Kenapa Susah Nak Dipanggil Temuduga?

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia….
Kenapa ye cik tom susah dapat nak dipanggil temuduga?? Boleh kira beberapa kerat je dapat. Mtest hari tue pulak cik tom gagal. Nampaknya takde rezeki. Tengah2 cik tom tertanya, kenapa la susah sangat ni nak panggil temuduga. Tup2 dapat email ni dari En. Jamal. So, cik tom nak share dengan korang jugak. Jom tengok kenapa ya.
1. KESILAPAN DALAM MENGISI PERMOHONAN
===========================================
Ramai calon yang mengisikan borang permohonan dengan tidak melihat syarat dan kelayakan diperlukan untuk jawatan tersebut. Adakah sijil/diploma/ijazah mereka berkaitan atau tidak. Sebolehnya, mereka mohon seberapa banyak jawatan dalam sektor awam. Memang tiada masalah, tapi pastikan ianya mengikut keutamaan dengan kelayakan yang anda miliki.
2. JAWATAN YANG DIPOHON TIADA KEKOSONGAN

 

==============================================
Ya, jika jawatan tersebut kurang kekosongan ataupun langsung tiada, memang susah untuk dipanggil temuduga. Jawatan ada diiklankan, tetapi kekosongan tidak banyak. Jadi, sudah pasti yang dipanggil temuduga amat sedikit. Jawatan – jawatan khas dalam badan kerajaan tertentu ada yang memerlukan staf yang ramai dan ada juga yang kurang. Contohnya, jawatan Pegawai/pembantu/pen.pegawai tadbir adalah satu jawatan yang amat popular yang diperlukan oleh semua kementerian/jabatan kerajaan. Jadi, kekosongan bagi jawatan ini memang tinggi berbanding yang lain.

 

3. PENDAFTARAN PEMOHON TELAH LUPUT TEMPOH SAHNYA

 

==================================================

 

Dah daftar lama dah, tapi bila tak dipanggil temuduga dalam setahun anda tak update. Dan masih menunggu panggilan temuduga. Ianya adalah mustahil. Apabila habis tempoh setahun, terus saja update pendaftaran/permohonan anda. Lebih baik ianya diupdate setiap 6 bulan (ni berdasarkan pemerhatian saya). Dengan cara ini, anda lebih mudah (bukan semestinya) untuk dipanggil temuduga. Dan satu lagi, jika anda baru saja habis menghadiri temuduga atau mendapat calon simpanan, seeloknya anda update pendaftaran/permohonan anda.

 

4. JAWATAN TERHAD, TAPI PERMOHONAN RAMAI

 

=========================================

 

Ini juga merupakan salah satu sebab utama mengapa anda sukar dipanggil untuk hadiri temuduga. Permohonan begitu ramai, anda terpaksa bersaing. Pada masa ini, kelayakan anda menjadi taruhan. Maksudnya, jika anda ada ijazah, cgpa akan dijadikan tapisan. Pemohon yang memiliki CGPA yang teratas akan dipanggil temuduga terlebih dahulu. Maksudnya, jika jawatan itu memerlukan 600 orang untuk ditemuduga, maka senarai calon yang 600 orang teratas dari CGPA dari beribu – ribu permohonan akan dipanggil temuduga terlebih dahulu. Tapi itu jika kekosongan terhad. Sekiranya kekosongan banyak, tiada syarat CGPA dikenakan. Mereka yang layak akan dipanggil temuduga.

 

5. KELAYAKAN SIJIL/DIPLOMA/IJAZAH IPTS/IPTA/OVERSEA TIDAK

 

DIIKTIRAF

 

============================================================

 

Jika kelayakan anda tidak kira samada dari IPTA, IPTS mahupun Luar Negara, jika ianya tidak diiktiraf oleh JPA, memang anda tidak akan dipanggil temuduga. Jadi, pastikan kelayakan anda diiktiraf untuk memasuki sector awam. Tak tahu samda ianya diiktiraf atau tidak, semak di link ini;
http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp

 

6. TIDAK LEPAS PEPERIKSAAN KHAS

 

===============================

 

Ada untuk jawatan tertentu memerlukan peperiksaan khas atau ujian khas sebelum dipanggil temuduga. Jadi ramai juga yang tidak lepas peperiksaan ini. Ada ujian menguji pengetahuan, ada ujian fizikal dan ujian bakat. Jika berjaya lulus peperiksaan, baru dipertimbangkan untuk dipanggil temuduga pula. Bukan bermaksud berjaya peperiksaan kompem dapat temuduga. Untuk jawatan PTD, penguatkuasa, dan lain – lain boleh dijadikan contoh.

 

This message was sent by:

 

JAMALUDDIN BAHAR
Admin, kerja-kerajaan[dot]com,

 

**********************
Pada kawan-kawan yang dah kerja or belum bekerja. Macam mana?? Korang rasa betul tak apa yang Encik Jamal ni cakap?? atau ada banyak lagi sebab lain. Silakanlah share based on experience. huhu…
p/s: kerja oh kerja~

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

38 thoughts on “Kenapa Susah Nak Dipanggil Temuduga?

  • December 8, 2010 at 5:13 am
    Permalink

    betul tuh apa yang dikatakan oleh Jamal tuh, setuju dengan semua point yang diberikan.

    Latest Entri :
    Insurans Paling Murah Di Malaysia : RM1 Sebulan

    Reply
  • December 8, 2010 at 12:21 am
    Permalink

    betul3…
    dni selalu apply jawatan yang macam orang tak suka… selalu dapat hehe.. tapi yang susahnya temuduga jauh sangat sampai tak terdaya nak pergi semata-mata temuduga. pernah dapat temuduga di sandakan. adeih. tak sanggup dni ke sana… lom tentu lagi dapat ke tak kejenye kan

    Reply
  • December 8, 2010 at 12:45 am
    Permalink

    betul gak tu apa yg cik tom cakap…

    cik tom cari kerja ye..gud luck cik tom…

    p/s: adah pun pencari kerja…macam cik tom..:)

    Reply
  • December 8, 2010 at 12:45 am
    Permalink

    em,betul la yg en jamal tu ckp…kalo mcm kes kpli tu, sb jawatan terhad,tp permohonan ramai…
    mmg chance nak dpt tu mmg la susah..org yg tiap2 thn apply,xpenah dpt..tp ada gak yg baru skali apply terus dpt…

    Reply
  • December 8, 2010 at 1:00 am
    Permalink

    Morning Cik tom…hurm..pasal interbiu2 ni kn….

    Qiqi nak share pon ssh tp mengikut pnglmn yg bru qiqi trime ni la kn…2k sesuatu jwtn yg kalau betul kite nk jawatan tu sme taraf ngn dip or degree kite..mmg kite kna ade pnglmn bru la leh nk dpt keje 2..2k yg Sime Darby ni pon sbb Qiqi keje kontrak, dapat tau de jwtn ttp n Alhamdulillah terpilih.

    N baru2 ni jugak Qiqi de dapat panggiln Interbiu 21 dis ni. TU pun pas qiqi choose jwtn yg nk spm..kalo gune dip..mmg idak le dpt…ni duk prepare 2k interbiu 21 ni..wsau la plak

    Reply
  • December 8, 2010 at 1:26 am
    Permalink

    BEnda ni melibatkan rezeki seseorang jugak ciktom..kadang kita tgk org tu baru lepas SPM dah dapat keje tetap..kerajaan plak tu..kadng kita tgk org lain plak..umo dah dekat 30 baru dapat keje..suma ni Allah dah tentukan..yang penting jangan memilih pekerjaan jer..

    lagi satu mungkin ada faktor2 lain masa kita ditemuduga tu..mungkin melibatkan;

    *faktor pakaian atau imej semasa temuduga. kita mestilah berpakaian kemas, pakai kasut tutup, fesyen jgn telalu over (pakai bling2 sgt png plak kepala panel tu ehehe)

    banyak lagi faktor2nyer..nnti saye tlg bg tips2 kat ciktom yer..

    Reply
  • December 8, 2010 at 2:17 am
    Permalink

    salam maal hijrah

    cik tom kalau keje pun gaji tak naik2 pun parah gakkk nieeee…… ermm entah la… tak tahu nak komen macam mana…

    Reply
  • December 8, 2010 at 3:19 am
    Permalink

    huhu..kerja oh kerja. tapi tak pe..rezeki di mana-mana. yang penting ada usaha. hehe.

    Reply
  • December 8, 2010 at 3:42 am
    Permalink

    riso nak g temuduga kerja tahun depan

    Reply
  • December 8, 2010 at 3:51 am
    Permalink

    emm… sebab2 kat atas ni selalunya untuk kerja2 kerajaan. untuk swasta pulak saya rasa cara dorang lain.

    takpe la cik tom… insyaAllah ada rezeki utk kita nnt. farhah pon masih mencari2. mari kita berusaha! =)

    Reply
  • December 8, 2010 at 3:53 am
    Permalink

    emm… sebab2 kat atas ni selalunya untuk kerja2 kerajaan. untuk swasta pulak saya rasa cara dorang lain.

    takpe la cik tom… insyaAllah ada rezeki utk kita nnt. farhah pon masih mencari2. mari kita berusaha! =)

    Reply
  • December 8, 2010 at 4:15 am
    Permalink

    thats a good info babe..thanx for sharing 😉

    Reply
  • December 8, 2010 at 4:17 am
    Permalink

    thats a good info babe..thanx for sharing 😉

    Reply
  • December 8, 2010 at 4:25 am
    Permalink

    susah jugak kan nak apply kerja

    Reply
  • December 8, 2010 at 5:05 am
    Permalink

    No. 7, Rezeki belum sampai 🙂
    So kena banyak bersabar…

    Reply
  • December 8, 2010 at 5:52 am
    Permalink

    Sabar jak ya cik tom.. InsyaAllah.. ada yang terbaik lagi tu.. tuhan kalau nak bagi sesuatu.. dia akan uji dengan sesuatu dulu.. apapapun.. nice tips ^_^ leh bagi tips dengan kawan nanti.. hehe..

    Reply
  • December 8, 2010 at 5:53 am
    Permalink

    apa2pun kalau dah rezeki…insya allah dapat…kan cik tom

    Reply
  • December 8, 2010 at 6:23 am
    Permalink

    semua yang diatas tu betul agaknya..
    xpa cuba lagi cik tom…jgn serik, keja kjaann mmg gitu
    suatu hari ada rezeki..ada la ok..

    Reply
  • December 8, 2010 at 6:38 am
    Permalink

    JANGAN PUTUS ASA CIK TOM !!!! INSYAALLAH ADA REZEKI NT 🙂

    Reply
  • December 8, 2010 at 6:39 am
    Permalink

    He3!!! No komen sbb x penah mintak keje ngan gomen…

    Reply
  • December 8, 2010 at 6:52 am
    Permalink

    degree without experience,org susah nak amek,dah lah kena bg budak degree gaji mahal pastu xada experience plak tuh…huhuuuuuuu.. so apa patut kita buat,tgk requirement kalau dia tulis 'fresh graduate encouraged to apply', cepat2 lah apply..even kalau untuk training je pon,tapi ada benefit untuk kita,maksudnya training tu ada kene mengena dgn kos kita,better amek je ..now im hoping for institut terjemahan negara..huuuuuu

    Reply
  • December 8, 2010 at 8:19 am
    Permalink

    info yg bagus cik tom~ terbaik n3 ni.. gayah suke baca…

    Reply
  • December 8, 2010 at 8:30 am
    Permalink

    cik tom tengh cari kerja ye..
    semoga cepat dapat kerja.

    Reply
  • December 8, 2010 at 8:42 am
    Permalink

    susahnya nak cari kerja nanti.
    btw, congrats sis, sebab followers dh lebih 1K!

    Reply
  • December 8, 2010 at 9:24 am
    Permalink

    hohoho betul juga nih..
    kdg2 selalu terlepas pndg benda2 remeh
    selalu bila dh antar borang cuma tawakal jer lepas tuh..

    thx for sharing ;D
    inshaAllah nnti merasa juga bila nk mntk koje
    hohoh

    Reply
  • December 8, 2010 at 9:56 am
    Permalink

    xde rezeki lg. skg pmpn mmg susah nk dpt~

    Reply
  • December 8, 2010 at 10:02 am
    Permalink

    salam..hurm akk pun susah gak nk ditemuduga…sebab tu duk rumah jer…meh hantar sambal udang ni….

    banner tu tak jadi kat encoding tu…hurm tah lar…dah cuba byk kali tau..meme takder bakat kot..

    Reply
  • December 8, 2010 at 11:01 am
    Permalink

    cik tom sabar je la okey !
    insyallah akan dtg dpt la tu !
    peace !

    Reply
  • December 8, 2010 at 11:52 am
    Permalink

    btol2…sob2..ifa la antara yg xde keje lg..huhu

    Reply
  • December 8, 2010 at 12:13 pm
    Permalink

    cik tom, skrg ni nk mintak kerja cukup susah kan? walaupun ada kelayakan terpaksa bersaing, untung kalo ada org dlm mungkin senang dpt kut..apa2 pun cik tom jgn putus asa, teruskan usaha, mudah2an berjaya nti..insyaAllah

    Reply
  • December 8, 2010 at 1:00 pm
    Permalink

    insyaAllah…rezeki Allah sangat luas.Lambat n cepat je tu cik tom..Dapat keja,belanja cheq ye..hihi!

    Reply
  • December 8, 2010 at 2:20 pm
    Permalink

    bile bace entry nie baru tingat yg xupdate lg spa
    nice info dear!
    =)

    Reply
  • December 8, 2010 at 4:05 pm
    Permalink

    owhh payhnya cik tom..
    bnyknya syrt dia kan..
    sush nak cri kerja skrg kan

    Reply
  • December 8, 2010 at 8:45 pm
    Permalink

    huhu ~
    dah pg banyak interview tp takde feedback..
    🙁

    Reply
  • January 10, 2011 at 5:42 am
    Permalink

    Kalau susah sgt nk crik keje dlm bidang yg korang blaja, ape kate u all cube crik keje yg bukan bidang korang? Bukan ape, bg sy, rezeki tu Allah yg tentukan.. mgkn buat mse ni, Allah nk kte cuba bidang lain dlu, mane tau nanti insyaAllah dpt keje dlm bidang kite.. smntara nk tggu keje dlm bidang kite tu, xkan nk mnganggur je.. Bek kita fill up dgn keje lain, dpt experience + improve skills..:)

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!