Kedai Roti Abdullah, Batu Buruk Kuala Terengganu

Assalamualaikum dan Salam Sayang….

Cik tom nak share satu tempat makanan best yang menjadi kegemaran keluarga cik tom. Keluarga cik tom memang jenis suka makan roti waktu petang. Roti kosong cicah tea o panas atau kuah kari. Pergh memang sedap!

Borong roti
Borong roti

Roti apa family cik tom makan? Gardenia? Hi5? Kedai roti yang ayah cik tom suka beli ialah KEDAI ROTI ABDULLAH di Batu Buruk, Kuala Terengganu. Ayah cik tom memang suka beli roti di kedai ni sebab utamanya dihasilkan oleh orang Islam, bersih dan rasanya sedap!

Kedai Roti Abdullah terletak berhadapan dengan Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin (SMAAZA) dan berhampiran dengan Hotel Permai Batu Buruk.

Kedai Roti Abdullah Kuala Terengganu
Kedai Roti Abdullah Kuala Terengganu

Selain rasa rotinya yang lembut dan best, harga roti kat kedai ni pun berpatutan serta lebih murah berbanding roti jenama lain di pasaran.

Jual.. jual.. sape nak beli roti.. hehe...
Jual.. jual.. sape nak beli roti.. hehe…

Antara roti kegemaran keluarga cik tom;

  • Roti manis
  • Roti kaya
  • Roti krim
  • Roti bata
  • Roti sandwich
  • Roti kacang merah

Roti manis favourite ayah cik tom. Harganya RM2.20. Di dalamnya ada mentega dan gula. rasanya of coz manis. hehe.. Sedap makan camtu je. Sekali rasa pasti nak lagi. Ni antara yang cik tom paling rekemen sedap!

Roti Manis RM2.20
Roti Manis V1 (RM2.20)

Yang ni roti manis jugak tapi gula dan mentega kat atas je. Takde kat dalam. Kurang manis skit compare roti manis V1. Tapi still sedap makan camtu je. Rotinya pun lembut.

Roti Manis V2 (RM2.00)
Roti Manis V2 (RM2.00)

Roti sandwich ni cik tom rasa lagi best dari Gardenia. Lembut dan sedap makan cicah air tea o or cicah kuah kari ke. Slurrpp… hehe… Harga just RM2.20 sama panjang dengan roti Gardenia yang RM3.40.

Roti Sandwich (RM2.20)
Roti Sandwich (RM2.20)

Yang ni roti favourite cik tom, Roti Kaya. Rasa kayanya sedap. Ada jual jugak dalam tin jem perasa Kaya kalau nak beli. Cik tom suka rasa kaya lain dari kedai lain.

Roti Kaya (RM2.50)
Roti Kaya (RM2.50)

Roti krim kesukaan ayah dan juga emak. Wajib beli kalau singgah ke sana. Ada 2 jenis untuk krim- krim putih atau krim hijau. Tapi emak ayah lagi suka krim putih. Cik tom kurang skit krim2 ni. hee…

Roti Krim (RM2.50)
Roti Krim (RM2.50)

Google Maps Location Kedai Roti Abdullah, Baru Buruk, kuala Terengganu.

atau shortcut https://goo.gl/maps/9JCYq

Pada yang bercuti ke Terengganu, jangan lupa singgah untuk rasa keenakkan roti orang Melayu di Kedai Roti Abdullah, Batu Buruk Kuala Terengganu.

Model roti.. seha cakap.. cedappp!!!
Model roti.. seha cakap.. cedappp!!!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

44 thoughts on “Kedai Roti Abdullah, Batu Buruk Kuala Terengganu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!