Jodoh Itu Rahsia Allah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…. cik tom nak share entry dari ujie mengenai kisah benar dalam bentuk puisi yang indah untuk renungan bersama. Sesungguhnya memang jodoh itu rahsia Allah yang dah ditetapkan kepada kita semenjak dari loh mahfuz lagi. Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai motivasi kepada semua kawan-kawan dan pelawat blog cik tom.

Ini kisah seorang perempuan,
Bertunang dengan lelaki idaman,
Saling suka saling sefahaman,
Ingin menuju mahligai perkahwinan.

Mulanya semua berlalu indah,
Hinggalah si perempuan ingin berubah,
Sering ke usrah dan tudung bertukar labuh,
Diri mendapat kesedaran dan ingin mengubah arah.

Perubahan baik dianggap buruk oleh si tunang,
Jarang bersua dan menolak untuk ‘dating’,
Semuanya bagai membakar hati si tunang,
Sehingga bertindak memutuskan tali pertunangan.

Redha si perempuan hingga tiada tangisan,
Demi mencari Allah dia kehilangan insan kesayangan,
Tunduk mengalah pada si tunang bukanlah pilihan,
Biar hati pedih jalan Allah tetap menjadi tujuan.

Janji Allah tak pernah salah,
Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik,
Carilah Allah…nanti akan diberi-Nya pasangan yang baik,
Seorang ustaz yang kurang dikenalinya datang merisik.

Solat istikharah mengiringi keputusan si perempuan,
Akhirnya ustaz menjadi tunangan,
Majlis perkahwinan segera dijalankan,
Kini bahagia bersama anak-anak kesayangan.

 

Terdapat pengajaran dan kekuatan yang diperolehi dari kisah diatas bagi yang mahu berfikir dan merenungkannya. Antara yang dapat disimpulkan secara ringkas ialah:

  • Kita hendaklah menerima takdir putus tunang atau putus cinta. Sesuai dengan firman Allah, “Kamu diwajibkan berperang sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” Surah Al-Baqarah ayat 216.
  • Kita hendaklah terus teguh dan tegas di jalan Allah, kerana tiada kompromi kepada sesiapa pun dalam soal agama.
  • Allah akan memberi pasangan yang sama/sesuai dengan diri kita. Untuk mendapatkan pasangan yang baik, kita terlebih dulu perlu menjadi baik pada pandangan Allah. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya.
  • Jodoh itu rahsia Allah.

Sumber: ujie sayang

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

49 thoughts on “Jodoh Itu Rahsia Allah

  • May 29, 2012 at 4:04 am
    Permalink

    Moga Cik Tom dipertemukan dengan jodoh yang baik.. Banyakkan berdoa padaNya.

    Reply
  • May 29, 2012 at 7:48 am
    Permalink

    betul tu…jodoh itu rahsia allah..
    solat istikharah lebih baik kan.. kalau nak tahu betulkah dia jodoh kita..hehe

    Reply
  • May 29, 2012 at 10:30 am
    Permalink

    Yang baiknya, si perempuan ditunjukkan oleh Allah tentang perangai buruk bekas tunangnya… 🙂

    Reply
  • May 29, 2012 at 11:58 am
    Permalink

    betul ciktom , bila sampai jodoh kita semuanya senang je , tk ada lagi putus cinta dan sebagainya …

    Reply
  • May 29, 2012 at 12:30 pm
    Permalink

    saya dulu masa tunang jarang sekali keluar bersama,ada hikmah nya (kurang sikit keluar duit belanja )

    Reply
  • May 29, 2012 at 12:37 pm
    Permalink

    btol ciktom… jodoh rezeki ajal maut smuanya rahsia Allah.. aturan Allah jg x pnah silap.. yg baik utk org baik& bgitulah sbalikny..

    Reply
  • May 29, 2012 at 1:19 pm
    Permalink

    assalamualaikum..
    dah lama follow blog cik tom, baru hari ni tergerak nk komen sbb trtarik dgn entri ni..sngat setuju ssungguhnya jodoh itu rahsia allah.

    “Janji Allah tak pernah salah,
    Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik,
    Carilah Allah…nanti akan diberi-Nya pasangan yang baik,”
    insyaallah.:)

    Reply
  • May 29, 2012 at 1:30 pm
    Permalink

    berubah secara baik insyallah akan adajln yang d permudhkan

    Reply
  • May 29, 2012 at 1:30 pm
    Permalink

    ada bertunang ada baran..takat tu dh mula tak blh terima pasangan huhu..mmg bukan jodohlah tu

    Reply
  • May 29, 2012 at 1:31 pm
    Permalink

    Pelik pulak si tunangnya, berubah baik disangka buruk.

    p./s- Allah lebih tahu apa yg terbaik utk kita. Kita kadang2 sangka inilah yg baik utk kita tapi mungkin sebaliknya =)

    Reply
  • May 29, 2012 at 2:01 pm
    Permalink

    a’a jodoh tu rahsia Allah, cepat atau lambat bukan persoalan. tapi tetap kena cari juga, tak bleh hanya berserah semata-mata. tapi dalam puisi atas tuh, bagi ila la kan biarlah dia pergi, tak payah ditangis lelaki macam tu, biarlah hilang bf dari hilang dari Tuhan. itu lagi bagus.

    Reply
  • May 29, 2012 at 3:35 pm
    Permalink

    Jodoh itu rahsia Allah termasuk yg dah ada jodoh pun – setuju dgn Cik Tom.

    Reply
  • May 29, 2012 at 8:43 pm
    Permalink

    selain berusaha kene doa juga 🙂

    Reply
  • May 29, 2012 at 9:57 pm
    Permalink

    sbnrnya..saya pun tak pasti saya buat puisi atau apa.
    sekadar nak mudahkan org paham.
    moga kita amik ‘sesuatu’ dari kisah ini.

    *tersenyum baca..ujie sayang.
    tima kasih ciktom sayang…. ^_^

    Reply
    • June 7, 2012 at 12:04 am
      Permalink

      ciktom rasa macam puisi je sbb indah..kreatif la ujie ..

      Reply
  • May 30, 2012 at 12:06 am
    Permalink

    waaa pena baca puisi ini tapi tak ingat kat mana,betul jodoh itu rahsia tuhan..kita hanya mampu merancang dan ternyata kuasa tuhan yang menentukkan..

    slmt mlm cikto.mkin malas pula nak update skg ni^^

    Reply
  • May 30, 2012 at 12:50 am
    Permalink

    ha..bila nak kahwin ni??

    Reply
  • May 30, 2012 at 1:21 am
    Permalink

    Dari sejak didalam perut telah tertulis rezeki, ajal dan jodoh. Tidak salah berusaha untuk mencari pasangan.

    Reply
  • May 30, 2012 at 3:58 am
    Permalink

    jodoh pertemuan bukan kita yang tentukan.. serahkan pada yang maha kuasa…

    Reply
  • May 30, 2012 at 2:14 pm
    Permalink

    Mmmm… Betul , lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik dan bergitulah sebaliknya…

    Mungkin kita dulu dah banyak terbabas, tapi bukan bermakna kita dah terlambat untuk berubah 🙂

    Reply
  • May 30, 2012 at 8:49 pm
    Permalink

    akhirnya bahagia bersama anak erk…..menangis dahulu,bersenang kemudian. 🙂

    Reply
  • May 31, 2012 at 11:13 am
    Permalink

    betoi tuh saya setuju gan cik tom 101% :))

    Reply
  • May 31, 2012 at 5:35 pm
    Permalink

    perempuan yang baek untuk lelaki yg baek…lelaki yg baek untuk perempuan yg baek…untuk dpt psgn yg baek kite kene lha jadi baek dulu… 🙂

    Reply
  • May 31, 2012 at 6:30 pm
    Permalink

    betul sesangat tu
    usahlah cuba dipisahkan kalau itu memang jodohnya
    berbicara dari pengalaman 🙂

    Reply
  • May 31, 2012 at 11:40 pm
    Permalink

    cik tom nak kawin ye!!!! ooo…ada maksud tersirat disebalik post hehehe

    Reply
    • June 6, 2012 at 10:05 pm
      Permalink

      xdelah..xde plan nak kawhin lagi setakat ni..hehe

      Reply
  • June 1, 2012 at 11:36 pm
    Permalink

    tidak semua yang kita mahu itu terbaik untuk kita
    kiri kanan semuanya adalah ujian

    Reply
    • June 6, 2012 at 9:12 pm
      Permalink

      yup..kena hadapi segala dugaan hidup…thanks tehr.

      Reply
  • June 3, 2012 at 1:03 am
    Permalink

    dan nak dapatkan jodoh itu kenalah berusaha 🙂

    Reply
    • June 6, 2012 at 8:34 pm
      Permalink

      kadang2 tertanya juga bagaimana usaha bg seseorang perempuan untk mencari jodoh ye..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!