Kelebihan menyimpan di tabung haji
Assalamualaikum dan Salam Sayang….. Topik hari ini apa kelebihan menyimpan di tabung haji? Kelebihan paling utama cik tom suka tabung haji sebab urusan penyimpanan patuh syariah dan cik tom menyimpan di tabung haji ni sebagai satu simpanan persediaan nak pergi haji. Cik tom tau ada isu sebelum ni pasal pelaburan tabung haji. Tapi naik pening gak fikir semua bank problem. Last choice cik tom tawakal je.
Dividen tahun yang lepas dapat pun tinggi jugak. Kalau tak silap lagi tinggi dari ASB. Dah la nak simpan tabung haji ni takde limit macam ASB. Cik tom tau pun sebab ada pak cik pernah melabur ASB dengan buka akaun ASB tumpang nama ayah dan abang cik tom. Nasib baik la boleh yang jujur. Kalau tak hangus duit. Huhu…
Tapi cik tom takde akaun ASB dan takkan buka kot.
Cik tom dah ada akaun tabung haji ni dari kecil lagi. Ayah cik tom yang daftarkan menggunakan akaun bersama dengan penjaga. Bila cik tom menginjak ke sekolah menengah barulah tukar kepada akaun persedirian. Cik tom suka tabung haji sebab takde kad ATM. Jadi susah nak keluarkan duit guna buku, ambil no giliran, kena hadap kaunter dan sebagainya. Jadi malas nak keluarkan duit punye. Hehe..
Sepanjang cik tom menyimpan tabung haji cik tom tak pernah keluarkan duit dari akaun sehinggalah tahun 2011 kali pertama nak beli kereta. Kelakar pun ada ingat nervous giler masa nak keluarkan duit. Kali kedua pengalaman pahit cik tom keluarkan duit untuk melabur tapi kena tipu. 3K pulak tu. Sedih pulak kalau ingat2 balik. T_T
Had minimun nak keluarkan duit dari tabung haji hanya RM10K je sehari. Kalau keluarkan dari ATM bank lain tak sure la pulak berapa.
Berdasarkan pada muka surat akhir buku tabung haji ni ada dinyatakan 7 Kelebihan dan Faedah Menyimpan di Tabung Haji.
- Melaksanakan sistem kewangan islam
- Zakat perniagaan dibayar bagi pihak pendeposit
- Simpanan dilagur menepati tuntutan syarak
- Bonus yang kompetitif
- Bonus dikecualikan cukai pendapatan
- Simpanan dijamin oleh kerajaan
- Pengeluaran wang tanpa had kekerapan
Selain dapat bonus tahunan yang diberikan oleh tabung haji setiap tahun. Terdapat satu lagi bonus tambahan iaitu bonus haji pada pemegang akaun yang belum pernah menunaikan haji.
Bonus haji adalah bonus khas yang diberi kepada para pendeposit tabung haji yang belum pernah menunaikan haji dan terhad kepada bayaran haji semasa (RM9,980).-TH
Cik tom alhamdulillah dah dua kali dapat bonus haji bagi tahun 2013 dan 2014. Boleh la buat tambah duit bekalan nak pergi haji nanti. Dividen dan bonus haji 2015 tunggu bulan tahun depan la jawabnya.
Cuma cik tom kurang suka tabung haji sekarang dah boleh link dengan bank yang ada ATM macam Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat dan lain-lain.
Cik tom tau kelebihan yang bagus ialah senang untuk kita transfer duit dari bank lain ke tabung haji. Dengan harapan akan mudah dan banyak lagi simpan duit dalam tu. Tapi ingat keburukan dia ialah mudah jugak nak keluarkan duit dari tabung haji. Takde duit senang terus cucuk ATM takde fikir banyak dah.
Tapi takpe tabung haji dah bagi pilihan kan. Pada yang tak nak macam cik tom ni senyap2 dah tak payah daftar kan? hahaha…
Korang dah ada akaun tabung haji belum? Kalau ada kenapa korang menyimpan di tabung haji?
Sharing is caring
belum ada lg akaun tabung haji.. enth thn bila lah dpt p haji ni..:(
Jom baca entri terkini seraa …Surat Saman hahhh!!
Satu lagi kelebihan jika berlaku kematian boleh buat pengeluaran dengan mendapatkan sijil faraid dari mahkamah syariah. Tidak perlu buat permohonan surat kuasa. Zakat pun sudah ditolak setiap tahun.
Jom baca entri terkini akubiomed …Xiaomi Smart Home penggera pintar keselamatan bajet untuk rumah
Tahniah Cik Tom… Dah berdaftar untuk menunaikan haji.. Eloklah daftar muda2… Itupun ntah bila kita dapat pergi Haji..
Anak saya Haikal Daftar haji pada tahun lepas 1/8/2014
(berumur 7 tahun)…
Tahun peruntukan pergi haji pada 2073… Saya kira-kira masa tu umur Haikal dah 66 tahun…. huhuhu…
Itu yang daftar awal…. Kalau daftar lambat lagi, tak tahulah bila boleh pergi haji…
Walaubagaimanapun, tarikh yang sebenar kita dapat pergi Haji hanya Allah sahaja yang tahu… Kalau Allah mahukan kita jadi tetamunya pada sekian-sekian hari bulan… Kita tetap akan pergi walaupun tarikh yang sepatutnya lambat lagi…
Jom baca entri terkini Anuar …Rahsia menjana pendapatan pasif TANPA MODAL dengan menyertai CONTEST SEO
saya pun, allahyarham bapak yg buka utk kami 9 beradik. Tiap bln bapak masukkan utk kami.
skrg, utk simpanan j/panjang & tujuan haji..mmg kat TH jelah. ASB dah stop.
Jom baca entri terkini ujie …Setelah 20 Tahun…Rindu Terlerai!
bagus simpan duit dalam tabung haji ni 🙂
Jom baca entri terkini Uncle Zuan …Sepetang di Kuala Klawang
thanks banget admin blog semoga artikelnya bermanfaat untuk saya baca..
terus sukses buat blognya
Tabung haji masih pilihan bank , untuk kami sekeluarga
Jom baca entri terkini onlajer …Idea Dan Panduan Memborong Dari China
samalah dengan keluarga ciktom
jangan sepelekan uang kecil karena dari uang kecil kalau ditabung lama-lama juga banyak apalagi ditabung untuk naik haji… pasti barokah. mantab sis artikelnya sangat bermanfaat sekali…
Tahniah…yang penting simpan dalan Tabung Haji ni ianya patuh Syariah.
Jom baca entri terkini Rossa Calla …Senarai Rumah Anak Yatim Di Malaysia
insyaAllah..harap2 begitula..
Itulah ciri seorang muslim yang taat ….yang selalu bercita-cita mendapat rido ilahi … semoga tercapai ya ciktom….amiiin
amin…terima kasih atas doanya..semoga saudara pun begitu..
Semoga bisa naik haji suatu saat sebelum ajal menjemput, Amiin
semoga bisa berangkat haji tahun ini amiin
Jom baca entri terkini daryl farahi …Model Rambut Pendek untuk Wajah Bulat dan Pipi Tembem