Kasih Ibu Sampai Ke Syurga

Setiap manusia pasti mempunyai ibu yang mengandung dan melahirkan kita ke muka bumi yang indah ciptaan Allah. Mungkin yang berbeza ada sesetengah yang telah kehilangan kasih ibu selepas dilahirkan manakala selebihnya merasai sepenuh kasih sayang ibu dari saat ibu menyusukan, mendodoikan sehingga membesarkan kita menjadi manusia yang sempurna.

Darjat ibu sangat tinggi disisi Allah SWT. ALLAH selalu berfirman di dalam al-Quran tentang kepentingan menghormati ibu dan bapa. Antaranya:

Sembahlah ALLAH, janganlah kamu mempersekutukanNYA dengan sesuatu pun dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu dan bapa kamu.” (Surah an-Nisa: 36).

Seorang sahabat pernah bertanya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam, “SIAPA yang lebih berhak menerima cinta dan jagaan saya di dunia ini?

Ibu kamu,” jawab Nabi.

Dan siapa lagi?” “Ibu kamu,” Nabi mengulangi.

Selepas itu siapa?” orang itu bertanya lagi.

Ibu kamu,” kata Nabi buat kali ketiga.

Dan selepas itu?

Selepas itu ayah kamu.” Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Sumber: iLuvIslam

Mak kesayangan kite :)
Mak kesayangan kite 🙂

Pada tahun 2010, cik tom ada berkongsi secebis kisah cik tom yang memang nakal ketika zaman persekolahan dulu melalui entry: Ibu Sahabat Terbaikku. Kalau teringat balik kenangan lama tue memang sedih mengenangkan perangai buruk cik tom yang selalu buat hati ibu menangis. Tapi Alhamdulillah Allah masih sayangkan cik tom dan bagi peluang untuk menyedari betapa besarnya kasih sayang seorang ibu yang tiada tolok tandingannya di muka bumi Allah ini.

Ibu memang banyak bersabar melayan kerenah anak-anaknya yang pelbagai ragam dan nakal cam ciktom ni. hehe… Memang semenjak peristiwa duduk asrama penuh sehingga sekarang lebih banyak menghargai jasa seorang ibu. Seboleh mungkin selagi mampu cik tom akan cuba penuhi segala hasrat ibu cik tom.

Walaupun kadang-kadang ada juga perselisihan faham dengan ibu oleh sebab cik tom ni agak suka menyakat. Kadang-kadang tue tak tahan sampai mak cakap sejak kerja ni kan makin banyak mulut. Ada je idea nak menyakat. hik3… Ibu memang sentiasa mendoakan anak-anaknya menjadi manusia yang berguna, dikurniakan keluarga bahagia dan kesemua ahli keluarga bersama-sama masuk syurga.

Hadiah buat mak kite <3
Hadiah buat mak kite <3

Sebelum balik mengundi kat kampung, cik tom sempat belikan hadiah sebentuk cincin kat emak lebih2 lagi time tue harga emas tengah jatuh dan lebih murah. Alhamdulillah tersenyum lebar emak terima hadiah ni. Emak siap cakap eh macam tahu2 je yang emak memang berkenan cincin design tue. Baru minggu lepas emak tengok2 cincin camtu kat kedai tapi ayah tak nak belikan sebab katanya nak sumbat kat mana lagi. Maybe itulah instinct seorang anak pada ibunya. hihi…

Sebenarnya, kasih sayang seorang anak kepada ibunya tak semestinya ditunjukkan dengan harta benda. Cukuplah dengan perhatian, kasih sayang serta iringan doa sudah cukup buatkan hati ibu kita menjadi gembira. Marilah kita sama-sama sayangi ibu selagi diberi peluang olehNYA. Pada yang sudah tiada, kita titipkanlah doa semoga mereka tenang disana. Kasih Ibu Sampai Ke Syurga! 😉

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

27 thoughts on “Kasih Ibu Sampai Ke Syurga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!