Maklumbalas Peserta Kursus Step Innovation Resources
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia…. Entry cik tom kali ini adalah untuk maklumbalas peserta kursus Step Innovation Resources atau boleh dikatakan bekas pekerja Syarikat Step Innovation Resources. Sebelum ini, cik tom ada share entry; Step Innovation Resources | Wujud ker? Dari entry tue memang ramai yang komen bagitahu dapat tawaran kerja yang sama dan dilemma samaada nak terima atau tidak. Dalam banyak2 komen tue, cik tom tertarik untuk copypaste komen pengakuan/ pengalaman oleh seorang hamba Allah, asam pedas. Cik tom harap pengakuan dari asam pedas ni dapat menolong kepada sesiapa yang masih dilemma mengenai status syarikat ni. Tapi diingatkan sekali lagi kesahihan tentang segala pengakuan asam pedas ni cik tom tak dapat nak pastikan buat masa ini. Jika ada sesiapa yang nak bantah segala pengakuan atau setuju dengan pengakuan ni boleh tampil dengan memberi komen. InsyaAllah akan cik tom cuba perbetulkan segala maklumat yang akan diberikan.
Salam, saya antara peserta yang telah pergi ke temuduga pada 30 april 2011 yang lalu. sehingga kini maklumat yang saya terima tentang company step nie memang amat mengelirukan dan boleh dikatakan ramai yang antara kami yang pergi seperti telah ditipu hidup-hidup. Masa sesi taklimat kerja 2 kitorang hanya dibekalkan dengan banyak macam ceramah motivasi macam nak naikkan keyakinan diri jer la. Tapi keje nie macam kene kite ke sekolah jumpe pengetua sekolah untuk dapatkan kebenaran nak buat ceramah 1 hati 1 malaysia di sekolah. Akan tetapi pelajar kena bayar rm 21 seorang. Bayangkan sangat mahal bayaran 2 especially untuk pelajar sekolah luar bandar mcm kebanyakkan yg dtg taklimat 2. dah la kemi semua kene bayar rm30 masa daftar. minum air seteguk pun x penah bagi. kami ramai yang dtg jauh dr klate, ganu, kedah. bayangkan kami sampai pagi tpaksa plak amek lrt ke hotel first business inn sbb taklimat wat kt c 2. memang x sempat mkn pape. dah la 2 nak bg minum air kosong pun x de. ramai gak yg dtg ari 2. bayangkan rm30 seorang darab dgn hampir 70 org yg dtg , dah jadi rm2000 diorang dpt. sebelum ni pun de wat taklimat yg sama kt pusat belia antarabangsa. diorang byk dapat duit dgn cara mcm nie. hakikatnya bile kita balik nanti, surat yg nak dibwk ke sekolah pun x de. surat pengesahan kpm pun x de. last2 bile kite g sekolah, pengetua akan bambu kita habis-habis sbb kita nie mcm boleh didakwa menipu. step innovation nie website pun takde. company pun menumpang kat mana ntah. memang kami rasa tertipu sgt2. saya nak pesan jgn la ade lg yg tertipu mcm kami nie. saya harap perkara nie dapat disebarkan. mana ade keje yg mudah dapat tanpa interview.
memang terlampau ramai yang dapat email as management trainee la, manager la, msc2 la , bunyi jawatan nye gempak abis. tp tgk2 keje nie mcm menipu jer. kite plak yg kene teruk dgn pihak sekolah nanti. saya harap jgn la ade yg tertipu lg, dah ramai yg kene, dtg jauh2 dgn duit tambang bus lg, duit mkn minum lg, duit daftar lg . memang program nie mulia, tp bayaran yg dikenakan pd murid sekolah 2 die letak terlampau mahal dan tak munasabah, diorang tak pk ke ekonomi skang degn harga brg melambung, kos anak-anak ke sekolah meningkat, pas2 nak wat program yg mahal mcm nie, kita nie la pekerja terjun nie yg jd mangsa nak berhadapan dgn pihak sekolah nanti. mcm mane nak yakinkan pihak pengetua kalau siapa penceramah nye nanti pun kite x diberitahu siapa. pengetua sekolah 2 kata kita boleh didakwa sebab seperti memperdagangkan duit pelajar-pelajar sekolah.
kalau cari website sompany step innovation resources nie memang x de. mase g taklmat 2 pun pengendali taklimat 2 yg bagi semua kertas ke dokumen ke anak-anak die yg masih kecil. dalam dewan 2 anak kecil die menangis la ape la , kami rasa x selesa dan x pernah rasenye g taklimat yang dikendalikan oleh sebuah keluarga yg bwk anak-anak kecil nye. encik 2 memang x de pekerja la nampaknya. syarikat ape nie memang nak mencari duit dengan jalan mudah. setakat nie kami yang dah g taklimat 30 april 2011 tu dah ramai yang email pd pihak step tuk resigned walaupun baru menjalankan kerja memujuk pihak pengetua sekolah selam 3 hari. teruk kami kene dgn pengetua, so kami ambil keputusan stop jelah. lgpun kita x dibekalkan pape, pas pekerja pun kene print sendiri daripada email. sedangkan waktu taklimat ari 2 kami diminta serahkan 2 keping gambar. harap ramai yang dapat membaca luahan hati kami ni agar tidak tertipu datang jauh-jauh tuk buang duit pada benda yang x pasti nie dan sangat meragukan.-oleh asam pedas, 15 Mei 2011.
Jangan mudah terpedaya dengan kerja yang dapat dengan terlalu mudah yer.. akibatnya kita rugi duit, masa, dan tenaga nanti. saya bercakap berdasarkan pengalaman yang saya dan rakan-rakan yang lain dah lalui… rasa sangat tertipu..- oleh asam pedas, 6 Jun 2011.
p/s: Sedih baca komen yang memang panjang lebar dan detail oleh asam pedas ni. Betapa susahnya nak cari kerja sekarang ni. Siapa yang cakap graduan memilih kerja??
Sharing is caring
betul la cik tom..
benda ni pernah keluar tv tak salah..
Jom baca entri terkini diana …Lepas besalin
ciktom,akak nak tanya ni,blog ciktom ni klau kita nak tengok komen2 sebelumnya nak klik kat mana ye??
contohnya muka depan ni ada dalam 10-11 komen..
komen yang lepas2 tu nak baca dia cemana??
akak tak jumpa pulak nak klik kat mana..
Jom baca entri terkini diana …Lepas besalin
bersimpati ng nasib asam pedas
Jom baca entri terkini emieysandra …MEMANG TAK PATUT
Uuh.. be careful untuk menceburi sesuatu perkara..
Kongsi pengalaman bekerja ngan step Innovation
http://stepinnovation.blogspot.com/2011/06/sapa-step-innovation.html