welcome back Cik Tom.. 🙂
Moga semuanya baik2 aja.. Amin
Jom baca entri terkini penjejak mimpi …10 Prinsip Hidup Luar Biasa..
insyaAllah amin..thanks dear.
wah..lamanya cik tom menghilangkan diri..apa-apa pun.. saya nak ucapkan selamat kembali !
Jom baca entri terkini halim …Cara Nak Buat Fan Page di Facebook (FB)
thanks..hrp pasni lg rajin..hehe 🙂
welcome back ciktom. lepas nih bleh la update blog lagi.
insyaAllah yunk..sama2 kita update blog..hee
eh br prasan tukar url blog ek..
patutla.. x gerak2 news feed kiter.. dia senyap je..
hehe..insyaAllah ni tgh aktif balik 🙂
janganlah bersedih kami ada masa kami dtg sini heeee
terima kasih suri syg 🙂
cepat2 tgok laptop rosak tu klu depa lmbt baiki ckp sy nak guna cpt nak jana wang dr blog heeee
hehe..terbaik jwpn yg suri bg tue..
selamat kembali cik tom 😀 hik2 sukanya cik tom dah kembali update
Jom baca entri terkini Cik Lisa …Wordless Wednesday – Trafik Bulan April
tq dear…bagus tgk byk perubahan baru blog adik lisa 🙂
2 bulan lama juga tuh. Perkara yang tidak dirancang berlaku.
Jom baca entri terkini akubiomed …Baby Aslah aksi Kiyomi Gwiyomi
yup byk perkara berlaku..dan terpaksa fokus pada perkara yang lebih penting..
ramainya peminat ciktom… 😀
Jom baca entri terkini FaizAlias …Buat Duit Automatik Dengan Blog
haha..mana ada peminat..silap org ni..
yeah selamat kembali cik tom
Jom baca entri terkini onlajer …Menangi Hadiah Dari Tanah Arab
tq onlajer 🙂
lamanya ciktom tak update blog mesti ada yang rindu..hehehhe.. saya dah mula rindu ni .. 😛
Jom baca entri terkini syaifuddin alias …Eksklusif : Gambar Bakal Isteri Jehan Miskin
thanks…hee…syg mana pergi domain n entry blog lama?
mesti byk cerita nk tulis ni since dh lama xupdate kan??? hihi
Jom baca entri terkini Affieza …PERHENTIAN ISLAND TRIP: DAY 1
mmg byk cerita smpi xtau la k ceritakan ke x kt cn..hee
banyak jugak blog yang dah kurang update sekarang ni. masing2 ada masalah sendiri agaknya…termasuklah saya
Jom baca entri terkini Amirez …Teknik Menangkap Gambar Dalam Sangkar
yup semua busy dgn komitmen kehidupan seharian..sbb bukan fulltime blogger..
Biar jari jemari sahaja yang berkata-kata
Jom baca entri terkini MindaKini …Doa Pendinding Bagi Wanita
sebelum ni jari jemari pun kaku..ni baru laju..hehe
Emm lama sungguh cik tom bercuti dari blog..hehe..selamat kembali yer..
Jom baca entri terkini Hafizul …YeYe Esok Mengundi
nak wat camane busy dengan kerja..hehe
Ingatkan cik tom dah kawin…hahaha..emm biasa la kan kita bukan full time blogger…
Jom baca entri terkini Hafizul …Kalaulah Ayah Boleh Fahami
belum kawin lagi..insyaAllah bila tiba masanya..hehe
selamat kembali ciktom..teruskan menulis
Jom baca entri terkini drinspirasi …Tentang Lelaki
thanks drinspirasi..same goes to u 🙂
ingatkan cik tom pergi honeyymooon…
Jom baca entri terkini Hairul Hissam …Manisfesto PRU13: Pakej Putu & Kek Akan Dilancar Bersama
hahaha…xdelah…kalau kahwin ciktom critenya dlm blog..hee
selamat kembali semula Cik Tom. bila cik Tom kembali..rasa meriah kembali dunia blogging ni. dan kembalikan juga semangat komen yang sudah hampir hilang dalam diri saya
Jom baca entri terkini Ladfe Amir …Kisah Salman Al Farisi r.a , Huzaifah Al Yamani r.a , Jabir bin Abdullah r.a
thanks…hehe..jom2 kita rajin blogwalking n komen..
cik tom dari hari nak tanyer bunga ros kt atas tu tak wujudkan heeee